Skip to main content

Posts

Showing posts with the label doa

Doa Yang Bagus Amalan Wanita Sebagai Ibu

Kita sering mendengar tentang kehebatan dan keajaiban doa seorang ibu. Sebagai wanita yang diberi rezeki untuk menjadi ibu, ambil lah kesempatan ini untuk belajar dan mengamalkan doa-doa hebat yang ada di dalam Al Quran dan juga yang diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada kita. 1- Doa pemuda Ashabul Kahfi  رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا Maksud : Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.  Doa ringkas ini amat bagus diamalkan oleh ibu dan juga diajar kepada anak-anak. Berikan pemahaman kepada anak-anak bahawa di dalam hidup kita ini, hanyalah dengan rahmat Allah sahaja, kita beroleh petunjuk dan kebaikan. Tanpa rahmat Allah, sukarlah kita nak mengharungi dunia yang penuh cubaan dan dugaan.  2- Doa Rasulullah ajar kepada Ibnu Abbas RA اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ Maksud :  Ya Allah, berikanlah kepadanya kefaham...