Skip to main content

5 Manfaat Vitamin E Lelaki Dan Wanita


Vitamin E wujud secara semulajadi dalam pelbagai jenis makanan seperti bijirin, kekacang, sayuran dan juga diambil dalam bentuk supplement. Peranan utama vitamin E melindungi sel daripada teroksida (rosak) dengan cara meneutralkan radikal bebas yang menyerangkan sel tubuh manusia. 

Vitamin E memberi manfaat yang amat besar kepada lelaki dan wanita dalam pelbagai cara. Dalam entri kali ini, kita akan melihat 5 manfaat vitamin E kepada lelaki dan wanita. 

1- Mengurangkan Risiko Sakit Jantung 

Masalah tekanan darah tinggi dan paras kolesterol LDL yang tinggi boleh menjadi faktor risiko sakit jantung. Vitamin E terbukti dalam banyak kajian berupaya mengurangkan paras systolic dan diastolic, jadi bacaan atas dan bawah adalah stabil. 

Vitamin E yang diamalkan bersama asid lemak omega-3 pula terbukti dalam banyak kajian, boleh mengurangkan paras kolesterol LDL dan triglycerides di kalangan pesakit 3 serangkai (metabolic syndrome). 

Jadi apabila tekanan darah stabil dan paras LDL adalah sihat, ini dapat mengurangkan risiko sakit jantung secara umumnya. 

Sakit jantung merupakan punca kematian nombor satu di Malaysia, dengan peningkatan 11% dari tahun 2000 ke tahun 2020. Antara faktor-faktor risiko sakit jantung rakyat Malaysia termasuklah tabiat merokok, masalah obesiti dan faktor penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi. 

Golongan lelaki di negara ini lebih ramai menghidap sakit jantung, berbanding wanita, berikutan dengan tabiat merokok yang lebih ramai di kalangan mereka. Tetapi bagi wanita pula, risiko penyakit jantung lebih menjurus kepada faktor tekanan emosi.  

2- Mengurangkan masalah senggugut 

Masalah senggugut yang serius dikenali sebagai "dysmenorrhea" amat mengganggu kehidupan wanita apabila didatangi haid. Dysmenorrhea ialah rasa kejang pada bahagian abdomen yang berlaku ketika uterus sedang memisahkan lapisannya (darah haid). 

Terdapat kajian yang membuktikan vitamin E yang diambil bersama vitamin C boleh mengurangkan masalah senggugut. di kalangan pesakit endometriosis. Terdapat satu lagi kajian yang mencadangkan vitamin E diambil bersama asid lemak omega-3 untuk masalah senggugut. 

3- Mengurangkan risiko kanser prostat 

Kanser prostat merupakan kanser ketiga paling kerap menyerang kaum lelaki di Malaysia. Dalam Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan tahun 2019, 60 peratus daripada pesakit kanser prostat di negara ini, berada di tahap 3 dan 4 apabila mereka dikenalpasti mengidap kanser prostat. Golongan lelaki yang berisiko mendapat kanser prostat adalah lelaki yang berusia 65 tahun ke atas, ada sejarah ahli keluarga yang mengidap kanser prostat, lelaki obes dan faktor bangsa (Di Malaysia, lelaki bangsa Cina lebih ramai mengidap kanser prostat berbanding bangsa lain. 

Kanser berlaku apabila radikal bebas menyerang sel, sel bermutasi dan sel yang sihat menjadi sel kanser. Secara semulajadi tubuh kita ada anti oksida yang boleh melindungi sel daripada serangan radikal bebas. Namun begitu atas banyak faktor, anti oksida di dalam badan tidak mencukupi untuk melindungi sel daripada serangan, makin banyak sel bermutasi dan lebih cepat sel kanser terhasil. 

Dalam satu kajian, yang melibatkan 12 kajian dengan 167, 025 responden, mendapati pengambilan supplement vitamin E mengurangkan risiko kanser prostat. Kajian ini membuat kesimpulan, walaupun vitamin E tidak ada kaitan dengan pengurangan kadar kematian akibat kanser prostat, tetapi ada kesan yang sangat besar jika diamalkan sebagai pencegahan kanser di kalangan lelaki yang berisiko tinggi terhadap kanser prostat. 

4- Vitamin E untuk wanita di fasa menopos 

Apabila wanita memasuki fasa menopos, lebih 75% akan mengalami simptom "hot flash". Hot flash ini adalah rasa panas pada bahagian atas badan, terutama pada leher, muka dan dada, badan jadi berpeluh dan adakalanya kulit menjadi kemerah-merahan, disertai dengan rasa berdebar-debar. 

Vitamin E adalah alternatif kepada wanita yang tidak mahu mengambil terapi hormon estrogen, untuk mengurangkan simptom hot flash. 

