Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2023

Cinch Shake Shaklee, Menu Terbaik Sahur Ramadhan

 Assalamualaikum rakan-rakan Cukup Manis :')  Kurang dari sebulan, kita akan menyambut Ramadhan 1444H. Kejap aje kan masa berlalu, rasa happy pun ada nak berpuasa, tapi ada juga rasa sayu bila fikir lajunya masa, sempat ke nak buat itu ini. Tapi apa-apa pun kena juga buat perancangan, persiapan, supaya Ramadhan berjalan lancar Insha Allah.  Macam biasa, setiap kali Ramadhan, Coach ada menu mudah, pantas dan berkhasiat ketika bersahur. Menu ni Coach dengan suami memang amalkan sejak kenal Shaklee, nak masuk tahun ke-11 dah, Alhamdulillah.  Bagi Coach lah, untuk berpuasa Ramadhan, ada 3 perkara yang Coach pentingkan semasa bersahur : Pertama : Coach mahukan juadah sahur yang  beri tenaga untuk berpuasa sepanjang hari. Kita nak uruskan keluarga, nak bekerja, nak solat terawih, nak bangun awal sahur, nak tahajud dan lain-lain. Semuanya memerlukan kecergasan betul tak? Berpuasa bukan alasan untuk kita lembik dan lesu.  Kedua : Coach mahukan juadah sahur yang boleh buat kenyang lama , d

Kelas Zoom Coach Gula, Ketagih Gula : Lawan Atau Layan?

 Assalamualaikum dan apa khabar rakan-rakan Cukup Manis semua :')  Hari ni Coach rasa happy sangat sebab dah terlaksana hajat Coach sejak tahun lepas, nak buat kelas zoom untuk berkongsi hal-hal berkaitan gula dan ketagihan gula. Kelas Zoom ni Coach buat selama 3 jam pada hari Sabtu, dan 3 jam lagi pada hari Ahad. Alhamdulillah, ada 12 orang telah menyertai kelas.  Antara topik-topik yang kami bincangkan sepanjang 2 hari kelas termasuklah :  jenis-jenis gula isu gula dan ultra processe food ketagihan gula sugar withrawal  langkah mulakan Cabaran Cukup Manis  pendekatan 3R Coach Gula  Kelas Zoom Coach Gula, hari pertama.  Kelas Zoom Coach Gula, hari kedua. Antara topik yang kami bincangkan dalam Kelas Zoom Coach Gula Apakah beza antara gula kurniaan Tuhan vs gula ciptaan tangan manusia? Untuk sedikit sedutan perkongsian Coach dalam kelas zoom, rakan-rakan boleh tengok klip pendek di Youtube ini.    Coach buka peluang untuk anda yang mahu belajar tentang gula dan ketagihan gula, bole

9 Sebab Komuniti Bisnes Shaklee Paling Mantap

Assalamualaikum rakan-rakan Coach Gula yang manis ;")  Dalam post kali ini, Coach nak kongsi dengan pembaca-pembaca budiman, tentang bisnes Shaklee, yang telah jadi gaya hidup dan punca pendapatan Coach sejak tahun 2011 lagi. Dengan bisnes Shaklee inilah, Coach merealisasikan impian Coach - nak bekerja dari rumah, nak masa yang fleksibel untuk keluarga, nak pendapatan yang setanding dan lebih banyak daripada kerja full time.  Dan yang paling tak disangka, pendapatan terkumpul yang telah Coach nikmati bersama-sama Shaklee telah mencecah lebih sejuta ringgit.  Alhamdulillah, Allah izinkan, jadi Insha Allah sampai pencen inilah kareer pilihan Coach - Shaklee Home Business :')  Tapi bukan sekadar pendapatan lumayan saja tau, ada banyak lagi sebab lain yang buat Coach sayang sangat dengan bisnes Shaklee ni.  Pada pendapat Coach, aset terbesar selama Coach membina bisnes Shaklee ini ialah KOMUNITI BISNES SHAKLEE PALING MANTAP. Jom Coach kongsi serba ringkas apa yang menyebabkan komu

