Skip to main content

Posts

Showing posts with the label puasa

Set Puasa Shaklee Untuk Sahur Ramadhan

Assalamualaikum dan salam "Cukup Manis",  Bila nak masuk bulan Ramadhan, terkenang pula tabiat sahur Coach dulu-dulu zaman bujang. Bila di rumah Mak, memang bangun sahur, meriah makan macam-macam. Tapi bila balik rumah sendiri, memang malas sungguh nak bangun sahur. Paling rajin pun bangun minum air segelas aje. Zaman bujang, sayang tidur tu yang lebih. Bila siang, waktu berpuasa, kalau letih pun takpe, sebab tak ada anak-anak nak diurus, boleh tapau makanan untuk berbuka. Tapi yang kesal tu, masa bujang, tak pernah ambil tahu tentang keberkatan bersahur :"(  Bila dah berumahtangga, dan ada anak-anak. kena fikir banyak benda, supaya kita boleh berpuasa dengan lancar, dan dapat uruskan rumahtangga dengan baik. Bila dah ada suami, ada anak-anak, urusan keluarga tetap kena terus macam biasa.  Ada 3 perkara utama yang kita mahukan sepanjang hari ketika sedang berpuasa.  1- Kita tidak mahu terlalu lapar 2- Kita tidak mahu lembik dan lesu 3- Kita tidak mahu terlalu dahaga ...

5 Tips Berpuasa Dengan Sihat Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum semua pembaca blog PAF Wellness,           Kali ini Coach nak kongsi beberapa tips yang penting untuk pesakit-pesakit diabetes, sebagai persiapan Ramadhan yang bakal tiba. Coach pernah baca dalam satu laporan berita, mengatakan bahawa setiap kali Ramadhan, jumlah pesakit diabetes yang dimasukkan ke hospital akan meningkat. Ini adalah suratkhabar tahun 2015, Coach simpan gambarnya di Facebook.             Bila Coach baca berita macam ni, sesungguhnya memang rasa kesal dan sedih. Sebenarnya berpuasa adalah satu bentuk penyembuhan tubuh badan supaya kembali kepada fitrah kesihatan. Malang sekali, oleh sebab gaya hidup yang tidak sihat sepanjang tahun, bila tiba Ramadhan, tubuh terkejut pula sebab tak biasa makan sedikit, tak biasa berpuasa, makan jadilah begini; makin puasa, makin sakit pula.           Oleh kerana kita masih ada masa untuk bersedia sebelum Ramadhan tiba, Coa...

Set Puasa Shaklee Untuk Penghidap Gastrik

Kurang dari 40 hari, kita akan menyambut bulan Ramadhan, Insha Allah. Sungguh pantas masa berlalu. Sejak bulan lepas saya dah mula ganti puasa, seminggu 1-2 hari, supaya tak kelam kabut di penghujung waktu.  Dalam perkongsian kali ni, Coach nak sembang sikit tentang cabaran berpuasa Ramadhan untuk orang-orang yang menghidap gastrik. Masalah gastrik memang sangat popular bila datang bulan puasa betul tak? Ramai orang pandai sebut, tapi tak berapa jelas, apa sebenarnya gastrik. Jom Coach bantu, dengan sedikit penerangan.  Apa itu sakit gastrik? Sakit gastrik kebiasaannya merujuk kepada rasa sakit pada kawasan tengah di bahagian atas abdomen. Walaupun gastrik itu sendiri bermaksud "perut", tetapi kesakitan itu boleh berpunca daripada hempedu, pankreas dan usus kecil.  Gastrik ini sebenarnya lebih kepada simptom, dan bukanlah sejenis penyakit. Bermakna orang yang mengalami sakit gastrik berkemungkinan ada masalah-masalah kesihatan yang lain, samada sakit ringan ataupun sakit ...