Selain itu, vitamin E juga membantu masalah tidur dan mengurangkan risiko depresi di kalangan wanita di fasa menopos. 

5- Vitamin E untuk kesuburan lelaki dan wanita 

Untuk kesuburan lelaki dan wanita, terutama pasangan yang mahu menimang cahaya mata, vitamin E membantu dalam beberapa cara. 

Untuk lelaki, vitamin E,  

  • melindungi sel sperma
  • meningkatkan kecergasan sperma 
  • meningkatkan keinginan seksual 
  • meningkatn jumlah sperma 
Untuk wanita, vitamin E, 
  • melindungi sel ovum
  • membantu kitaran haid teratur
  • memperbaiki aliran darah dan menebalkan uterus (uterus yang nipis mengurangkan peluang hamil)
  • menstabilkan hormon bagi wanita yang mengalami PCOS


Vita-E Complex Shaklee

Supplement vitamin E yang dikeluarkan oleh Shaklee dikenali sebagai Vita-E Complex. Vitamin E ini dari sumber semulajadi minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk biologi vitamin E yang mudah diserap oleh tubuh. 

Vita E Complex juga mengandungi selenium, yang mana ia berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh kita. Selenium adalah bahan penting yang mesti ada bersama supplement vitamin E untuk kesan yang optimum. 

Vita E Complex ditambah lagi dengan ekstrak biji anggur yang kaya dengan anti oksida, dikenali sebagai proantosianidin. 


Kesimpulan 

Vitamin E adalah vitamin asas yang penting untuk tubuh badan yang sihat. Pengambilan vitamin E dalam bentuk supplement membolehkan kita dapat bekalan vitamin E dalam dos yang cukup setiap hari. Kita juga kena tahu hanya vitamin E dalam bentuk alpha-tocopherol digunakan oleh tubuh manusia, seperti yang terdapat dalam Vita-E Complex Shaklee. Pastikan anda memilih vitamin E dari sumber semulajadi, yang terbukti selama dan berkesan. 

>>>INFO SIHAT BONDA : VITAMIN E<<<

#nextlevelblogging 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.



Comments

Popular posts from this blog

3 Punca Berat Badan Tidak Turun Walaupun Dengan Intermittent Fasting

Saya masih ingat, sekitar tahun 2019, viral kisah selebriti Lisa Surihani yang berjaya menurunkan berat badan dengan kaedah intermittent fasting. Kaedah yang Lisa gunakan telah menjadi ikutan ramai, dan bermulalah populariti intermittent fasting di Malaysia. Bagi saya, saya mengenali kaedah intermittent fasting bermula sebelum kisah Lisa Surihani menjadi viral lagi.  Saya banyak belajar tentang intermittent fasting ini melalui video-video Youtube Dr. Jason Fung dan juga Dr. Eric Berg, tetapi bukan sebagai kaedah untuk untuk kurangkan berat badan semata-mata. Adakah anda masih struggle untuk turunkan berat badan? Ketika itu saya baru sahaja memulakan No Sugar Challenge, dan saya dapati intermittent fasting membantu saya mengawal masalah sugar cravings. Melalui kedua-dua doktor ini saya belajar bahawa intermittent fasting adalah salah satu gaya hidup sihat yang boleh membantu mengatasi masalah kerintangan insulin yang menjadi punca kepada penyakit obesiti dan penyakit kencing manis. Ap

Set Kurus Shaklee Untuk Wanita Di Usia 40-an

Cabaran dan isu pengurusan berat badan di kalangan wanita tidak pernah ada penghujungnya. Pada fasa usia 20an, kita mahu berbadan langsing untuk mudah berfesyen dan untuk persiapan majlis perkahwinan, betul tak? Pada fasa usia 30an, kita kembali mencari solusi untuk urus berat badan selepas bersalin pula. Semakin kita sibuk menguruskan kerjaya, anak-anak dan keluarga, makin mencabar untuk pastikan badan kekal langsing seperti waktu bujang dahulu.  Genap usia Coach Gula 40 tahun, beberapa tahun yang lepas ;) Masuk pula fasa 40-an seperti saya - nah kali ini isu berat badan bukan lagi fokus nak langsing untuk berfesyen dan bergaya tapi demi kesihatan. Usia 40-an ini kita seperti magnet hospital, tak boleh silap sikit, penyakit pun hinggap!  Terdapat 3 cabaran utama menyebabkan usaha nak turun berat badan di usia 40-an semakin sulit dan mencabar.  Cabaran pertama , kita mungkin dah terlalu selesa dengan berat badan yang sama bertahun-tahun lamanya. Jadi untuk lakukan perubahan gaya hidup

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti