Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2023

Bonus Percutian Bersama Shaklee Yang Istimewa

Sepanjang 12 tahun saya bersama bisnes Shaklee, Alhamdulillah, rezeki saya dapat merasa percutian 5 bintang, setiap tahun. Ada yang di dalam negara, ada di luar negara. Ada yang saya bersama satu keluarga, ada yang bersama ibubapa, ada bersama kawan-kawan, dan ada juga saya hanya berdua dengan suami, seperti honeymoon yang ditaja!  Dalam entry ini saya kongsikan dengan anda percutian-percutian bersama Shaklee yang paling meninggalkan kenangan bagi kami sekeluarga, sepanjang 12 tahun ini. 1- Bulan madu ditaja Shaklee - California USA, 2014 Ini tempat pertama kenangan paling bermakna. Pertamanya sebab ini kali pertama kami berdua ke USA, destinasi yang tak pernah saya mimpi pun nak pergi! Kedua, sebab ini kali pertama kami dapat "honeymoon", betul-betul holiday, tanpa perlu urus anak-anak. Kami dibawa ke Disneyland, Hollywood dan Universal Studio, betul-betul enjoy berdua aje! Dan ketiga, ini kali pertama kami menjejak kaki di Shaklee HQ di Pleasanton, California dan bertemu se

Tips Travel : Bahaya Over Sharing Ketika Melancong

Kebiasaannya apabila kita melancong, sudah tentu kita teruja mahu berkongsi gambar dan video sepanjang kita berada di tempat-tempat menarik yang kita kunjungi. Kita akan muat naik gambar di pelbagai platform, berkongsi keterujaan dengan orang lain. Dan tanpa kita sedari, kita mungkin telah meletakkan diri kita dan keluarga, dalam bahaya.  Maklumat-maklumat tentang diri kita, keluarga dan kawan-kawan yang melancong bersama-sama boleh digunakan oleh pihak yang berniat jahat dan tidak bertanggungjawab untuk kepentingan mereka. Maklumat-maklumat ini boleh digunakan untuk mengekori kita, merancang untuk menyamun dan pelbagai jenayah siber yang lain.  Terdapat beberapa tips travel yang penting untuk kita semua tahu dan sampaikan kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan kenalan, supaya kita boleh mencegah bahaya. over sharing ketika melancong.  1- Elak kongsi maklumat percutian  Ramai orang dengan senang hati berkongsi jadual percutian mereka, dari hari pertama berangkat hinggalah ke hari terak

30 Hari Transformasi Bersama Shaklee, Menang RM1000!

Buat pertama kalinya Shaklee Msia menganjurkan 30 Days Transformation Challenge, utk semua ahli Shaklee. Ini peluang untuk kita buat transformasi berat badan secara sihat dan menang hadiah lumayan bernilai RM1000 untuk setiap pemenang bertuah!  Berikut adalah syarat-syarat penyertaan : 1) Anda mestilah ada berat badan berlebihan yang nak dikurangkan.  2) Wajib beli Set Transformasi Shaklee yg mengandungi 2 botol Cinch shake, 1 botol Omega Guard, 1 botol Lecithin & 1 botol Alfalfa Complex. Set ini akan mula dijual pada hari Isnin 17 July 2023 . Set ini mesti dibeli dgn ID Shaklee anda sendiri ya.  3- Cari kawan-kawan 3-5 orang untuk buat kumpulan. Ahli kumpulan mestilah juga ada berat badan berlebihan untuk dikurangkan, kerana pemenang yang dipilih adalah berdasarkan berat paling banyak dikurangkan secara keseluruhan.  4- Isi borang penyertaan (akan dibuka pada 17 Julai 2023) yang disediakan. Tempoh masa untuk isi borang adalah pada 20 Julai 2023 hingga 10 Ogos 2023. Jadi anda masih

Perbezaan Vivix Dan ResV Yang Anda Wajib Tahu

Antara soalan paling popular yang saya kena jawab di kalangan pelanggan dan juga prospek ialah  "Apa beza Vivix dan ResV?" Jadi untuk memudahkan semua orang, saya tuliskan di sini kompilasi padat berkaitan perbezaan antara Vivix dan ResV yang wajib anda tahu.  1- Bentuk cecair vs bentuk kapsul Vivix adalah supplement yang berbentuk cecair likat, berwarna merah gelap. Ia boleh terus diminum, atau bancuh dengan air kosong.  ResV adalah supplement dalam bentuk softgel, dimakan seperti tablet atau kapsul biasa.  2- Disimpan di dalam peti sejuk vs disimpan di dalam suhu bilik Vivix mesti disimpan di dalam peti sejuk apabila sudah dibuka, bagi memastikan kondisi yang optimum.  ResV boleh disimpan di dalam suhu bilik selepas dibuka, hanya perlu memastikan penutup ditutup rapat.  3- Diamalkan pada waktu pagi vs diamalkan pada waktu malam  Vivix sangat baik diamalkan pada waktu pagi, untuk membantu mengekalkan tenaga yang optimum sepanjang hari.  ResV pula diamalkan padal waktu malam

5 Keunikan Khasiat Vivix® Untuk Kesihatan

Vivix ®  merupakan salah satu supplement best seller di Shaklee Malaysia. Dengan keunikan tersendiri, Vivix ®  Shaklee adalah supplement yang tidak ada yang serupa ataupun mirip dengannya di pasaran. Apatah lagi dengan status berpaten, anda tidak akan menemui mana-mana produk seperti Vivix ® , baik dari segi bahan-bahannya, mahupun dari segi khasiat dan testimoninya.  Apakah itu Vivix®? Vivix ®  secara am adalah supplement dalam bentuk cecair likat, bersifat anti penuaan dan berkhasiat untuk kesihatan menyeluruh.  Bahan utamanya iaitu anggur muscadine merupakan sejenis tumbuhan yang unik, mengandungi kekuatan polifenol yang tidak ada pada tumbuhan lain, menjadikan ia sangat bermanfaat untuk kesihatan.  Mengapa kita perlukan supplement anti penuaan? Ramai orang ingat, kita hanya perlukan supplement anti penuaan sekiranya kita sudah masuk usia emas sahaja. Sebenarnya ini adalah kefahaman yang tidak tepat.  Setiap hari tubuh kita akan diserang oleh pelbagai jenis radikal bebas, yang meny

5 Aplikasi Wajib Bisnes Online

Sekiranya anda baru nak mulakan bisnes online, anda kena kenal 5 aplikasi wajib ini, yang boleh memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti pemasaran setiap hari.  Aplikasi-aplikasi yang saya kongsi ini boleh didapati secara percuma dan sangat mudah digunakan.  1- Canva  Canva adalah aplikasi yang membantu kita merekacipta bahan pemasaran. Apa yang menariknya aplikasi Canva menyediakan banyak template-template untuk kita terus guna. Antara template yang popular digunakan ialah : poster flyers kad nama  brosur klip video logo  Canva juga terdapat dalam versi berbayar, yang mana kita ada lebih banyak pilihan template, gambar, video dan lain-lain bahan untuk konten pemasaran. Sebelum ini Canva hanya boleh digunakan di laman web, tetapi kini sangat mudah dengan aplikasi canva di telefon pintar.  2- WhatsApp Business Ramai orang kenal apa itu WhatsApp, tapi tidak semua orang tahu kelebihan menggunakan WhatsApp Business.  WhatsApp Business adalah aplikasi yang lebih mesra untuk pemilik bisnes

5 Jenis Kerja Dari Rumah Dengan Pendapatan Lumayan

Saya teringat satu insiden lucu, bila anak saya, yang bongsu, terkejut bila dapat tau saya pernah berkerja di ofis. Seumur hidup dia, dia tak tahu pun yang saya ni dulu keluar rumah untuk pergi bekerja. Selama ini yang dia tahu, hanya ayahnya sahaja yang keluar rumah waktu pagi, dan balik waktu malam, sebab pergi kerja di ofis.  8-10 tahun lepas, memang jarang sangat kita dengar orang bekerja dari rumah. Saya masih ingat, masa anak sulung saya masih bayi, saya ada Google peluang bekerja dari rumah, tapi pilihannya sangat terhad, dan ia hanya popular di luar negara (itupun terhad juga).  Apabila covid melanda dunia, tiba-tiba semua orang TERPAKSA bekerja dari rumah, dan ketika itu, segalanya yang dulu mustahil nak buat di rumah, kini tidak lagi menjadi masalah.  Nak bermesyuarat dari rumah? BOLEH.  Nak berbincang dari rumah? BOLEH.  Nak siapkan projek demi projek, dari rumah? BOLEH.  Nak mengajar dari rumah? BOLEH.  Nak belajar dari rumah? PUN BOLEH.  Pasca pandemik menyaksikan, bekerja