Perkongsian kali ini membawa saya mengimbau kenangan lebih 12 tahun yang lalu. Ketika itu saya hamil anak kedua, dan mencari-cari produk untuk berpantang dan menyusu. Selepas bersalin anak pertama, saya ada menggunakan produk herba, sepanjang tempoh berpantang. Saya dapati produk yang saya guna tidak beri apa-apa kesan yang saya idamkan. Saya ambil masa hampir sebulan untuk pulih selepas bersalin secara c-section. Berat badan saya selepas bersalin ambil masa dekat setahun untuk kembali ke berat badan normal. Oleh kerana saya juga bekerja sepenuh masa ketika itu, saya mengalami masalah untuk mengepam susu yang cukup untuk bekalan anak ketika saya bekerja (saya berjaya mengepam dan direct feeding anak pertama selama 15 bulan, Alhamdulillah). Pengalaman anak pertama ini membuatkan saya mencari penyelesaian baru untuk anak kedua. Saya mahu pulih segera selepas c-section (anak kedua juga adalah planned c-section). Saya mahu berat badan kembali ke ber...