Ulasan Dari Hati : Projek Blog Mega Shaklee 1.0

Apabila Master Norita keluarkan jemputan untuk Projek Mega Blog Shaklee, awal Februari yang lepas, saya tak tanya banyak pun, saya terus mendaftar. Saya tak tanya pun apa details projek, apa reward, siapa ketua projek, siapa peserta. Saya hanya nampak peluang, iaitu peluang nak revamp, dan revive blog Shaklee saya dan team saya, dengan bimbingan Master Norita dan Master Salwa.  Kita ni bila nampak peluang bagus, jangan gerak solo. Kita mesti ajak ahli team yang kita sayang. Saya jemput Chic Faz personally, sebab saya tahu Faz ni ada banyak ilmu yang bermanfaat sangat untuk komuniti Shaklee. If you go check out her blog you will know why :')  Punyalah saya excited apabila Faz said YES dan lagi seronok apabila Aisyah K dan Aini Wahid pun mendaftar. Jadi dalam team kami PAF Network , ada 4 orang lah kesemuanya yang mendaftar Projek Mega Blog Shaklee. Syukur ALHAMDULILLAH!  Untuk tugasan pertama, kami perlu menulis tentang topik intermittent fasting , dalam 600 patah perkataan. Da

Testimoni : Kolesterol Cantik Dengan Supplement Shaklee

Minggu lepas, Coach terima satu feedback dari Puan Amira, salah seorang pelanggan Shaklee PAF Network . Jadi Coach minta izin beliau untuk kongsi testimoni di blog Coach ni. Alhamdulillah Puan Amira sudi berkongsi dengan kita semua.  Menurut Puan Amira, sejak amalkan supplement Shaklee dengan konsisten, paras kolesterol sangat cantik, Puan Amira siap kongsi lagi keputusan ujian darah yang dilakukan.  Lagi mengujakan, bila Coach tengok gambar tuan punya badan, wow bonus turun berat badan sekali, daripada saiz XL, dah jadi M!  Mesti anda tertanya-tanya kan, supplement Shaklee yang mana satu bantu mencantikkan bacaan kolesterol Puan Amira ni DAN macam mana boleh jadi langsing pulak? Ok mari sini Coach rungkaikan satu persatu :')  Puan Amira mengamalkan Omega Guard dan Lecithin.  Kedua-dua jenis supplement Shaklee ini memang popular di kalangan pelanggan kami yang mahu bacaan kolesterol normal dan seimbang.  Apakah itu Omega Guard?  Omega Guard adalah supplement minyak ikan, yang kaya

5 Tips Berpuasa Dengan Sihat Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum semua pembaca blog PAF Wellness,           Kali ini Coach nak kongsi beberapa tips yang penting untuk pesakit-pesakit diabetes, sebagai persiapan Ramadhan yang bakal tiba. Coach pernah baca dalam satu laporan berita, mengatakan bahawa setiap kali Ramadhan, jumlah pesakit diabetes yang dimasukkan ke hospital akan meningkat. Ini adalah suratkhabar tahun 2015, Coach simpan gambarnya di Facebook.             Bila Coach baca berita macam ni, sesungguhnya memang rasa kesal dan sedih. Sebenarnya berpuasa adalah satu bentuk penyembuhan tubuh badan supaya kembali kepada fitrah kesihatan. Malang sekali, oleh sebab gaya hidup yang tidak sihat sepanjang tahun, bila tiba Ramadhan, tubuh terkejut pula sebab tak biasa makan sedikit, tak biasa berpuasa, makan jadilah begini; makin puasa, makin sakit pula.           Oleh kerana kita masih ada masa untuk bersedia sebelum Ramadhan tiba, Coach akan kongsikan 5 tips ini, supaya pesakit-pesakit diabetes dapat berpuasa dengan sihat dan mampu

Set Puasa Shaklee Untuk Penghidap Gastrik

Kurang dari 40 hari, kita akan menyambut bulan Ramadhan, Insha Allah. Sungguh pantas masa berlalu. Sejak bulan lepas saya dah mula ganti puasa, seminggu 1-2 hari, supaya tak kelam kabut di penghujung waktu.  Dalam perkongsian kali ni, Coach nak sembang sikit tentang cabaran berpuasa Ramadhan untuk orang-orang yang menghidap gastrik. Masalah gastrik memang sangat popular bila datang bulan puasa betul tak? Ramai orang pandai sebut, tapi tak berapa jelas, apa sebenarnya gastrik. Jom Coach bantu, dengan sedikit penerangan.  Apa itu sakit gastrik? Sakit gastrik kebiasaannya merujuk kepada rasa sakit pada kawasan tengah di bahagian atas abdomen. Walaupun gastrik itu sendiri bermaksud "perut", tetapi kesakitan itu boleh berpunca daripada hempedu, pankreas dan usus kecil.  Gastrik ini sebenarnya lebih kepada simptom, dan bukanlah sejenis penyakit. Bermakna orang yang mengalami sakit gastrik berkemungkinan ada masalah-masalah kesihatan yang lain, samada sakit ringan ataupun sakit yang