Skip to main content

3 Punca Berat Badan Tidak Turun Walaupun Dengan Intermittent Fasting

Saya masih ingat, sekitar tahun 2019, viral kisah selebriti Lisa Surihani yang berjaya menurunkan berat badan dengan kaedah intermittent fasting. Kaedah yang Lisa gunakan telah menjadi ikutan ramai, dan bermulalah populariti intermittent fasting di Malaysia. Bagi saya, saya mengenali kaedah intermittent fasting bermula sebelum kisah Lisa Surihani menjadi viral lagi. 

Saya banyak belajar tentang intermittent fasting ini melalui video-video Youtube Dr. Jason Fung dan juga Dr. Eric Berg, tetapi bukan sebagai kaedah untuk untuk kurangkan berat badan semata-mata.

Adakah anda masih struggle untuk turunkan berat badan?

Ketika itu saya baru sahaja memulakan No Sugar Challenge, dan saya dapati intermittent fasting membantu saya mengawal masalah sugar cravings. Melalui kedua-dua doktor ini saya belajar bahawa intermittent fasting adalah salah satu gaya hidup sihat yang boleh membantu mengatasi masalah kerintangan insulin yang menjadi punca kepada penyakit obesiti dan penyakit kencing manis.

Apakah itu “intermittent fasting”?

“Intermitent” bermaksud selang masa dan “fasting” bermaksud berpuasa. 

Jadi intermittent fasting adalah kaedah berpuasa mengikut selang masa yang ditetapkan, dan juga mengikut selang masa waktu makan yang ditetapkan. 

Contoh tempoh selang masa berpuasa dan masa makan, untuk intermittent fasting adalah seperti berikut : 

  • IF 12:12 12 jam tempoh puasa, 12 jam tempoh makan (3 kali makan iaitu sarapan, makan tengah hari, makan malam, tiada snek)

  • IF 16:8 16 jam tempoh puasa, 8 jam tempoh makan (2 atau 3 kali makan, brunch, makan tengah hari, makan malam, tiada snek)

  • IF 20:4 20 jam tempoh puasa, 4 jam tempoh makan (1 atau 2 kali makan)

Terdapat juga “extended fasting” iaitu kita sambung melakukan puasa selama 24 jam, 36 jam dan 48 jam. 

Ketika berada dalam tempoh masa berpuasa itu, kaedah ini membenarkan kita hanya minum air kosong, kopi kosong atau teh kosong sahaja. 

Ada kaedah yang menetapkan 0 kalori untuk minuman-minuman, tetapi ada juga yang membenarkan minuman di bawah 50 kalori. 

Bagaimana “intermittent fasting” membantu tubuh menjadi lebih sihat dan mengurangkan berat badan?

Melalui kaedah intermittent fasting, perkara utama yang berlaku ialah kita membantu tubuh mengawal pengeluaran hormon insulin dengan lebih efisyen. Dalam buku Intermittent Fasting yang ditulis oleh Dr. Malinda Mohd Ali, menyebut, 

"Kunci utama untuk membakar lemak ialah menurunkan paras insulin. Apabila insulin lebih rendah dan sensitiviti sel lebih baik, anda pasti akan nampak berat badan turun dengan jayanya. Sel-sel lemak mencari tanpa perlu menghabiskan masa berjam-jam berlari di atas threadmill"

Wow best kan intermittent fasting ni! 

Tetapi mengapa saya tidak kurus juga walaupun sudah buat intermittent fasting? 

Saya kerap menerima persoalan ini dari kalangan rakan-rakan yang telah mencuba intermittent fasting. Mereka kecewa kerana tidak mendapat hasil penurunan berat badan sebagaimana yang diwar-warkan oleh pengamal intermittent fasting lain.

Pada pendapat saya, terdapat 3 sebab utama yang menyebabkan intermittent fasting kita tidak membuahkan hasil (berat badan tidak turun). 

1- Tidak konsisten

Ini adalah isu paling utama, iaitu tidak konsisten dalam melaksanakan intermittent fasting. Ada hari kita buat 16 jam IF, ada hari kita buat 12 jam IF, ada hari kita sanggup buat sehingga 24 jam, tetapi ada hari juga kita berhenti terus!

Ini adalah masalah utama dalam mana-mana kaedah pengurusan berat badan iaitu tidak konsisten. Saya mencadangkan anda mula dengan 12:12 sahaja, dan latih diri untuk konsisten selama 1-2 bulan, sebelum anda tambah jam menjadi 16:8 atau 20:4. 

Kaedah intermittent fasting bukan perlumbaan untuk tempoh masa puasa paling lama, tetapi untuk konsisten dalam jumlah jam yang kita pilih. 

2- Silap pilih makanan

Ramai orang hanya fokus ketika waktu berpuasa. Apabila tiba waktu makan, mereka tidak kisah samada makan makanan segera, makanan tinggi gula atau makanan tiada zat yang lengkap. 

Pemilihan makanan amat penting kerana setiap jenis makanan boleh mempengaruhi keupayaan tubuh untuk membakar lemak atau mengumpul lemak! Makanan yang membantu tubuh membakar lemak dengan lebih efisyen adalah seperti protein dan lemak sihat.

Contoh menu ringkas untuk berbuka intermittent fasting

Sekiranya dalam tempoh makan itu kita memilih makanan tinggi gula dan terproses, maka tubuh akan lebih cepat mengumpul lemak-lemak baharu. Rugi lah berjam-jam kita buat intermittent fasting, tapi lemak tetap berkumpul dan tidak berkurangan, betul tak?

