Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2023

Doa Yang Bagus Amalan Wanita Sebagai Ibu

Kita sering mendengar tentang kehebatan dan keajaiban doa seorang ibu. Sebagai wanita yang diberi rezeki untuk menjadi ibu, ambil lah kesempatan ini untuk belajar dan mengamalkan doa-doa hebat yang ada di dalam Al Quran dan juga yang diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada kita. 1- Doa pemuda Ashabul Kahfi  رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا Maksud : Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.  Doa ringkas ini amat bagus diamalkan oleh ibu dan juga diajar kepada anak-anak. Berikan pemahaman kepada anak-anak bahawa di dalam hidup kita ini, hanyalah dengan rahmat Allah sahaja, kita beroleh petunjuk dan kebaikan. Tanpa rahmat Allah, sukarlah kita nak mengharungi dunia yang penuh cubaan dan dugaan.  2- Doa Rasulullah ajar kepada Ibnu Abbas RA اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ Maksud :  Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama dan

Vitamin Untuk Wanita Kawal Tekanan Emosi

Wanita mengalami pelbagai fasa dalam kehidupan mereka, yang boleh mempengaruhi kesihatan emosi mereka. Dari faktor hormon, bermula usia baligh, wanita akan mengalami perubahan emosi ketika sebelum dan selepas haid (pre & post mentrual syndrome).  Kemudian mereka akan alami pula perubahan hormon dan tekanan emosi ketika hamil, selepas bersalin dan akhirnya ketika pre-menopos dan menopis. Hormon berubah-ubah, emosi. juga berubah-ubah.  Selain faktor hormon, wanita berisiko untuk mengalami tekanan emosi akibat kekejaman ke atas mereka seperti keganasan rumah tangga dan serangan seksual. Ramai wanita terperangkap dalam situasi berbahaya ini dan tidak berjaya keluar daripadanya.  Wanita zaman moden juga terbeban dengan pelbagai tanggungjawab - keluar bekerja, menyara keluarga, mendidik anak-anak dan menjaga keluarga. Kesemua ini juga menjadi faktor pencetus tekanan emosi wanita setiap hari.  Makanan seimbang dan berkhasiat adalah asas kepada tubuh yang sihat, dan tubuh yang sihat akan m

Kenali Kolesterol Dan Fungsi Penting Untuk Tubuh

Apabila kita menyebut perkataan "kolesterol" mahupun kita dengar orang berbincang tentang "kolesterol", amat jarang sekali disebut hal-hal yang positif dan baik-baik. Kebiasaannya topik kolesterol akan terkait dengan kisah serangan jantung ataupun strok.  Daripada sini bermula lah pelbagai tanggapan yang salah tentang kolesterol, sedangkan kolesterol adalah kurniaan Allah untuk tubuh badan manusia, supaya dapat berfungsi dengan baik. Malah, tanpa kolesterol, manusia tidak dapat wujud pun! Apa Itu Kolesterol? Kolesterol adalah bahan seperti lemak, yang terdapat secara semulajadi di dalam sel tubuh manusia. Jadi setiap satu sel kita ini, ada kolesterol, dan terdapat lebih 37 juta trillion sel di dalam tubuh manusia, yang membentuk organ-organ dan seluruh sistem tubuh kita. Untuk membentuk organ-organ daripada sel-sel ini, kita memerlukan kolesterol.  Secara umumnya sel terdiri daripada 3 bahagian iaitu phospholipid, kolesterol dan protein. Kolesterol ini terletak pada

5 Manfaat Vitamin E Lelaki Dan Wanita

Vitamin E wujud secara semulajadi dalam pelbagai jenis makanan seperti bijirin, kekacang, sayuran dan juga diambil dalam bentuk supplement. Peranan utama vitamin E melindungi sel daripada teroksida (rosak) dengan cara meneutralkan radikal bebas yang menyerangkan sel tubuh manusia.  Vitamin E memberi manfaat yang amat besar kepada lelaki dan wanita dalam pelbagai cara. Dalam entri kali ini, kita akan melihat 5 manfaat vitamin E kepada lelaki dan wanita.  1- Mengurangkan Risiko Sakit Jantung  Masalah tekanan darah tinggi dan paras kolesterol LDL yang tinggi boleh menjadi faktor risiko sakit jantung. Vitamin E terbukti dalam banyak kajian berupaya mengurangkan paras systolic dan diastolic , jadi bacaan atas dan bawah adalah stabil.  Vitamin E yang diamalkan bersama asid lemak omega-3 pula terbukti dalam banyak kajian, boleh mengurangkan paras kolesterol LDL dan triglycerides di kalangan pesakit 3 serangkai (metabolic syndrome).  Jadi apabila tekanan darah stabil dan paras LDL adalah sihat

Kenali Coq-10 Dan Manfaat Kesihatan

Terus terang saya katakan, kalau tidak kerana saya berkecimpung sepenuh masa dengan bisnes Shaklee, saya memang tak kenal dengan coq-10 ini. Oleh kerana saya aktif mengikuti pelbagai kelas yang dianjurkan oleh pihak Shaklee, dapatlah saya belajar ilmu baru tentang coq-10 ini daripada pakar-pakar nutrisi dan kesihatan.  SUBHANALLAH Maha Suci Allah, tubuh badan manusia ini sangat sofistikated dijadikan Allah SWT untuk bekerja dengan efisyen, dan salah satu kurniaan hebat diberikan kepada kita ialah dalam bentuk bekalan coq-10 (disebut sebagai ko-q-ten).  Apa itu Coq-10? Coq-10 adalah sejenis co-enzyme (atau dalam bahasa mudah nak faham, coq-10 ini seperti vitamin juga) yang terdapat dalam semua sel tubuh badan manusia. Hebatnya tubuh manusia, coq-10 ini telah siap sedia ada di dalam tubuh kita secara semulajadi.  Coq-10 ini berada di dalam setiap sel kita, dan terdapat paling banyak pada organ jantung, buah pinggang, hati dan pankreas. Coq-10 ini menghasilkan tenaga yang kemudiannya bert