Skip to main content

Doa Yang Bagus Amalan Wanita Sebagai Ibu



Kita sering mendengar tentang kehebatan dan keajaiban doa seorang ibu. Sebagai wanita yang diberi rezeki untuk menjadi ibu, ambil lah kesempatan ini untuk belajar dan mengamalkan doa-doa hebat yang ada di dalam Al Quran dan juga yang diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada kita.

1- Doa pemuda Ashabul Kahfi 

رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Maksud : Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami. 

Doa ringkas ini amat bagus diamalkan oleh ibu dan juga diajar kepada anak-anak. Berikan pemahaman kepada anak-anak bahawa di dalam hidup kita ini, hanyalah dengan rahmat Allah sahaja, kita beroleh petunjuk dan kebaikan. Tanpa rahmat Allah, sukarlah kita nak mengharungi dunia yang penuh cubaan dan dugaan. 

2- Doa Rasulullah ajar kepada Ibnu Abbas RA


اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Maksud : Ya Allah, berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama dan ajarlah kepadanya tentang kefahaman Al-Quran.

Ini juga doa yang amat bagus diamalkan oleh wanita sebagai ibu, dibacakan untuk anak-anak sebelum mereka melangkah ke sekolah setiap hari. Doa ini juga adalah satu cara Rasulullah S.A.W memberi motivasi kepada anak-anak kecil.

3- Surah Ali Imraan, ayat 200


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksud : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.

Doa ini saya bacakan kepada anak-anak tak kira masa, dan anak pun sudah menghafalnya. Ada pendapat mengatakan amalan membaca ayat ini dapat mengeratkan hubungan kasih sayang antara isteri dengan suami dan ibu dengan anak-anak. 

4- Doa Rasulullah titipkan kepada Abu Hurairah R.A 


أَسْتَوْدِعُكَ ٱللَّهَ الَّذِي لَاتَضِيعُ وَدَا ئِعُهُ

Maksud :Aku letakkan engkau dalam jagaan Allah yang tidak pernah mensia-siakan apa yang di dalam jagaan-Nya.

Doa ini sesuai dibaca ketika ibu-ibu melepaskan anak-anak ke sekolah atau di pusat jagaan setiap hari. Semoga Allah melindungi anak-anak kita semua. 

5- Amalan membaca surah al- Insyirah 



Dalam surah al-Insyirah, Allah memberi 3 kurniaan yang besar kepada Baginda Rasulullah iaitu : 

1- melapangkan hati dan meringan beban yang ditanggung Baginda
2- menghilang kesedihan di dalam hati Baginda
3- ganjaran darjat tertinggi untuk Baginda

Amalan membaca surah al-Insyirah dan mentadabbur ayat ini membantu anak-anak kita bersabar dengan kesulitan yang mereka hadapi semasa menimba ilmu di sekolah, serahkan sepenuhnya harapan kepada Allah dan yakinlah dengan ganjaran yang disediakan oleh Allah untuk orang-orang yang beriman dan bertaqwa. 

Jom baca himpunan doa yang bagus di sini. 

#nextlevelblogging 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.




Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti ...

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Perkongsian kali ini membawa saya mengimbau kenangan lebih 12 tahun yang lalu. Ketika itu saya hamil anak kedua, dan mencari-cari produk untuk berpantang dan menyusu.  Selepas bersalin anak pertama, saya ada menggunakan produk herba, sepanjang tempoh berpantang. Saya dapati produk yang saya guna tidak beri apa-apa kesan yang saya idamkan.  Saya ambil masa hampir sebulan untuk pulih selepas bersalin secara c-section.  Berat badan saya selepas bersalin ambil masa dekat setahun untuk kembali ke berat badan normal.  Oleh kerana saya juga bekerja sepenuh masa ketika itu, saya mengalami masalah untuk mengepam susu yang cukup untuk bekalan anak ketika saya bekerja (saya berjaya mengepam dan direct feeding anak pertama selama 15 bulan, Alhamdulillah).  Pengalaman anak pertama ini membuatkan saya mencari penyelesaian baru untuk anak kedua.  Saya mahu pulih segera selepas c-section (anak kedua juga adalah planned c-section).  Saya mahu berat badan kembali ke ber...

Kelas Zoom Coach Gula, Ketagih Gula : Lawan Atau Layan?

 Assalamualaikum dan apa khabar rakan-rakan Cukup Manis semua :')  Hari ni Coach rasa happy sangat sebab dah terlaksana hajat Coach sejak tahun lepas, nak buat kelas zoom untuk berkongsi hal-hal berkaitan gula dan ketagihan gula. Kelas Zoom ni Coach buat selama 3 jam pada hari Sabtu, dan 3 jam lagi pada hari Ahad. Alhamdulillah, ada 12 orang telah menyertai kelas.  Antara topik-topik yang kami bincangkan sepanjang 2 hari kelas termasuklah :  jenis-jenis gula isu gula dan ultra processe food ketagihan gula sugar withrawal  langkah mulakan Cabaran Cukup Manis  pendekatan 3R Coach Gula  Kelas Zoom Coach Gula, hari pertama.  Kelas Zoom Coach Gula, hari kedua. Antara topik yang kami bincangkan dalam Kelas Zoom Coach Gula Apakah beza antara gula kurniaan Tuhan vs gula ciptaan tangan manusia? Untuk sedikit sedutan perkongsian Coach dalam kelas zoom, rakan-rakan boleh tengok klip pendek di Youtube ini.    Coach buka peluang untuk anda yang mahu ...