Apabila Master Norita keluarkan jemputan untuk Projek Mega Blog Shaklee, awal Februari yang lepas, saya tak tanya banyak pun, saya terus mendaftar. Saya tak tanya pun apa details projek, apa reward, siapa ketua projek, siapa peserta. Saya hanya nampak peluang, iaitu peluang nak revamp, dan revive blog Shaklee saya dan team saya, dengan bimbingan Master Norita dan Master Salwa. Kita ni bila nampak peluang bagus, jangan gerak solo. Kita mesti ajak ahli team yang kita sayang. Saya jemput Chic Faz personally, sebab saya tahu Faz ni ada banyak ilmu yang bermanfaat sangat untuk komuniti Shaklee. If you go check out her blog you will know why :') Punyalah saya excited apabila Faz said YES dan lagi seronok apabila Aisyah K dan Aini Wahid pun mendaftar. Jadi dalam team kami PAF Network , ada 4 orang lah kesemuanya yang mendaftar Projek Mega Blog Shaklee. Syukur ALHAMDULILLAH! Untuk tugasan pertama, kami perlu menulis tentang topik intermittent fasting , dalam 600 patah per...