Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2026

Kebaikan Probiotik Kepada Tubuh Manusia

Semakin hari semakin ramai orang faham dan tahu tentang kebaikan probiotik kepada kesihatan tubuh badan. Kebaikan probiotik yang paling utama adalah untuk kesihatan usus, tetapi banyak kebaikan lain akan dinikmati oleh tubuh badan, terutamanya untuk sistem pertahanan tubuh.  Apa itu probiotik? Probiotik adalah sejenis mikroorganisma hidup yang berada di dalam usus manusia. Ia juga dikenali secara umum dengan gelaran "bakteria  baik". Ada 3 tugas utama bakteria baik iaitu menyeimbangkan bakteria dalam usus, menyihatkan sistem penghadalam dan mengukuhkan sistem pertahanan tubuh manusia.  Jenis- jenis probiotik Terdapat banyak jenis probiotik yang menghuni usus manusia dan ada 3 jenis yang utama iaitu: 1 -Lactobasillus - ini adalah probiotik paling dikenali, dan ia boleh didapati di dalam makanan- makanan seperti yogurt, tempeh, kimchi dan pelbagai lagi makanan yang diperam.  2- Bifidobacterium - probiotik ini biasanya digunakan untuk merawat masalah- masalah usus seper...