Skip to main content

5 Kepentingan Vitamin C Shaklee

Vitamin C memainkan peranan yang sangat penting bagi menyokong sistem tubuh yang sihat. Permintaan vitamin C Shaklee sentiasa tinggi, terutamanya semasa negara kita diserang virus covid 19. 

Kesedaran masyarakat untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh daripada serangan virus, terus meningkat dan vitamin C Shaklee memang sentiasa menjadi pilihan. 

Dan kini dengan berita tentang siapsiaga Kementerian Kesihatan Malaysia menghadapi serangan virus X pula, jadi tidak salah sekiranya amalan pengambilan vitamin C Shaklee diteruskan oleh orang ramai. 

Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air, bermakna tubuh kita tidak akan menyimpan vitamin C di dalam badan, dan lebihannya akan dibuang melalui air kencing. Ini bermakna vitamin C perlu sentiasa cukup diambil setiap hari. 

Oleh kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri, jadi kita mesti mendapatkan vitamin C daripada makanan ataupun supplement.

Antara makanan yang kaya dengan vitamin C termasuklah : 

Buah : oren, lemon, buah plum, ceri, rose hips, jambu batu, anggur hitam, kiwi, laici, persimmons, betik, strawberi

Sayur : jagung, lada benggala, daun pasli, bayam, kale, brokoli, brussel sprouts, tomato, cauliflower

Makanan-makanan ini memang mudah didapati, dan sekiranya ia terdapat dalam diet harian, bermakna kita boleh mendapat manfaat vitamin C.

Namun begitu, untuk mendapatkan dos harian yang mencukupi, pengambilan vitamin C Shaklee adalah lebih mudah dan sudah tentu formula vitamin C Shaklee juga sangat istimewa. Sudah tentu kita mahukan supplement yang berkualiti untuk kegunaan satu keluarga. 

Tanda-Tanda Badan Kurang Vitamin C

1- Lesu dan tidak bertenaga

2- Gigi tidak kuat, gusi berdarah, mulut berbau

3- Sendi sakit 

4- Kulit kering, mudah berjerawat, parut gelap 

5- Lebam pada kulit

6- Luka lambat sembuh 

7- Sendi sakit dan bengkak 

8- Mood tidak stabil 

9- Inflamasi kronik 

10- Paras zat besi yang tidak mencukupi 

Keistimewaan Vitamin C Shaklee


1- Formulasi dari ekstrak jagung

Vitamin C Shaklee diformulasi daripada ekstrak jagung, amat lembut pada perut dan tidak menimbulkan isu rasa pedih perut selepas makan vitamin C. Ini penting kerana semua orang boleh amalkan vitamin C Shaklee tanpa kerisauan. 

2- Sistem pelepasan berperingkat (sustained release)

Vitamin C Shaklee menggunakan sistem pelepasan berperingkat. Ini bermaksud, vitamin C Shaklee yang kita makan itu dilepaskan sedikit demi sedikit, supaya tubuh kekal ada bekalan vitamin C sepanjang masa. Sebiji vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C, dilepaskan setiap 1 jam sebanyak 100mg. Selepas 5 jam, kita boleh tambah lagi pengambilan vitamin C Shaklee, jika dirasakan perlu. 

3- Mengandungi bioflavanoid 

Vitamin C Shaklee mengandungi bioflavanoid sitrus iaitu buah lemon, oren dan grapefruit. Bioflavanoid adalah kompoun tumbuhan yang kaya dengan anti oksida, dan bersinergi dengan vitamin C untuk penyerapan yang lebih baik. Vitamin C yang berkualiti tinggi biasanya akan mengandungi bioflavanoid, bukan semata-mata vitamin C. Setiap biji vitamin C Shaklee mengandungi 120mg bioflavanoid sitrus. 

4- Kajian klinikal 

Produk-produk Shaklee termasuklah vitamin C disokong oleh kajian-kajian klinikal, bagi memastikan pengguna dapat mengamalkan supplement yang bermutu dan berkesan untuk kesihatan tubuh badan. Shaklee menjalankan 2 kajian utama ke atas pengamal produk jangka panjang dan terbukti tahap kesihatan mereka adalah jauh lebih baik berbanding bukan pengguna produk. 

The Landmark Study

The Telomere Study 

5- Bahan-bahan semulajadi dan selamat

Vitamin C Shaklee dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi dan selamat. Shaklee komited memastikan setiap produk yang dihasilkan bebas dari bahan-bahan berbahaya dan tercemar. Setiap tahun Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti, dan setiap bahan yang digunakan menjalani 350 ujian bagi memastikan ia bebas daripada pencemaran dan bahan perosak. 

