Skip to main content

Kenali Coq-10 Dan Manfaat Kesihatan

Terus terang saya katakan, kalau tidak kerana saya berkecimpung sepenuh masa dengan bisnes Shaklee, saya memang tak kenal dengan coq-10 ini. Oleh kerana saya aktif mengikuti pelbagai kelas yang dianjurkan oleh pihak Shaklee, dapatlah saya belajar ilmu baru tentang coq-10 ini daripada pakar-pakar nutrisi dan kesihatan. 

SUBHANALLAH Maha Suci Allah, tubuh badan manusia ini sangat sofistikated dijadikan Allah SWT untuk bekerja dengan efisyen, dan salah satu kurniaan hebat diberikan kepada kita ialah dalam bentuk bekalan coq-10 (disebut sebagai ko-q-ten). 

Apa itu Coq-10?

Coq-10 adalah sejenis co-enzyme (atau dalam bahasa mudah nak faham, coq-10 ini seperti vitamin juga) yang terdapat dalam semua sel tubuh badan manusia. Hebatnya tubuh manusia, coq-10 ini telah siap sedia ada di dalam tubuh kita secara semulajadi. 

Coq-10 ini berada di dalam setiap sel kita, dan terdapat paling banyak pada organ jantung, buah pinggang, hati dan pankreas. Coq-10 ini menghasilkan tenaga yang kemudiannya bertindak melindungi sel daripada kerosakan dan juga menyelenggara sel yang rosak. 

Apa tugas coq-10?

Secara semulajadinya, tubuh kita akan mengalami proses tekanan oksidatif (oxidative stress), iaitu apabila anti oksida di dalam tubuh merosot. Proses ini berpunca daripada gaya hidup kita sendiri, seperti pemakanan tidak sihat, tabiat merokok, pergerakan tidak aktif, tekanan emosi, pencemaran alam sekitar dan sebagainya.

Tekanan oxidatif menyebabkan tubuh menjadi tua (body aging) dan mendedahkan kita kepada pelbagai risiko kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, kanser, mutasi genetik dan keradangan tubuh. Kelazimannya apabila penghidap penyakit-penyakit kronik akan mengalami penurunan jumlah coq-10 dalam tubuh yang mendadak. 

Jadi di sinilah tugas coq-10 iaitu : 

1- Membantu tubuh mengekalkan kecergasan sel

2- Melindungi sel daripada serangan radikal bebas (akibat gaya hidup)

3- Menyelenggara sel yang mengalami tekanan oksidatif (oxidative stress)

Sel-sel yang sihat akan mengekalkan fungsi organ yang sihat, dan terhasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas. 

Punca-punca Coq-10 Boleh Merosot 

Jumlah coq-10 dalam tubuh kita berada pada paras paling optimum pada usia 20 tahun. Kemudian apabila kita meningkat usia, jumlah coq-10 boleh merosot dan ditambah lagi dengan pelbagai faktor-faktor lain, coq-10 dalam tubuh boleh merosot dengan mendadak. 

1- Faktor penuaan menyebabkan jumlah coq-10 dalam tubuh secara semulajadi akan merosot. Sepertimana wujudnya coq-10 secara semulajadi dalam tubuh, proses kemerosotan coq-10 juga berlaku secara semulajadi bersama-sama peningkatan usia. Paras coq-10 orang tua jauh lebih sedikit berbanding orang muda. 

2- Pengambilan ubat-ubatan seperti statin untuk masalah kolesterol, ubat-ubat anti-depressants, ubat diabetes, boleh menyebabkan paras coq-10 dalam tubuh merosot. 

3- Penyakit-penyakit mitochondria boleh menyebabkan paras coq-10 merosot. Penyakit ini berpunca daripada kerosakan pada mitochondria iaitu bahagian di dalam sel yang menjana tenaga. Antara contoh-contoh penyakit mitochondria yang paling kerap terjadi ialah penyakit kencing manis, penyakit Alzheimer dan sindrom Leigh (berlaku pada kanak-kanak pada awal usia). 

