Skip to main content

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Perkongsian kali ini membawa saya mengimbau kenangan lebih 12 tahun yang lalu. Ketika itu saya hamil anak kedua, dan mencari-cari produk untuk berpantang dan menyusu. 

Selepas bersalin anak pertama, saya ada menggunakan produk herba, sepanjang tempoh berpantang. Saya dapati produk yang saya guna tidak beri apa-apa kesan yang saya idamkan. 

Saya ambil masa hampir sebulan untuk pulih selepas bersalin secara c-section. 

Berat badan saya selepas bersalin ambil masa dekat setahun untuk kembali ke berat badan normal. 

Oleh kerana saya juga bekerja sepenuh masa ketika itu, saya mengalami masalah untuk mengepam susu yang cukup untuk bekalan anak ketika saya bekerja (saya berjaya mengepam dan direct feeding anak pertama selama 15 bulan, Alhamdulillah). 

Pengalaman anak pertama ini membuatkan saya mencari penyelesaian baru untuk anak kedua. 

Saya mahu pulih segera selepas c-section (anak kedua juga adalah planned c-section). 

Saya mahu berat badan kembali ke berat normal, sekurang-kurangkan dalam 3 bulan selepas bersalin. 

Saya mahu menjayakan penyusuan susu ibu dengan lancar sehingga anak berusia 2 tahun. 

Jadi, saya mula Google untuk mencari solusi. Nekad saya kali ini saya mahukan SUPPLEMENT untuk bantu saya sihat selepas bersalin dan sepanjang menyusukan anak. 

Ketika itu tidak banyak sumber maklumat tentang keperluan untuk ibu bersalin dan menyusu, kecuali SHAKLEE. Rata-rata maklumat saya perolehi di blog-blog kesemuanya rekomen SHAKLEE. Saya pun semakin curious, nak tahu lebih lanjut tentang jenama ini. 

Saya menghubungi seorang ejen Shaklee yang juga seorang ibu yang menyusu dan mengepam susu di tempat kerja, iaitu Master Azlin. Dia berkongsi dengan saya testimoni dirinya sendiri, jadi saya rasa teruja untuk mencuba. 

Maka bermulalah perkenalan saya dengan SET BERPANTANG SHAKLEE yang terdiri daripada beberapa jenis supplement yang dicadangkan oleh Master Azlin. 

Anak kedua saya, Muhammad Adam, semasa berusia 2 bulan. 

Inilah supplement Shaklee yang saya ambil selepas bersalinkan anak kedua saya. 
Ostematrix, Alfalfa Complex, ESP, SR Vita C, Vita-Lea dan B-Complex.

Pengalaman mengamalkan set berpantang Shaklee selama 44 hari, sangat-sangat memuaskan hati saya. Selepas habis tempoh berpantang, saya tetap meneruskan pengambilan supplement Shaklee, kerana saya perlu mula bekerja dan mula mengepam susu di pejabat. Jadi pengambilan supplement Shaklee sangat-sangat membantu saya. 

Antara kelebihan yang saya rasai ketika mengamalkan supplement Shaklee sepanjang tempoh berpantang dan menyusu termasuklah :
  • Badan saya rasa lebih segar dan cergas setiap hari, walaupun bekerja dan perlu menguruskan anak-anak kecil (anak sulung berusia hampir 3 tahun ketika itu dan ada bayi baru lahir pula). 
  • Kualiti tidur pun sangat baik, walaupun saya kerap terjaga malam untuk menyusukan bayi. Saya mudah untuk lena semula dan boleh bangun tanpa masalah lesu dan moody. 

  • Saya boleh mengepam susu di pejabat dan boleh simpan stok susu yang mencukupi untuk anak, sehinggalah dia bercerai susu pada usia 2 tahun. Maka tercapailah hasrat saya untuk beri anak susu ibu sepenuhnya sampai usia 2 tahun Alhamdulillah. 

  • Saya juga lebih mudah untuk dapat semula berat badan sebelum hamil, dan akhirnya dapat berat badan ideal selepas bersalin dan berpantang. 

  • BONUS selepas saya amalkan semua supplement ini, kulit saya menjadi semakin sihat dan lebih berseri. 


Gambar-gambar kenangan perkongsian saya tentang supplement Shaklee yang saya ambil sepanjang tempoh penyusuan. Susu ibu lebih pekat dan bayi kenyang lebih lama asbab minum susu ibu yang berkualiti tinggi. 

Supplement Shaklee sangat membantu saya untuk kekal bertenaga menguruskan anak-anak kecil. 


Pengalaman mengamalkan supplement Shaklee semasa berpantang dan menyusu ini menjadi titik tolak keyakinan saya dengan kualiti jenama Shaklee. Sebab itulah juga, saya setia dan kini sudah masuk tahun ke-12 saya dan keluarga mengamalkan produk Shaklee untuk kesihatan. 

Saya boleh berkongsi pengalaman dan tips yang berkesan untuk mengamalkan supplement Shaklee ketika berpantang dan menyusu. Hubungi saya sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut. 


#nextlevelblogging 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.









Comments

Popular posts from this blog

3 Punca Berat Badan Tidak Turun Walaupun Dengan Intermittent Fasting

Saya masih ingat, sekitar tahun 2019, viral kisah selebriti Lisa Surihani yang berjaya menurunkan berat badan dengan kaedah intermittent fasting. Kaedah yang Lisa gunakan telah menjadi ikutan ramai, dan bermulalah populariti intermittent fasting di Malaysia. Bagi saya, saya mengenali kaedah intermittent fasting bermula sebelum kisah Lisa Surihani menjadi viral lagi.  Saya banyak belajar tentang intermittent fasting ini melalui video-video Youtube Dr. Jason Fung dan juga Dr. Eric Berg, tetapi bukan sebagai kaedah untuk untuk kurangkan berat badan semata-mata. Adakah anda masih struggle untuk turunkan berat badan? Ketika itu saya baru sahaja memulakan No Sugar Challenge, dan saya dapati intermittent fasting membantu saya mengawal masalah sugar cravings. Melalui kedua-dua doktor ini saya belajar bahawa intermittent fasting adalah salah satu gaya hidup sihat yang boleh membantu mengatasi masalah kerintangan insulin yang menjadi punca kepada penyakit obesiti dan penyakit kencing manis. Ap

Set Kurus Shaklee Untuk Wanita Di Usia 40-an

Cabaran dan isu pengurusan berat badan di kalangan wanita tidak pernah ada penghujungnya. Pada fasa usia 20an, kita mahu berbadan langsing untuk mudah berfesyen dan untuk persiapan majlis perkahwinan, betul tak? Pada fasa usia 30an, kita kembali mencari solusi untuk urus berat badan selepas bersalin pula. Semakin kita sibuk menguruskan kerjaya, anak-anak dan keluarga, makin mencabar untuk pastikan badan kekal langsing seperti waktu bujang dahulu.  Genap usia Coach Gula 40 tahun, beberapa tahun yang lepas ;) Masuk pula fasa 40-an seperti saya - nah kali ini isu berat badan bukan lagi fokus nak langsing untuk berfesyen dan bergaya tapi demi kesihatan. Usia 40-an ini kita seperti magnet hospital, tak boleh silap sikit, penyakit pun hinggap!  Terdapat 3 cabaran utama menyebabkan usaha nak turun berat badan di usia 40-an semakin sulit dan mencabar.  Cabaran pertama , kita mungkin dah terlalu selesa dengan berat badan yang sama bertahun-tahun lamanya. Jadi untuk lakukan perubahan gaya hidup

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti