Skip to main content

Ulasan Dari Hati : Projek Blog Mega Shaklee 1.0

Apabila Master Norita keluarkan jemputan untuk Projek Mega Blog Shaklee, awal Februari yang lepas, saya tak tanya banyak pun, saya terus mendaftar. Saya tak tanya pun apa details projek, apa reward, siapa ketua projek, siapa peserta. Saya hanya nampak peluang, iaitu peluang nak revamp, dan revive blog Shaklee saya dan team saya, dengan bimbingan Master Norita dan Master Salwa. 

Kita ni bila nampak peluang bagus, jangan gerak solo. Kita mesti ajak ahli team yang kita sayang. Saya jemput Chic Faz personally, sebab saya tahu Faz ni ada banyak ilmu yang bermanfaat sangat untuk komuniti Shaklee. If you go check out her blog you will know why :') 

Punyalah saya excited apabila Faz said YES dan lagi seronok apabila Aisyah K dan Aini Wahid pun mendaftar. Jadi dalam team kami PAF Network, ada 4 orang lah kesemuanya yang mendaftar Projek Mega Blog Shaklee. Syukur ALHAMDULILLAH! 

Untuk tugasan pertama, kami perlu menulis tentang topik intermittent fasting, dalam 600 patah perkataan. Dan untuk tugasan kedua, topik yang diberikan ialah Set Kurus Shaklee, juga dalam 600 patah perkataan. 

Tapi disebabkan api semangat yang membara untuk Projek Blog Mega Shaklee, saya, Faz, Aisyah & Aini, tulis panjang lebar yer, melebihi 600 patah perkataan. Saya dan Faz berjaga malam, sambil brainstorm yang baiki penulisan dan penyampaian dalam artikel kami. Betul-betul rasa macam nak hantar assignment masa dekat uni. Kebetulan pulak Faz ni dulu memang housemate saya masa kami sama-sama belajar di USM. 

Untuk tugasan pertama, Master Salwa susun sparring partners supaya kami boleh letak link partners di dalam artikel kami. Jadi dari situ, saya telah berkenalan pula dengan peserta yang lain iaitu Fatimah, Nina Salleh, Syaza Khan dan Elly. Kesemua mereka ni adalah leaders Shaklee yang belum pernah saya kenal sebelum ni - naturally saya excited sebab saya suka bila dapat kenal leaders Shaklee yang muda-muda ni sebenarnya!

Dalam keterujaan membina semula blog Shaklee saya, saya juga amat berharap untuk menang hadiah-hadiah tajaan Master Norita - ada Vivix, ada Collagen Powder dan ada Nutriferon! Bukan kaleng-kaleng yer hadiahnya. Of course saya tak harap lebih, dapat Vivix sebotol pun jadi lah LOL! 

Dan guess what, apabila pemenang-pemenang diumumkan, rezeki kami, saya dan Faz, memenangi sebotol Vivix setiap seorang! The feeling is indescribable Subhanallah! Partners kami yang lain pun menang ya, bukan kami sahaja. Fatimah menang Vivix, Aisyah K dan Nina menang Collagen Powder. Punyalah seronok kami malam tu! 

Tersenyum simpul daku menerima hadiah Vivix dari wakil penaja, Master Hj Hussain :")

Saya menang Vivix, Aisyah K dan Master Alin menang Collagen Powder :')

Seronoknya bila nama kita tersenarai, compliance 100%! 

PROJEK BLOG MEGA SHAKLEE 2.0

Apabila Master Norita umumkan Projek Blog Mega Shaklee 2.0, saya menyambutnya dengan semangat berkobar-kobar (apatah lagi dah menang Vivix haha). Saya pesan kepada anak buah yang lain, jom kita fokus dan lakukan yang terbaik.Saya berpendapat, ini peluang kita berblogging dengan bimbingan. Kita boleh belajar cara yang betul untuk menulis blog, belajar tentang Google dan SEO. 

Dan lebih seronok lagi kita buat beramai-ramai. Apabila kerja dilakukan beramai-ramai, rasa lebih mudah betul tak? Ramai yang beritahu saya, sejak ada Projek Blog Mega Shaklee, mereka lebih rajin menulis di blog. Begitulah apabila roh ukhwah meresap di jiwa!

Saya melihat Projek Blog Mega Shaklee 2.0 ini bakal membuka peluang yang amat besar kepada leaders dan pengedar Shaklee dalam perjalanan bisnes mereka bermula tahun 2023 ini. 

Mengapa saya begitu teruja dengan Projek Blog Mega Shaklee 2.0? Berikut adalah sebab-sebabnya. 

1- Sebenarnya saya adalah salah seorang leaders yang beroleh kejayaan ke peringkat Master Coordinator melalui pemasaran blog. Saya masih ingat, ketika saya bermula, saya menulis blog setiap awal pagi, sebelum bersiap-siap ke tempat kerja. Setiap hari saya menulis tentang supplement Shaklee, testimoni dan informasi kesihatan. Dari sini saya belajar, bahawa blog memberi ruang kepada kita untuk berbicara dengan lebih mendalam tentang produk Shaklee, dan peluang bisnes Shaklee tanpa gangguan isu viral, haters dan sebagainya. Kini dengan adanya Projek Blog Mega Shaklee, sekali lagi kita berkongsi ilmu dan maklumat demi membantu orang ramai di luar sana yang mencari solusi kesihatan terbaik. 

