Vitamin E wujud secara semulajadi dalam pelbagai jenis makanan seperti bijirin, kekacang, sayuran dan juga diambil dalam bentuk supplement. Peranan utama vitamin E melindungi sel daripada teroksida (rosak) dengan cara meneutralkan radikal bebas yang menyerangkan sel tubuh manusia. Vitamin E memberi manfaat yang amat besar kepada lelaki dan wanita dalam pelbagai cara. Dalam entri kali ini, kita akan melihat 5 manfaat vitamin E kepada lelaki dan wanita. 1- Mengurangkan Risiko Sakit Jantung Masalah tekanan darah tinggi dan paras kolesterol LDL yang tinggi boleh menjadi faktor risiko sakit jantung. Vitamin E terbukti dalam banyak kajian berupaya mengurangkan paras systolic dan diastolic , jadi bacaan atas dan bawah adalah stabil. Vitamin E yang diamalkan bersama asid lemak omega-3 pula terbukti dalam banyak kajian, boleh mengurangkan paras kolesterol LDL dan triglycerides di kalangan pesakit 3 serangkai (metabolic syndrome). Jadi apabila tekanan darah stabil da...