3- Tidak cukup makan, tidak cukup minum air

Ada orang makan berlebih-lebihan ketika tempoh makan, dan ada orang lain pula yang takut nak makan! Apabila tubuh tidak menerima kalori yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik, metabolisme tubuh akan merosot, tenaga tidak digunakan dengan cekap, dan ini menggangu proses penurunan berat badan. Sudahlah seharian berpuasa, makan tak cukup, berat pula tak turun, ADUH STRESSNYA!

Begitu juga dengan pengambilan air minuman. Apabila kita tidak cukup minum air, tubuh mudah akan diserang “cravings”, akibatnya, Ketika waktu makan tiba, kita akan makan berlebihan pula. 

Kesimpulan

Ketiga-tiga sebab yang saya senaraikan ini mungkin sedang berlaku pada diri kita sekarang, dan menyebabkan kita gagal menurunkan berat badan melalui kaedah intermittent fasting.

Usah kecewa, kini sudah tahu puncanya, dan kita masih ada masa untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan ini. 

Saya mencadangkan agar sahabat-sahabat membaca buku Intermittent Fasting oleh Dr. Malinda Ali, menonton video-video Youtube Dr. Jason Fung dan Dr. Eric Berg, dan sertailah mana-mana kumpulan bimbingan intermittent fasting yang banyak terdapat di Facebook. Amat penting untuk kita tahu cara menjalankan intermittent fasting dengan betul supaya boleh mendapat hasil yang diinginkan. 

Saya kerap merujuk buku ini untuk lebih faham tentang intermittent fasting


Sekiranya sahabat semua mahu bertanya kepada Coach Gula, sudah tentu saya amat berbesar hati untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya ada tentang kaedah intermittent fasting ini, Insha Allah.

----
Master Puteri / Coach Gula
No. Tel : +6016-344 7727
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

  1. tak konsistennn tu sgt btul ya . lepas ni boleh cuba balik dgn ilmu ilmu yg ada ni ;)

    ReplyDelete
  2. menarik kan intermittent fasting..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih pada Puteri juga dari kelas Puteri hari tu menyedarkan diri kita untuk buang habit gula tu sebenarnya. Kelas bulan puasa 2022 kalau tak silap tau. Now happy sangat berat turun lagi hari ini 57 kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Insha Allah sama2 kita lebih sihat lagi :')

      Delete
  4. Sangat informative entri ni. Tq Coach Gula!

    ReplyDelete
  5. Thank you Coach. Jalan jalan singgah dan kutip ilmu kat sini.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah mekasih Coach Gula. Menarik info. Idah lalui juga amal IF tapi berat jd plateau. Kena ubah balik pola makan. namun inchiloss tetap ada. rasa badan ringan. sbb idah mmg cut gula dah lama. kekadang bila teringin sgt nak makan kuih jamah jg seketul dua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome idah...diet yg sihat ialah diet yg buat kita happy, masih boleh makan kuih ehehe

      Delete
  7. Terima kasih atas huraian dan penerangan sahabat. Teringin juga nak amalkan kaedah ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

5 Aplikasi Wajib Bisnes Online

Sekiranya anda baru nak mulakan bisnes online, anda kena kenal 5 aplikasi wajib ini, yang boleh memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti pemasaran setiap hari.  Aplikasi-aplikasi yang saya kongsi ini boleh didapati secara percuma dan sangat mudah digunakan.  1- Canva  Canva adalah aplikasi yang membantu kita merekacipta bahan pemasaran. Apa yang menariknya aplikasi Canva menyediakan banyak template-template untuk kita terus guna. Antara template yang popular digunakan ialah : poster flyers kad nama  brosur klip video logo  Canva juga terdapat dalam versi berbayar, yang mana kita ada lebih banyak pilihan template, gambar, video dan lain-lain bahan untuk konten pemasaran. Sebelum ini Canva hanya boleh digunakan di laman web, tetapi kini sangat mudah dengan aplikasi canva di telefon pintar.  2- WhatsApp Business Ramai orang kenal apa itu WhatsApp, tapi tidak semua orang tahu kelebihan menggunakan WhatsApp Business.  WhatsApp Business adalah aplikasi yang lebih mesra untuk pemilik bisnes

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti

5 Kepentingan Vitamin C Shaklee

Vitamin C memainkan peranan yang sangat penting bagi menyokong sistem tubuh yang sihat. Permintaan vitamin C Shaklee sentiasa tinggi, terutamanya semasa negara kita diserang virus covid 19.  Kesedaran masyarakat untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh daripada serangan virus, terus meningkat dan vitamin C Shaklee memang sentiasa menjadi pilihan.  Dan kini dengan berita tentang siapsiaga Kementerian Kesihatan Malaysia menghadapi serangan virus X pula, jadi tidak salah sekiranya amalan pengambilan vitamin C Shaklee diteruskan oleh orang ramai.  Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air, bermakna tubuh kita tidak akan menyimpan vitamin C di dalam badan, dan lebihannya akan dibuang melalui air kencing. Ini bermakna vitamin C perlu sentiasa cukup diambil setiap hari.  Oleh kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri , jadi kita mesti mendapatkan vitamin C daripada makanan ataupun supplement. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C termasuklah :  Buah : oren, lemon, bua