Kehamilan untuk pasangan yang baru berkahwin dan merancang untuk membina keluarga secepat mungkin, adalah berita yang amat membahagiakan. Mesti ramai ibu-ibu yang masih ingat bagaimana terujanya perasaan kita apabila melihat 2 garis pada ujian kehamilan betul tak? Bersama-sama keterujaan ini, pasangan yang bakal menjadi ibu dan ayah harus sedar tentang keperluan-keperluan yang bakal meningkat untuk wanita ketika mereka mengandung. Keperluan-keperluan ini bukan sahaja untuk fizikal yang berubah, tetapi juga untuk mental dan emosi mereka. Perubahan Wanita Mengandung Secara Fisiologi Terdapat terlalu banyak perubahan yang bakal wanita mengandung alami, bermula hari pertama hamil sehinggalah selamat melahirkan zuriat berharga. Tidak keterlaluan kita boleh katakan perubahan ini akan berlaku dari hujung rambut ke hujung kaki! Perubahan secara fisiologi termasuklah : Kemunculan hormon hCG (human chorionic gonadotropin) yang hanya dihasilkan oleh tubuh wanita mengandung...