Skip to main content

Kebaikan Probiotik Kepada Tubuh Manusia

Semakin hari semakin ramai orang faham dan tahu tentang kebaikan probiotik kepada kesihatan tubuh badan. Kebaikan probiotik yang paling utama adalah untuk kesihatan usus, tetapi banyak kebaikan lain akan dinikmati oleh tubuh badan, terutamanya untuk sistem pertahanan tubuh. 

Apa itu probiotik?

Probiotik adalah sejenis mikroorganisma hidup yang berada di dalam usus manusia. Ia juga dikenali secara umum dengan gelaran "bakteria  baik". Ada 3 tugas utama bakteria baik iaitu menyeimbangkan bakteria dalam usus, menyihatkan sistem penghadalam dan mengukuhkan sistem pertahanan tubuh manusia. 

Jenis- jenis probiotik

Terdapat banyak jenis probiotik yang menghuni usus manusia dan ada 3 jenis yang utama iaitu:

1 -Lactobasillus - ini adalah probiotik paling dikenali, dan ia boleh didapati di dalam makanan- makanan seperti yogurt, tempeh, kimchi dan pelbagai lagi makanan yang diperam. 

2- Bifidobacterium - probiotik ini biasanya digunakan untuk merawat masalah- masalah usus seperti irritable bowel syndrome (IBS) dan menyokong kesihatan sistem imun badan. 

3-  Saccharomyces bourlardi - probiotik ini adalah sejenis yis, dan biasa digunakan untuk merawat masalah cirit- birit akibat kesan sampingan anti biotik. 

Kebaikan- kebaikan Probiotik 

1- Menyeimbangkan bakteria di dalam usus

Usus manusia dihuni oleh 2 jenis bakteria, yang dikenali sebagai "bakteria baik" iaitu probiotik dan "bakteria jahat" iaitu sejenis patogen. Untuk mencapai keseimbangan di dalam persekitaran usus, bakteria baik mestilah lebih banyak daripada bakteria jahat. Sekiranya bakteria jahat lebih banyak, usus akan mengalami pelbagai masalah dan kesannya boleh dirasakan di seluruh tubuh badan, bukan sekadar di usus sahaja. 

Jadi tugas utama probiotik atau bakteria baik ini ialah untuk memastikan persekitaran di dalam usus seimbang dan sihat. 

2- Menyihatkan sistem penghadaman

Ada beberapa cara probiotik memainkan peranan bagi memastikan sistem penghadalam manusia menjadi sihat. 

Pertama, probiotik boleh menyokong kesihatan dinding usus. Dinding usus yang sihat akan memastikan zat- zat dapat diserap dengan baik di usus kecil. Apabila zat dapat diserap dengan baik, tubuh badan akan merasakan kesan positif daripada pengambilan makanan sihat dan juga daripada pengambilan supplemen. 

Kesan kepada sistem penghadaman yang sihat seterusnya dapat dilihat daripada kesihatan kulit yang lebih cerah dan berseri, tidak berjerawat, dan tiada serangan ekzema. 

Selain itu, apabila sistem penghadaman menjadi sihat, proses untuk menurunkan berat badan akan berjalan dengan lebih lancar, kerana ia juga boleh mengurangkan masalah "sugar cravings" dan masalah tidak dapat mengawal selera makan. 

3- Mengukuhkan sistem pertahanan tubuh badan manusia

Ramai orang tidak tahu bahawa usus adalah organ yang sangat penting dalam memastikan sistem pertahanan badan kita berada dalam keadaan yang kuat dan bersedia untuk melawan penyakit dan jangkitan. Probiotik atau bakteria baik inilah yang menyokong kesihatan usus kita. 

Probiotik bertindak dengan cara mengukuhkan lapisan usus, mengurangkan radang pada usus dan membantu merangsang penghasilan antibodi dan "natural killer cells" yang bertugas melawan jangkitan. 

Usus yang sihat dengan probiotik yang seimbang, membuatkan badan lebih kuat melawan jangkitan, dan jangkitan tidak berlarutan. 

Kesimpulan 

3 kebaikan probiotik yang diterangkan di atas memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan manusia secara keseluruhan. Pengambilan probiotik samada melalui makanan ataupun supplemen boleh memberi manfaat jangka panjang. 


Master Puteri @ Coach Gula
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.



Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti ...

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Perkongsian kali ini membawa saya mengimbau kenangan lebih 12 tahun yang lalu. Ketika itu saya hamil anak kedua, dan mencari-cari produk untuk berpantang dan menyusu.  Selepas bersalin anak pertama, saya ada menggunakan produk herba, sepanjang tempoh berpantang. Saya dapati produk yang saya guna tidak beri apa-apa kesan yang saya idamkan.  Saya ambil masa hampir sebulan untuk pulih selepas bersalin secara c-section.  Berat badan saya selepas bersalin ambil masa dekat setahun untuk kembali ke berat badan normal.  Oleh kerana saya juga bekerja sepenuh masa ketika itu, saya mengalami masalah untuk mengepam susu yang cukup untuk bekalan anak ketika saya bekerja (saya berjaya mengepam dan direct feeding anak pertama selama 15 bulan, Alhamdulillah).  Pengalaman anak pertama ini membuatkan saya mencari penyelesaian baru untuk anak kedua.  Saya mahu pulih segera selepas c-section (anak kedua juga adalah planned c-section).  Saya mahu berat badan kembali ke ber...

Kelas Zoom Coach Gula, Ketagih Gula : Lawan Atau Layan?

 Assalamualaikum dan apa khabar rakan-rakan Cukup Manis semua :')  Hari ni Coach rasa happy sangat sebab dah terlaksana hajat Coach sejak tahun lepas, nak buat kelas zoom untuk berkongsi hal-hal berkaitan gula dan ketagihan gula. Kelas Zoom ni Coach buat selama 3 jam pada hari Sabtu, dan 3 jam lagi pada hari Ahad. Alhamdulillah, ada 12 orang telah menyertai kelas.  Antara topik-topik yang kami bincangkan sepanjang 2 hari kelas termasuklah :  jenis-jenis gula isu gula dan ultra processe food ketagihan gula sugar withrawal  langkah mulakan Cabaran Cukup Manis  pendekatan 3R Coach Gula  Kelas Zoom Coach Gula, hari pertama.  Kelas Zoom Coach Gula, hari kedua. Antara topik yang kami bincangkan dalam Kelas Zoom Coach Gula Apakah beza antara gula kurniaan Tuhan vs gula ciptaan tangan manusia? Untuk sedikit sedutan perkongsian Coach dalam kelas zoom, rakan-rakan boleh tengok klip pendek di Youtube ini.    Coach buka peluang untuk anda yang mahu ...