>>> Apa Itu Shaklee Difference? >>> 

5 Kepentingan Vitamin C Shaklee

1- Vitamin C Untuk Kesihatan Imun 

Pengambilan vitamin C Shaklee adalah cara paling mudah untuk melindungi diri daripada jangkitan virus setiap hari. Hanya perlu ambil 1-2 biji sehari ketika sihat dan tambah dose sekiranya perlu, ketika tubuh mula dijangkiti. Apabila kita ada kesihatan imun yang baik, jangkitan akan pulih dengan lebih cepat.  

2- Vitamin C Untuk Ibu Mengandung 

Ibu yang mengandung perlu mengamalkan vitamin C Shaklee untuk keperluan diri sendiri dan juga untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Vitamin C amat penting untuk membantu tubuh menyerap zat besi, mengukuhkan sistem imun supaya tidak mudah jatuh sakit ketika mengandung. Selain itu, vitamin C amat penting bagi perkembangan tulang dan gigi bayi yang dikandung. 

3- Vitamin C Untuk Kulit Sihat Dan Glowing

Vitamin C Shaklee memang sangat popular di kalangan mereka yang ada masalah kulit seperti jerawat. Terlalu banyak testimoni dikongsi membuktikan keberkesanan vitamin C Shaklee ini. Vitamin C menyihatkan sel kulit dan mempercepatkan proses pemulihan sel kulit yang rosak. Vitamin C juga membantukan mencerahkan parut-parut jerawat sekaligus memberi efek glowing kepada wajah. 


4- Vitamin C Untuk Sendi Sihat

Vitamin C sangat penting untuk kesihatan sendi. Vitamin C adalah sejenis anti oksida yang membantu meredakan radang sendi. Pada masa yang sama, vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen yang melancarkan pergerakan sendi-sendi di seluruh tubuh. Vitamin C juga diperlukan untuk melindungi tulang rawan daripada kecederaan berterusan (wear & tear). 

5- Vitamin C Untuk Kesihatan Gigi dan Gusi

Vitamin C amat penting untuk memastikan tisu pada gigi dan gusi dalam keadaan yang sihat. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan gusi kerap berdarah, merosakkan tisu gusi dan boleh membawa kepada masalah penyakit gusi yang serius. 

Kesimpulan 

Vitamin C amat mudah didapati di dalam makanan, tetapi tidak mudah untuk kita dapat dos yang cukup setiap hari. Sebab itulah pengambilan supplement vitamin C seperti Shaklee amat membantu tubuh kita dapat dos vitamin C yang cukup setiap hari. 

Untuk konsultasi lanjut tentang vitamin C Shaklee untuk keperluan keluarga, hubungi saya hari ini. 

#nextlevelblogging 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


Comments

Popular posts from this blog

5 Aplikasi Wajib Bisnes Online

Sekiranya anda baru nak mulakan bisnes online, anda kena kenal 5 aplikasi wajib ini, yang boleh memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti pemasaran setiap hari.  Aplikasi-aplikasi yang saya kongsi ini boleh didapati secara percuma dan sangat mudah digunakan.  1- Canva  Canva adalah aplikasi yang membantu kita merekacipta bahan pemasaran. Apa yang menariknya aplikasi Canva menyediakan banyak template-template untuk kita terus guna. Antara template yang popular digunakan ialah : poster flyers kad nama  brosur klip video logo  Canva juga terdapat dalam versi berbayar, yang mana kita ada lebih banyak pilihan template, gambar, video dan lain-lain bahan untuk konten pemasaran. Sebelum ini Canva hanya boleh digunakan di laman web, tetapi kini sangat mudah dengan aplikasi canva di telefon pintar.  2- WhatsApp Business Ramai orang kenal apa itu WhatsApp, tapi tidak semua orang tahu kelebihan menggunakan WhatsApp Business.  WhatsApp Business adalah aplikasi yan...

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti ...

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Perkongsian kali ini membawa saya mengimbau kenangan lebih 12 tahun yang lalu. Ketika itu saya hamil anak kedua, dan mencari-cari produk untuk berpantang dan menyusu.  Selepas bersalin anak pertama, saya ada menggunakan produk herba, sepanjang tempoh berpantang. Saya dapati produk yang saya guna tidak beri apa-apa kesan yang saya idamkan.  Saya ambil masa hampir sebulan untuk pulih selepas bersalin secara c-section.  Berat badan saya selepas bersalin ambil masa dekat setahun untuk kembali ke berat badan normal.  Oleh kerana saya juga bekerja sepenuh masa ketika itu, saya mengalami masalah untuk mengepam susu yang cukup untuk bekalan anak ketika saya bekerja (saya berjaya mengepam dan direct feeding anak pertama selama 15 bulan, Alhamdulillah).  Pengalaman anak pertama ini membuatkan saya mencari penyelesaian baru untuk anak kedua.  Saya mahu pulih segera selepas c-section (anak kedua juga adalah planned c-section).  Saya mahu berat badan kembali ke ber...