Skip to main content

Perbezaan Vivix Dan ResV Yang Anda Wajib Tahu

Antara soalan paling popular yang saya kena jawab di kalangan pelanggan dan juga prospek ialah 

"Apa beza Vivix dan ResV?"

Jadi untuk memudahkan semua orang, saya tuliskan di sini kompilasi padat berkaitan perbezaan antara Vivix dan ResV yang wajib anda tahu. 

1- Bentuk cecair vs bentuk kapsul

Vivix adalah supplement yang berbentuk cecair likat, berwarna merah gelap. Ia boleh terus diminum, atau bancuh dengan air kosong.  ResV adalah supplement dalam bentuk softgel, dimakan seperti tablet atau kapsul biasa. 




2- Disimpan di dalam peti sejuk vs disimpan di dalam suhu bilik

Vivix mesti disimpan di dalam peti sejuk apabila sudah dibuka, bagi memastikan kondisi yang optimum. 

ResV boleh disimpan di dalam suhu bilik selepas dibuka, hanya perlu memastikan penutup ditutup rapat. 

3- Diamalkan pada waktu pagi vs diamalkan pada waktu malam 

Vivix sangat baik diamalkan pada waktu pagi, untuk membantu mengekalkan tenaga yang optimum sepanjang hari. 

ResV pula diamalkan padal waktu malam sebelum kita tidur, bagi membantu proses baikpulih sel ketika kita tidur dan berehat. 

4- Didaftarkan dalam kategori makanan vs didaftarkan dalam kategori ubat tradisional 

Vivix didaftarkah dalam kategori makanan tambahan. 

ResV pula didaftarkan dalam kategori ubat tradisional. 

5- Sumber polifenol dari 4 jenis tumbuhan vs sumber polifenol dari 7 jenis tumbuhan 

Vivix diformulasikan daripada 4 jenis tumbuhan iaitu :
  • Anggur muscadine
  • Ederberry Eropah
  • Lobak ungu
  • Japanese knotweed. 
ResV pula diformulasi daripada 7 jenis tumbuhan iaitu :
  • Anggur muscadine
  • Elderberry Eropah
  • Lobak ungu 
  • Japanese knotweed
  • Chebulic myrobalan (belimbing gunung)
  • Delima
  • Anggur hitam 

Vivix atau ResV, mana lebih power?


Sebenarnya tidak boleh kita nak banding mana satu lebih power, kerana pengambilan mana-mana supplement pun mesti mengikut keperluan tubuh badan sendiri. 

Walau bagaimanapun, anda perlu tahu yang ResV mengandungi 30% lebih kuasa polifenol berbanding Vivix, sesuailah dengan 7 bahan dalam ResV berbanding hanya 4 dalam Vivix. 

Namun begitu, Shaklee mencadangkan pengambilan Vivix dan ResV diambil bersama-sama setiap hari. Amalkan Vivix pada waktu siang, dan amalkan ResV pada waktu malam. 

Pengambilan Vivix dan ResV sebagai amalan harian sangat bermanfaat kepada tubuh, terutamanya untuk melindungi diri daripada serangan radikal bebas. Vivix dan ResV terbukti memberi banyak manfaat kesihatan dengan keunikan formulasi yang kaya dengan polifenol tumbuhan. 

Harga sebotol Vivix ialah RM475.00 untuk bukan ahli, dan hanya RM399.00 untuk ahli. 
Harga sebotol ResV ialah RM535.00 untuk bukan ahli, dan hanya RM428.00 untuk ahli 

Pembelian sebotol Vivix atau sebotol ResV melayakkan anda untuk mendapat keahlian Shaklee secara percuma bernilai RM35.00. 

>>> Siapa perlukan Vivix? 

PROMOSI RESV-VIX

Untuk pemegang kad kredit Maybank, anda berpeluang untuk membeli ResV-Vix dengan diskaun 5%, beserta peluang 0% EzyPay x 6 bulan. Promosi ini berlangsung sepanjang bulan Julai 2023 sahaja. 


#nextlevelblogging 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


----
Master Puteri @ Coach Gula
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti ...

3 Punca Berat Badan Tidak Turun Walaupun Dengan Intermittent Fasting

Saya masih ingat, sekitar tahun 2019, viral kisah selebriti Lisa Surihani yang berjaya menurunkan berat badan dengan kaedah intermittent fasting. Kaedah yang Lisa gunakan telah menjadi ikutan ramai, dan bermulalah populariti intermittent fasting di Malaysia. Bagi saya, saya mengenali kaedah intermittent fasting bermula sebelum kisah Lisa Surihani menjadi viral lagi.  Saya banyak belajar tentang intermittent fasting ini melalui video-video Youtube Dr. Jason Fung dan juga Dr. Eric Berg, tetapi bukan sebagai kaedah untuk untuk kurangkan berat badan semata-mata. Adakah anda masih struggle untuk turunkan berat badan? Ketika itu saya baru sahaja memulakan No Sugar Challenge, dan saya dapati intermittent fasting membantu saya mengawal masalah sugar cravings. Melalui kedua-dua doktor ini saya belajar bahawa intermittent fasting adalah salah satu gaya hidup sihat yang boleh membantu mengatasi masalah kerintangan insulin yang menjadi punca kepada penyakit obesiti dan penyakit kencing manis...

Set Kurus Shaklee Untuk Wanita Di Usia 40-an

Cabaran dan isu pengurusan berat badan di kalangan wanita tidak pernah ada penghujungnya. Pada fasa usia 20an, kita mahu berbadan langsing untuk mudah berfesyen dan untuk persiapan majlis perkahwinan, betul tak? Pada fasa usia 30an, kita kembali mencari solusi untuk urus berat badan selepas bersalin pula. Semakin kita sibuk menguruskan kerjaya, anak-anak dan keluarga, makin mencabar untuk pastikan badan kekal langsing seperti waktu bujang dahulu.  Genap usia Coach Gula 40 tahun, beberapa tahun yang lepas ;) Masuk pula fasa 40-an seperti saya - nah kali ini isu berat badan bukan lagi fokus nak langsing untuk berfesyen dan bergaya tapi demi kesihatan. Usia 40-an ini kita seperti magnet hospital, tak boleh silap sikit, penyakit pun hinggap!  Terdapat 3 cabaran utama menyebabkan usaha nak turun berat badan di usia 40-an semakin sulit dan mencabar.  Cabaran pertama , kita mungkin dah terlalu selesa dengan berat badan yang sama bertahun-tahun lamanya. Jadi untuk lakukan peruba...