2- Projek Blog Mega Shaklee ini mengukuhkan lagi penjenamaan Shaklee sebagai produk kesihatan pilihan rakyat Malaysia. Di mana-mana sahaja jika orang mencari info kesihatan dan supplement mereka akan ketemu dengan blog-blog pengedar Shaklee yang amat berilmu dan bermanfaat. They cannot escape us, isn't that awesome?!

3- Saya juga sangat suka dengan cara Projek Blog Mega Shaklee dilaksanakan iaitu dengan menggerakkan seluruh organisasi di bawah Master Norita (Kumpulan Euphoria), yang mana kami terdiri daripada leaders yang berpengalaman 10 tahun ke atas. Bukan sedikit yer asam garam telah kami tempuh, dan ini adalah aset penting bagi memastikan leaders dan pengedar lebih muda, menimba ilmu, mencari inspirasi dan semangat. Dan dengan adanya leaders yang lebih baru dan lebih muda, kami dapat mengambil idea-idea baru yang lebih segar daripada mereka. Dengan cara ini, semua orang menang, Masha Allah! 

4- Projek Blog Mega Shaklee memberi kita peluang menggunakan platform sosial media dengan lebih mantap lagi. Dengan hashtag #blogmegashaklee, #shakleethrive2023, dan #shakleetriumph2023, produk dan bisnes Shaklee bakal menjadi buah mulut rakyat Malaysia secara positif. Kalau nak pengedar produk kesihatan yang berilmu, mesti jumpa geng Shaklee. Kalau nak leaders yang ada pengalaman bisnes network marketing lebih 10 tahun, mesti jumpa geng Shaklee juga. Awesome isn't it?!

5- Saya melihat Projek Blog Mega Shaklee ini sebagai satu legasi baru untuk team Shaklee. Penulisan yang baik-baik dan bermanfaat dalam blog kita ini akan memberi manfaat kepada orang ramai, bukan setakat untuk hari ini, tetapi untuk bertahun-tahun akan datang. Saya sudah fikir, isi blog ini akan masih relevan 10-20 tahun akan datang, dan digunakan pula oleh anak-anak saya. Imagine, anak-anak kita mulakan bisnes Shaklee mereka, dan sudah ada blog rujukan dari semua ahli Projek Blog Mega Shaklee. Berbaloi-baloi benih yang kita semai hari ini, jangan disia-siakan!

Saya amat berharap Projek Blog Mega Shaklee 2.0 akan berjaya membawa gelombang Shaklee yang jauh lebih besar dan membuka peluang perniagaan dan pendapatan kepada lebih ramai isi rumah. Ayuh kita rebut peluang ini untuk mulakan bisnes online Shaklee dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai segala impian anda dan keluarga, Insha Allah. 

----
Master Puteri @ Coach Gula
No. Tel : +6016-344 7727
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Selamat

Apa itu jeragat? Jeragat ialah keadaan warna kulit yang menjadi lebih gelap, akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat boleh terjadi pada satu tempat pada kulit, dan boleh juga merebak, dan bercantum menjadi kawasan jeragat lebih besar pada kulit. Keadaan kulit yang berjeragat menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan nampak bertompok-tompok.  Terdapat 3 jenis jeragat iaitu :  1- Sun spot/ tompok matahari Jeragat jenis ini adalah yang paling biasa kita lihat pada kulit wajah dan badan manusia. Jeragat ini terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama, tanpa perlindungan seperti sun screen dan pakaian yang menutup kawasan kulit. Sebenarnya tompok matahari itu adalah tindakan kulit menghasilkan melanin supaya kulit terlindung daripada sinar uv matahari yang berbahaya.  2- Melasma  Melasma adalah sejenis "skin disorder" yang banyak terjadi kepada wanita berkulit gelap. Punca melasma yang paling biasa ialah akibat perubahan h

Zat Lengkap Setiap Hari Dengan Vita-Lize Shaklee

Dalam laporan Global Nutrition Report 2018, mendapati rakyat Malaysia dibebani oleh 3 masalah nutrisi utama iaitu: berat badan berlebihan kurang zat besi pertumbuhan terbantut Masalah nutrisi ini dikenali sebagai "tripple burden" memberi kesan kepada tahap kesihatan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Lebih menyedihkan "tripple burden" yang kita alami ini lebih serius berbanding negara-negara kurang maju seperti di Afrika.  Terdapat pula satu kajian yang dijalankan oleh Khazanah Research Institute , diketuai oleh pakar ekonomi tersohor iaitu Profesor Jomo Kwame Sundaram, mendapati rakyat Malaysia terdedah kepada masalah kualiti makanan yang tercemar dengan racun perosak. Makanan yang tercemar ini pula akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk mendapat zat yang lengkap daripada makanan harian, walaupun makanan tersebut adalah dari sumber semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.  Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitam

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti