Antara soalan paling popular yang saya kena jawab di kalangan pelanggan dan juga prospek ialah "Apa beza Vivix dan ResV?" Jadi untuk memudahkan semua orang, saya tuliskan di sini kompilasi padat berkaitan perbezaan antara Vivix dan ResV yang wajib anda tahu. 1- Bentuk cecair vs bentuk kapsul Vivix adalah supplement yang berbentuk cecair likat, berwarna merah gelap. Ia boleh terus diminum, atau bancuh dengan air kosong. ResV adalah supplement dalam bentuk softgel, dimakan seperti tablet atau kapsul biasa. 2- Disimpan di dalam peti sejuk vs disimpan di dalam suhu bilik Vivix mesti disimpan di dalam peti sejuk apabila sudah dibuka, bagi memastikan kondisi yang optimum. ResV boleh disimpan di dalam suhu bilik selepas dibuka, hanya perlu memastikan penutup ditutup rapat. 3- Diamalkan pada waktu pagi vs diamalkan pada waktu malam Vivix sangat baik diamalkan pada waktu pagi, untuk membantu mengekalkan tenaga yang optimum sepanjang hari. ResV pula...