4- Tekanan oksidatif (oxidative stress) berlaku pada tubuh manusia akibat gaya hidup dan persekitaran. Pemakanan tidak seimbang, tekanan emosi, tabiat merokok, tidak aktif dan pencemaran menyebabkan terlalu banyak radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas ini menyebabkan sel teroksida, dan coq-10 akan merosot jumlahnya. 

5- Kesan daripada penyakit-penyakit yang ditanggung juga menyebabkan paras coq-10 semakin hari semakin merosot. Ini berlaku kerana tisu memerlukan lebih coq-10 untuk bekalan tenaga bagi keperluan tubuh setiap hari. Semakin lama tubuh menghidap penyakit, semakin cepat coq-10 merosot. 

Coq-10 Dan Sakit Jantung 

Coq-10 terdapat dengan banyak pada semua organ-organ penting tubuh manusia. Dan jumlah coq-10 ini paling banyak jumlahnya pada sel di organ jantung manusia. 

Coq-10 dalam sel organ terdapat dalam 2 bentuk. Ubiquinone adalah jenis coq-10 yang telah teroksida, dan ubiquinol adalah coq-10 yang masih aktif. Coq-10 yang teroksida boleh dipulihkan supaya menjadi aktif semula. 

Kajian mendapati 3 daripada 4 orang pesakit jantung mempunyai paras coq-10 yang rendah berbanding orang yang sihat. Oleh kerana coq-10 adalah anti oksida semulajadi di dalam tubuh, maka kemerosotan coq-10 ini akan mendedahkan organ jantung kepada keadaan oksidatif yang berpanjangan yang menyebabkan tekanan darah meningkat dan keradangan yang membawa kepada masalah jantung. 


Coq-10 boleh membantu tekanan darah yang stabil dan menyeimbangkan paras kolesterol dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko serangan jantung. 

Di samping itu, sebagai anti oksida semulajadi, coq-10 mengurangkan keradangan dalam tubuh, lantas mencegah masalah tekanan darah tinggi dan radang pada salur darah yang boleh menyebabkan salur darah mengeras dan tersumbat, membawa kepada strok dan kematian. 

Bagi pesakit jantung yang mengamalkan ubat statin, coq-10 membantu mengurangkan kesan sampingan statin seperti sakit dan lemah otot. 

Coq-10 Dan Kesuburan 

Sepertimana yang diterangkan sebelum ini, coq-10 terdapat dalam semua sel tubuh badan manusia. Coq-10 memainkan peranan penting menghasilkan tenaga kepada sel, termasuklah sel ovum dan sel sperma manusia. 

Secara umumnya, lebih banyak coq-10 di dalam sel, lebih banyak tenaga dihasilkan, lebih efisyen sel ovum dan sel sperma bekerja. Coq-10 sebagai anti oksida pula melindungi sel ovum dan sperma daripada radikal bebas yang boleh mengganggu sistem reproduktif manusia. Inilah faktor yang mempengaruhi kesuburan lelaki dan wanita. 


Sepertimana yang kita ketahui, jumlah dan kualiti sel ovum wanita, akan berkurangan selari dengan peningkatan usia. Jadi coq-10 boleh membantu wanita yang meningkat usia mengekalkan kesuburan sekiranya mereka berhajat untuk menimang cahayamata. Tapi kita tahu sekarang ini, wanita muda juga menghadapi masalah kesuburan, kerana sel ovum yang tidak bertenaga akibat kekurangan coq-10. 

Untuk sperma pula. coq-10 memberi tenaga kepada sperma, mengekalkan kualiti dan meningkatkan kuantiti sperma. Kualiti sperma bergantung kepada mobiliti (keupayaan untuk bergerak pantas), dan bentuk ekor dan kepala sperma yang sempurna. 

Di mana sahaja ada sel, di situlah ada coq-10 berada menjana tenaga untuk sel bekerja dengan baik. Sel ovum dan sel sperma tidak terkecuali daripada memerlukan tenaga yang cukup, bagi mengekalkan kesuburan lelaki dan wanita. 

Coq-10 Dan Kulit Awet Muda

Tahukah anda, coq-10 memberi efek awet muda kepada kulit kita? Antara fungsi coq-10 untuk sel kulit ialah dengan melindungi kulit daripada kesan penuaan akibat sinar uv matahari. 

Sifat coq-10 sebagai anti oksida juga secara semulajadi melindungi sel kulit daripada serangan radikal bebas yang menyebabkan kulit berkedut dan kendur. 

Selain itu coq-10 bertindak merangsang penghasilan kolagen dan elastin yang baru, bagi mencegah kulit cepat berkedut dan wajah nampak lebih tua dari usia. 

Dan sekiranya kulit menghadapi masalah seperti jerawat dan parut, coq-10 mempercepatkan proses pembaikan sel kulit, dan sel kulit baru boleh dihasilkan dengan lebih efisyen. 

Supplement Coq-Trol Plus Shaklee 

Oleh kerana secara semulajadinya coq-10 dalam tubuh manusia akan berkurangan seiring dengan usia, maka kita perlu mengambil supplement coq-10 untuk mengekalkan paras yang optimum untuk keperluan tubuh kita. Untuk orang dewasa, dos coq-10 yang dicadangkan adalah antara 60mg - 500mg sehari. 

Walaupun terdapat makanan semulajadi yang kaya dengan coq-10, tetapi amat sukar untuk kita dapat dose coq-10 yang cukup, kerana kita perlu makan makanan tersebut dengan jumlah yang banyak. 



Supplement coq-10 yang dikeluarkan oleh jenama Shaklee, adalah Coq-Trol Plus. Coq-Trol Plus ini mengandungi :

  • 100 mg coq-10
  • 5.5 mg tocopherols
  • 2 mg resvaratrol (dari ekstrak akar Japanese knotweed)
Dengan adanya supplement Coq-Trol Plus ini, kita boleh mendapatkan dos coq-10 yang secukupnya setiap hari, tanpa perlu risau sekiranya makanan kita tidak membekalkan coq-10 yang sepatutnya kita ambil. 

Pengambilan Coq- Trol Plus dicadangkan untuk : 
  • Pesakit jantung - Supplement coq-10 amat popular di kalangan pesakit jantung. Kajian oleh Cardiovascular Pharmacology, mendapati coq-10 boleh menjadi pelindung kepada serangan jantung, mengelakkan serangan jantung berulang, mencegah tekanan darah tinggi dan mengurangkan kesan sampingan akibat pengambilan ubat statin.  

  • Warga emas - Oleh kerana warga emas akan mengalami kekurangan coq-10 seiring dengan usia, pengambilan supplement Coq-Trol Plus boleh membantu tubuh mereka kekal bertenaga. Coq-10 akan menjana tenaga kepada sel dan membolehkan warga emas berasa lebih cergas setiap hari. 

  • Pasangan yang mahu menimang cahaya mata - Coq-10 amat penting dalam meningkatkan kesuburan pasangan. Sel sperma dan sel ovum memerlukan tenaga yang mencukupi bagi membolehkan ia bergerak cergas untuk proses pensenyawaan. Supplement Coq-Trol Plus memang menjadi pilihan pasangan yang sedang TTC (try to conceive). 

  • Wanita perimenopos dan menopos - Coq-10 membantu mengekalkan keseimbangan hormon menjelang usia perimenopos dan menopos, sekaligus mengurangkan simptom-simptom menopos seperti masalah sakit kepala dan migrain, mood tidak menentu dan juga mengurangkan berlakunya "hot flushes".  Coq-Trol Plus patut menjadi amalkan wanita-wanita yang sudah mencecah usia 40-an dan ke atas. 

  • Untuk ketajaman otak - Coq-10 juga sangat penting untuk mengekalkan ketajaman minda dan fokus ketika belajar dan bekerja. Saya sering mencadangkan Coq-Trol Plus untuk pelajar-pelajar dewasa di kolej dan universiti dan juga golongan profesional yang banyak menggunakan keupayaan berfikir dalam menjalankan tugas harian. 

Kesimpulan 

Secara peribadi, Coq-Trol Plus menjadi supplement wajib suami saya memandangkan beliau adalah bekas perokok tegar. Semasa merokok, mestilah banyak sel yang teroksida dan rosak selama ini, jadi supplement Coq-Trol Plus boleh membantu coq-10 yang teroksida kembali aktif semula. Supplement Coq-Trol Plus ini lebih berbaloi diamalkan jika kita telah buang tabiat negatif seperti merokok. 


Bagi saya sendiri, Coq-Trol Plus membantu tubuh saya lebih bertenaga, terutamanya sejak usia meningkat ke fasa 40-an. Selain tenaga, saya juga mahukan otak yang tajam, kerana saya masih aktif bekerja dan menjalankan bisnes Shaklee. Kalau boleh, saya mahu keupayaan kognitif saya kekal baik walaupun memasuki usia emas nanti. Jadi pengambilan Coq-Trol Plus adalah salah satu langkah yang saya ambil untuk tujuan ini, Insha Allah. 



Keperluan tubuh kita adalah berbeza, jadi untuk dapatkan konsultasi lebih lengkap lagi, hubungi saya dan saya sedia untuk berkongsi dengan anda. 

#nextlevelblogging 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.










Comments

Popular posts from this blog

5 Aplikasi Wajib Bisnes Online

Sekiranya anda baru nak mulakan bisnes online, anda kena kenal 5 aplikasi wajib ini, yang boleh memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti pemasaran setiap hari.  Aplikasi-aplikasi yang saya kongsi ini boleh didapati secara percuma dan sangat mudah digunakan.  1- Canva  Canva adalah aplikasi yang membantu kita merekacipta bahan pemasaran. Apa yang menariknya aplikasi Canva menyediakan banyak template-template untuk kita terus guna. Antara template yang popular digunakan ialah : poster flyers kad nama  brosur klip video logo  Canva juga terdapat dalam versi berbayar, yang mana kita ada lebih banyak pilihan template, gambar, video dan lain-lain bahan untuk konten pemasaran. Sebelum ini Canva hanya boleh digunakan di laman web, tetapi kini sangat mudah dengan aplikasi canva di telefon pintar.  2- WhatsApp Business Ramai orang kenal apa itu WhatsApp, tapi tidak semua orang tahu kelebihan menggunakan WhatsApp Business.  WhatsApp Business adalah aplikasi yang lebih mesra untuk pemilik bisnes

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti

5 Kepentingan Vitamin C Shaklee

Vitamin C memainkan peranan yang sangat penting bagi menyokong sistem tubuh yang sihat. Permintaan vitamin C Shaklee sentiasa tinggi, terutamanya semasa negara kita diserang virus covid 19.  Kesedaran masyarakat untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh daripada serangan virus, terus meningkat dan vitamin C Shaklee memang sentiasa menjadi pilihan.  Dan kini dengan berita tentang siapsiaga Kementerian Kesihatan Malaysia menghadapi serangan virus X pula, jadi tidak salah sekiranya amalan pengambilan vitamin C Shaklee diteruskan oleh orang ramai.  Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air, bermakna tubuh kita tidak akan menyimpan vitamin C di dalam badan, dan lebihannya akan dibuang melalui air kencing. Ini bermakna vitamin C perlu sentiasa cukup diambil setiap hari.  Oleh kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri , jadi kita mesti mendapatkan vitamin C daripada makanan ataupun supplement. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C termasuklah :  Buah : oren, lemon, bua