Dua hari lepas saya dan team bisnes Shaklee saya, PAF NETWORK , tiba- tiba mengimbau kembali saat- saat kami bermula dengan bisnes ini. Ketika itu saya masih lagi bekerja makan gaji sebagai Head of Department di MERCY Malaysia. Kami teringat saat kami beramai- ramai ke branch Shaklee di Wangsa Maju, dan saat- saat kami menghabiskan waktu hujung minggi menghadiri kelas- kelas bisnes dan berkumpul bersama.
Kenangan dan pengalaman ini, membuatkan saya teringat dua perkara iaitu “excitement” dan “fulfilment”.
EXCITEMENT
Walaupun ketika itu saya hanya baru bermula, income bisnes baru mencecah beberapa ratus ringgit, tetapi setiap hari penuh dengan excitement. Setiap pagi, sekitara jam 5 pagi, saya akan mengemaskini blog dan membuat poster pemasaran sendiri (guna Powerpoint sahaja ketika itu).
Pukul 6 pagi saya akan mula bersiap- siap untuk keluar bekerja dan menyiapkan keperluan anak- anak untuk dihantar ke pengasuh. Pulang dari kerja, saya akan habiskan masa di dalam LRT dan di dalam kereta dengan mengemaskini Facebook pula.
Walaupun seperti sibuk saja setiap hari, tetapi saya rasa sangat excited. Ia seperti satu escapism kepada rutin harian di pejabat yang hampir sama sahaja, tahun demi tahun. Apabila hari- hari yang saya lalui semakin penuh excitement, nak pergi kerja pun bertambah semangat dan seronok.
FULLFILMENT
Ketika itu saya sudah ada beberapa orag ahli kumpulan, yang majoritinya tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Setiap hari kami akan berbincang di dalam group WhatsApp tentang produk, customer dan apa sahaja yang boleh membantu bisnes setiap hari.
Oleh kerana saya adalah ketua, saya perlu lebih cekap mendapatkan info, perlu lebih up to date dengan ilmu- ilmu yang diperlukan seperti ilmu nutrisi dan ilmu business online.
Ini memberikan satu kepuasan kepada saya setiap hari, apabila dapat menyumbang kepada ahli kumpulan dan membantu mereka menyelesaikan masalah bisnes mereka. Setiap hari ia beri saya kepuasan dan keseronokan.
Sepanjang saya menjalankan bisnes sampingan, sambil bekerja sepenuh masa, saya melihat terdapat 3 kelebihan utama kepada wanita bekerja sepenuh masa yang mahu memulakan bisnes sampingan.
1- Peluang berjumpa dan berkenalan dengan lebih ramai orang
Bagi orang yang berniaga, tidak kira samada sampingan ataupun sepenuh masa, peluang untuk berjumpa dan kenal dengan lebih ramai orang adalah satu perkara yang amat dinanti- nantikan. Kami yang bekerja sepenuh masa ini, keluar rumah setiap hari, berjumpa dengan ramai orang, berkenalan dengan kawan- kawan baru, hampir setiap hari, samada kita sedar atau tidak. Setiap hari saya melihat ini sebagai peluang untuk membina jaringan kenalan dan memberikan saya peluang bisnes yang semakin besar.
2- Peluang menambah tabungan mengikut apa yang kita rancang
Oleh kerana bisnes sampingan bertujuan untuk menambah pendapatan dan tabungan, jadi kita boleh lebih tenang dalam mengatur keperluan bisnes sampingan setiap hari. Target setiap bulan ditentukan oleh diri kita sendiri, dan kita yang tentukan berapa banyak wang tambahan daripada bisnes sampingan yang kita mahu. Oleh kerana pendapatan tetap itu yang membayar segala bil bulanan dan keperluan harian, kita hanya perlu fokus kepada usaha menambah pendapatan sahaja mengikut sebanyak mana yang kita mahu sahaja.
3- Peluang untuk bina kebebasan bekerja tanpa “bos”
Walaupun sekadar bisnes sampingan, ketika itu saya melihat peluang bisnes sampingan sebagai satu “escapism” untuk saya keluar daripada rutin menerima arahan daripada bos. Apabila ada bisnes kecil-kecilan, saya ada peluang untuk tentukan target, tentukan kerja harian untuk bisnes. Sememangnya setiap jam 6 petang, saya tak sabar- sabar nak jenguk kerja bisnes selepas tamat waktu bekerja. Seronok dan beri semangat harian!
Bagi saya wanita dan ibu bekerja perlu ada sesuatu yang boleh jadi sumber excitement harian, kerana hari- hari bekerja sentiasa penuh cabaran dan tekanan. Bagi saya, bisnes sampingan bukan saja menyeronokkan tetapi membantu saya jadi lebih berdisiplin setiap hari di tempat kerja.
INSENTIF WANG TUNAI BERSAMA BISNES SHAKLEE
Untuk yang berminat memulakan bisnes Shaklee sebagai usaha tambah income keluarga, ini beberapa perkara penting yang saya nak share dengan anda semua, dan diharap boleh bantu anda buat keputusan dan pilihan.
(1) Apa yang bisnes Shaklee tawarkan?
Shaklee menawarkan peluang Cash, Car & Convention. Untuk peluang Cash & Car, anda layak mengumpul income melalui 6 sumber iaitu untung runcit, personal bonus, net personal bonus (group sales), leadership bonus, monthly car bonus, dan special incentive untuk rank- rank tertentu.
(2) Bagaimana untuk layak mendapat semua ini daripada Shaklee?
Untung runcit dan personal bonus boleh anda perolehi dengan memulakan langkah sebagai distributor, berkongsi kebaikan produk dan menjadi rujukan oleh pengguna produk. Anda jual produk, dan anda layak. Untuk layak yang selebihnya, anda perlu membina kumpulan anda sendiri, melatih dan membimbing orang lain pula.
(3) Bagaimana team PAF NETWORK boleh membantu anda menjadi distributor dan leader yang berjaya dalam bisnes Shaklee?
PAF menawarkan support kepada ahli- ahlinya secara online dan offline. Semua ahli baru yang mahu memulakan bisnes akan dibimbing melalui Facebook group eksklusif, dan WhatsApp group. Setiap leader di dalam PAF akan menjadualkan sesi coaching secara online (mostly dengan WhatsApp) setiap minggu, dan perbincangan tentang product, tips etc akan berlangsung setiap hari, tanpa sebarang paksaan untuk turut serta atau tidak, boleh sertai bila- bila masa yang sesuai dengan jadual masing2.
(4) Bagaimana saya tahu PAF sesuai dengan saya?
PAF berpegang kepada 3 falsafah utama iaitu (i) cari ilmu (ii) kuat tapi pintar bekerja (iii) bantu orang lain. Jika anda setuju dengan 3 perkara ini, anda sesuai untuk bersama- sama kami.
(5) Jika saya berminat, apa perlu saya lakukan?
Anda boleh hubungi saya di WhatsApp 016- 3447727. Maklumat asas yang anda perlu tahu, yuran keahlian Shaklee hanya RM35 sahaja dan anda terus boleh bermula sebagai pengedar. Mudah sangat kan?
Anda mungkin berminat dengan perkongsian INSENTIF SHAKLEE yang dikongsi oleh leader Shaklee ini.
#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Master Puteri @ Coach Gula WhatsApp : https://CoachGula.wasap.my Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online. ---- PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. |
Terbaik peluang bisnes Shaklee dan program Insentif Shaklee nie buat kita dapat tambahan pendapatan. Jom kita rebut peluang emas daru Shaklee dan bantu ramai orang sihat dan berjaya bersama-sama
ReplyDelete