Skip to main content

Posts

Showing posts with the label testimoni shaklee

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Perkongsian kali ini membawa saya mengimbau kenangan lebih 12 tahun yang lalu. Ketika itu saya hamil anak kedua, dan mencari-cari produk untuk berpantang dan menyusu.  Selepas bersalin anak pertama, saya ada menggunakan produk herba, sepanjang tempoh berpantang. Saya dapati produk yang saya guna tidak beri apa-apa kesan yang saya idamkan.  Saya ambil masa hampir sebulan untuk pulih selepas bersalin secara c-section.  Berat badan saya selepas bersalin ambil masa dekat setahun untuk kembali ke berat badan normal.  Oleh kerana saya juga bekerja sepenuh masa ketika itu, saya mengalami masalah untuk mengepam susu yang cukup untuk bekalan anak ketika saya bekerja (saya berjaya mengepam dan direct feeding anak pertama selama 15 bulan, Alhamdulillah).  Pengalaman anak pertama ini membuatkan saya mencari penyelesaian baru untuk anak kedua.  Saya mahu pulih segera selepas c-section (anak kedua juga adalah planned c-section).  Saya mahu berat badan kembali ke ber...

Testimoni Shaklee : Akhirnya Suami Berhenti Merokok

Tahun ini masuk tahun ke-8 suami saya berhenti merokok. Saya masih ingat s ebulan selepas berhenti merokok, dia terus buat appointment di Institut Jantung Negara untuk buat pemeriksaan lengkap jantung. Alhamdulillah doktor sahkan dia bebas dari sakit jantung, tetapi masih berisiko untuk dapat sakit jantung kerana berat badan dia masih berlebihan ketika itu. Sebenarnya tabiat merokok ini bukan sahaja membahayakan nyawa perokok, tapi juga memberi kesan fizikal dan mental kepada pasangan. Saya kerap menerima soalan daripada kawan-kawan, apa petua suami boleh berhenti merokok kerana mereka juga risau dengan tabiat merokok suami masing-masing. Jadi saya kongsikan di sini pengalaman saya melihat bagaimana suami saya berusaha untuk berhenti merokok selepas berpuluh tahun dengan tabiat buruk ini. Semoga boleh menjadi panduan dan inspirasi untuk perokok lain yang sudah ada niat untuk berjihad demi kesihatan dan keluarga. Minggu pertama berhenti merokok, sangat hebat dugaan! Pada minggu pertama,...