Assalamualaikum dan salam cukup manis untuk semua yang singgah di blog Coach Gula :') Sebelum ini Coach ada berkongsi tentang 10 tanda-tanda ketagihan gula, dan kali ini Coach nak kongsi pula 3 peringkat ketagihan gula yang anda perlu tahu. Baca di sini : 10 Tanda Ketagihan Gula Yang Anda Perlu Tahu Ketagihan gula ini bukan lah datang tiba-tiba sebenarnya, tetapi ia merupakan hasil daripada gaya pemakanan yang telah sebati dengan diri kita. Tanpa kita sedar, kita telah melalui peringkat-peringkat yang membawa kepada masalah ketagihan gula. Jom kita lihat apakah peringkat-peringkat ketagih gula tersebut. PERINGKAT PERTAMA : BINGEING "BINGEING” ialah tingkahlaku makan dalam kuantiti yang banyak untuk melepas kempunan/ keinginan. Keadaan ini boleh berlaku ketika kita makan, selepas kita menahan diri daripada makanan dan minuman bergula dalam tempoh masa tertentu, samada selang beberapa jam, atau selang beberapa hari. Contoh paling mudah ialah ketika berd...