Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2023

Kuasa Polifenol Tumbuhan Dalam Res-V Dan Vivix Shaklee

Saya ada membaca satu buku bertajuk, Polifenol, Sumber Makanan Dan Manfaat Kesihatan, ditulis oleh Dr. Hanis Mastura Yahya, seorang pensyarah kanan Program Sains Pemakanan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum ini, saya banyak membaca tentang polifenol daripada laman web luar negara sahaja. Jadi saya sangat teruja apabila dapat beli dan baca buku tentang polifenol ditulis dalam bahasa Malaysia oleh pakar tempatan.  Saya teruja bila nampak buku ini di kedai DBP berhampiran rumah kami. Terus saya beli satu, dan masih saya baca untuk rujukan sehingga kini.  Polifenol ini adalah kompaun kimia dalam tumbuh-tumbuhan, bertindak sebagai pelindung daripada sinar UV, dan serangan patogen ke atas tumbuh-tumbuhan. Dan pada masa yang sama polifenol dalam tumbuh-tumbuhan memberi banyak manfaat kesihatan kepada manusia.  Polifenol adalah banyak jenis, dan sekurang-kurangnya ada 8000 jenis polifenol telah ditemui oleh saintis, terdapat dalam tumbuh-tumbuhan. Saya kongsi 3 jenis polifenol yang bia

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Selamat

Apa itu jeragat? Jeragat ialah keadaan warna kulit yang menjadi lebih gelap, akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat boleh terjadi pada satu tempat pada kulit, dan boleh juga merebak, dan bercantum menjadi kawasan jeragat lebih besar pada kulit. Keadaan kulit yang berjeragat menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan nampak bertompok-tompok.  Terdapat 3 jenis jeragat iaitu :  1- Sun spot/ tompok matahari Jeragat jenis ini adalah yang paling biasa kita lihat pada kulit wajah dan badan manusia. Jeragat ini terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama, tanpa perlindungan seperti sun screen dan pakaian yang menutup kawasan kulit. Sebenarnya tompok matahari itu adalah tindakan kulit menghasilkan melanin supaya kulit terlindung daripada sinar uv matahari yang berbahaya.  2- Melasma  Melasma adalah sejenis "skin disorder" yang banyak terjadi kepada wanita berkulit gelap. Punca melasma yang paling biasa ialah akibat perubahan h

Gaya Hidup Sihat Rahsia Awet Muda Amber Chia

Baru-baru ni saya menonton satu video temubual dengan model terkenal negara kita, Ms Amber Chia. Amber dah masuk usia 42 tahun ini. Saya memang minat dengan Amber sejak dulu lagi, seorang yang bekerja kuat, bijak berniaga dan sentiasa positif. Kalau nak tahu, Amber ni asalnya orang susah, tinggal di Tawau Sabah dan berhijrah di usia muda ke Kuala Lumpur. Kerjaya sebagai model melonjak nama Amber hingga ke peringkat antarabangsa, dan Amber mengubah status kehidupan keluarganya.  Dalam temubual tersebut, Amber berkongsi tips kesihatan dan kecantikan untuk wanita di usia 40-an seperti dirinya.  Model & usahawan Amber Chia, kekal cantik di usia 40-an Gambar : Facebook Amber Chia  >>> Menarik : Zat Lengkap Hanya Dalam Sebiji Supplement!  1- Mindset yang betul Menurut Amber, wanita berusia 40-an mesti ada mindset yang betul untuk kekal sihat dan cantik. Kata Amber, wanita tak boleh guna alasan usia untuk mengabaikan kesihatan dan kecantikan. Walaupun sudah berusia, tetap. kena

Pengedar Shaklee AU2 Taman Seri Keramat

Tahun ini masuk tahun ke-12 saya bergelar Pengedar Shaklee. Pada tahun pertama saya jadi pengedar Shaklee, hanya sekadar suka-suka memandangkan ramai kawan-kawan minta panduan penyusuan bayi bersama supplement daripada saya ketika itu.  Tahun kedua sehinggalah ke hari ini, Shaklee telah menjadi sumber pendapatan saya, dan jadi kareer sepenuh masa. Alhamdulillah rezeki bersama Shaklee tidak pernah putus dan cukup untuk kami sekeluarga.  Banyak kenangan pahit manis saya sebagai pengedar Shaklee, dan 3 pengalaman paling utama ialah :  pengalaman konsultasi bersama pelanggan-pelanggan  pengalaman membimbing team bisnes PAF Network  pengalaman menimba ilmu dalam kelas-kelas dan training bersama Shaklee Malaysia Walaupun 90% urusan saya dengan pelanggan adalah secara online, tetapi bila ada kesempatan bersua muka, memang lagi seronok.  Kenangan COD di butik Dato Rizalman Ibrahim. Saya berurusan dengan PA beliau masa tu, untuk belian Vivix dan Collagen Powder. Dalam setahun tu ada 3 kali TokR

Testimoni Shaklee : Akhirnya Suami Berhenti Merokok

Tahun ini masuk tahun ke-8 suami saya berhenti merokok. Saya masih ingat s ebulan selepas berhenti merokok, dia terus buat appointment di Institut Jantung Negara untuk buat pemeriksaan lengkap jantung. Alhamdulillah doktor sahkan dia bebas dari sakit jantung, tetapi masih berisiko untuk dapat sakit jantung kerana berat badan dia masih berlebihan ketika itu. Sebenarnya tabiat merokok ini bukan sahaja membahayakan nyawa perokok, tapi juga memberi kesan fizikal dan mental kepada pasangan. Saya kerap menerima soalan daripada kawan-kawan, apa petua suami boleh berhenti merokok kerana mereka juga risau dengan tabiat merokok suami masing-masing. Jadi saya kongsikan di sini pengalaman saya melihat bagaimana suami saya berusaha untuk berhenti merokok selepas berpuluh tahun dengan tabiat buruk ini. Semoga boleh menjadi panduan dan inspirasi untuk perokok lain yang sudah ada niat untuk berjihad demi kesihatan dan keluarga. Minggu pertama berhenti merokok, sangat hebat dugaan! Pada minggu pertama,

Zat Lengkap Setiap Hari Dengan Vita-Lize Shaklee

Dalam laporan Global Nutrition Report 2018, mendapati rakyat Malaysia dibebani oleh 3 masalah nutrisi utama iaitu: berat badan berlebihan kurang zat besi pertumbuhan terbantut Masalah nutrisi ini dikenali sebagai "tripple burden" memberi kesan kepada tahap kesihatan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Lebih menyedihkan "tripple burden" yang kita alami ini lebih serius berbanding negara-negara kurang maju seperti di Afrika.  Terdapat pula satu kajian yang dijalankan oleh Khazanah Research Institute , diketuai oleh pakar ekonomi tersohor iaitu Profesor Jomo Kwame Sundaram, mendapati rakyat Malaysia terdedah kepada masalah kualiti makanan yang tercemar dengan racun perosak. Makanan yang tercemar ini pula akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk mendapat zat yang lengkap daripada makanan harian, walaupun makanan tersebut adalah dari sumber semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.  Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitam