Terus terang saya katakan, kalau tidak kerana saya berkecimpung sepenuh masa dengan bisnes Shaklee, saya memang tak kenal dengan coq-10 ini. Oleh kerana saya aktif mengikuti pelbagai kelas yang dianjurkan oleh pihak Shaklee, dapatlah saya belajar ilmu baru tentang coq-10 ini daripada pakar-pakar nutrisi dan kesihatan. SUBHANALLAH Maha Suci Allah, tubuh badan manusia ini sangat sofistikated dijadikan Allah SWT untuk bekerja dengan efisyen, dan salah satu kurniaan hebat diberikan kepada kita ialah dalam bentuk bekalan coq-10 (disebut sebagai ko-q-ten). Apa itu Coq-10? Coq-10 adalah sejenis co-enzyme (atau dalam bahasa mudah nak faham, coq-10 ini seperti vitamin juga) yang terdapat dalam semua sel tubuh badan manusia. Hebatnya tubuh manusia, coq-10 ini telah siap sedia ada di dalam tubuh kita secara semulajadi. Coq-10 ini berada di dalam setiap sel kita, dan terdapat paling banyak pada organ jantung, buah pinggang, hati dan pankreas. Coq-10 ini menghasilkan tenaga yang ke...