Adeena, anak bongsu saya tercengang dengar cerita, dia tak ingat langsung. Masa tu dia baru masuk 2 tahun.
Mama : Mama cakap nak pilih anak- anak atau kerja...
Adeena : Oh....
Mama : Jadi nak pilih apa?
Adeena : Pilih Shaklee!
Macam skrip iklan pulak jawapan tu tapi memang itu yang dia paham pun.
Dia tak pasti jugak saya ni ada kerja atau tak, tapi dia tau Mama dia ada bisnes Shaklee. Dia tau Mama ada duit jugak, sebab tu dia pandai mintak 

Bagaimana saya bermula?
Tahun 2011, saya mencari-cari solusi untuk berpantang anak ke-2, untuk lebih sihat, lebih cergas, lebih cepat sembuh kerana saya dijadualkan untuk menjalani pembedahan c-section. Pengalaman anak pertama - juga melalui pembedahan c-section, membuatkan saya serik - lambat sembuh, tubuh lemah, lesu selepas bersalin!
Saya bertemu dengan blog Master Azlin yang ketika itu sedang aktif mempromosi kehebatan produk Shaklee untuk ibu-ibu hamil, berpantang dan menyusu. Memang betul-betul memenuhi kehendak saya ketika itu. Beberapa bulan selepas mencuba set bersalin dan menyusu Shaklee, saya buat keputusan untuk mulakan bisnes Shaklee - produk sangat berkualiti, merata-rata testimoni pengguna yang berpuas hati, memang rugi kalau saya tak mula bisnes pula.
![]() |
Saya bersama-sama Master Azlin di Elite Master Celebration 2022. |
Selepas 2 tahun bisnes secara sambilan, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja, dan memulakan bisnes Shaklee secara sepenuh masa.
And the rest, as people said, is history!
Team Shaklee saya Puteri and Friends - PAF Network kini sudah masuk tahun ke-12, majoriti pengedar juga dari kalangan ibu-ibu. Ada yang berkerjaya, ada yang suri rumah. Kami bermula dari bawah, sebagai pengedar biasa, dan ada 3 orang berjaya ke pangkat Master Coordinator iaitu saya sendiri, Master Aisha Amin & Master Nurlia Mohd Nor.
1- Syarikat yang kukuh dan dipercayai
Syarikat Shaklee, 100 tahun pengalaman dalam penyelidikan dan pembangunan makanan kesihatan, dan sudah bertapak 25 tahun di Msia, lebih serta lebih 50 tahun di Amerika Syarikat. Saya sudah berkenalan dengan 3-4 generasi pengguna Shaklee di Malaysia dan juga di Amerika Syarikat ketika menghadiri konferen di sana. Jadi ini amat meyakinkan saya untuk meneruskan hasrat sebagai pengedar produk Shaklee.
Dalam tahun 2020 dan 2021, jenama Shaklee telah memenangi Reader's Digest Most Trusted Brand, dalam kategori vitamin dan supplement kesihatan. Ternyata jenama ini bukan calang-calang ya, dipercayai oleh rakyat Malaysia.
2- Permintaan produk Shaklee tidak pernah putus
Produk Shaklee amat selari dengan keperluan saya dan keluarga, untuk kesihatan yang baik. Produk-produk supplement Shaklee, memenuhi keperluan saya di usia 30an seperti set hamil, set berpantang dan set menyusu.
Dan sekarang ni kami sudah mencecah usia 40-an dan ada anak remaja, dan keperluan supplement semakin meningkat dengan set anti aging, dan keperluan lain seperti penjagaan wajah anak remaja dan juga supplement untuk ibu bapa yang sudah mencecah usia emas.
![]() |
Suami saya, Aznin, tulang belakang bisnes Shaklee saya sejak tahun 2011. |
Saya lihat permintaan pelanggan juga sama seperti yang saya lalui bersama-sama Shaklee. Ada ramai pelanggan saya yang setia sejak 10-11 tahun yang lepas, bermakna permintaan terhadap produk Shaklee memang tidak pernah putus. Ini lah yang saya mahukan dalam bisnes, produk yang sentiasa ada permintaan di pasaran.
3- Jaminan produk semulajadi dan selamat
Jaminan produk yang semulajadi dan selamat menambah keyakinan saya terhadap bisnes ini. Sudah tentuklah kita tidak mahu produk yang saya cadangkan dan jual kepada orang ramai, memberi risiko pula, betul tak?
Shaklee menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk yang dijamin selamat, dengan janji - Clinical Results Without Compromise™. Setiap bahan yang digunakan oleh Shaklee, disaring dan diuji keberkesanan secara klinikal - bukan sekadar testimoni!
![]() |
Rutin setiap tahun, lakukan ujian darah lengkap. |
4- Peluang bekerja dari rumah
Dengan bisnes Shaklee, bukan sahaja saya boleh bekerja dari rumah, tapi juga boleh melakukannya secara online 100%. Ini merupakan faktor penting dalam saya membuat keputusan untuk fokus dan serius dalam bisnes Shaklee ini. Pada tahun 2014, saya meletakkan jawatan, dan bermulalah fasa sebagai "business owner". Lebih 80% kerja-kerja pemasaran dan jualan ini saya lakukan online di blog, dan media sosial. Alhamdulillah, saya punya lebih masa, lebih fleksibel dan mudah untuk saya uruskan anak-anak yang sedang membesar. Tidak hairanlah majoriti leaders dalam bisnes Shaklee Malaysia adalah dari latarbelakang yang serupa dengan saya juga.
5- Bisnes Shaklee tanpa modal, tanpa stok
Saya masih ingat, ketika saya buat keputusan untuk mulakan bisnes Shaklee, saya langsung tidak ada modal. Saya hanyalah seorang pengguna produk Shaklee yang berpuas hati dengan produk yang saya guna dan mahu orang lain tahu tentang produk ini dan sertai saya sebagai pengguna dan pengedar.
Tanpa sebarang modal, tanpa membeli stok, saya mulakan langkah berkongsi maklumat di media sosial dan juga di blog. Amat mudah, sesiapa sahaja boleh buat.
Shaklee menggunakan kaedah paling ringkas untuk mula bisnes, iaitu USE, SHARE & BUILD.
USE : Saya dan keluarga adalah pengguna tegar produk Shaklee sejak tahun 2011. Kami tidak pernah bertukar jenama lain kerana sangat berpuas hati dengan keberkesanan dan kualiti jenama ini.
SHARE : Hari demi hari, tanpa jemu (malah makin sayang) saya amalkan produk Shaklee, saya beritahu orang lain agar mereka turut guna produk Shaklee.
BUILD : Sedikit demi sedikit, pelanggan bertambah, pengedar dalam team saya juga bertambah. Saya membina bisnes sejak tahun 2011, sehinggalah ke hari ini masih bertahan Alhamdulillah.
Kami bermula dengan cara paling mudah, rendah risiko, tetapi dengan izin Allah, dapatlah kami menikmati pendapatan setiap bulan, berpeluang menyertai trip-trip dalam dan luar negara bersama-sama Shaklee, menerima bonus kereta setiap bulan, peluang menimba ilmu daripada pakar-pakar pemakanan, saintis-saintis Shaklee dan ilmu-ilmu bisnes daripada leaders senior dari Malaysia dan juga dari Amerika Syarikat.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai kami, hubungi saya Master Puteri (Coach Gula) dan kita boleh berbincang dengan lebih mendalam lagi.
Comments
Post a Comment