Skip to main content

10 Tanda Ketagihan Gula Yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')

Kali ini Coach nak kongsi topik kegemaran Coach iaitu tentang GULA hehe!

Coach membaca artike di website Addiction Centre, ada dinyatakan 3 perkara yang boleh ada kaitan langsung dengan ketagih gula.
Pertama, kaitan ketagih gula dengan masalah BINGE EATING.
Binge eating ni bukan makan banyak yer. Tapi makan banyak dengan disusuli oleh rasa bersalah, meluat dengan diri sendiri, malu, rasa jijik.
Oleh kerana gula adalah short cut untuk kelegaan emosi sementara, kaitan binge eating dan gula amat- amat membimbangkan.
Kedua, kaitan gula dengan masalah ANXIETY.
Menurut website ni, gula dan anxiety ada hubungan terus/ langsung. Ketagihan gula biasanya ada punca emosi yang lain, bukan sekadar "suka gula".
Kitaran anxiety dan sugar crash/ sugar low akan memburukkan lagi keadaan, dan kebanyakan orang akan akhirnya tidak dapat kawal berat badan.
Ketiga, kaitan gula dengan masalah EMOTIONAL EATING.
Oleh kerana gula beri kelegaan pantas kepada emosi yang tercalar, orang yang ada masalah emosi berlarutan akan kembali kepada gula setiap hari.
Ini membawa kepada masalah lain pula seperti berat badan bertambah, hilang keyakinan diri dan semakin sukar mengawal emosi.
Apa yang kita kena faham ialah, ianya adalah SATU KITARAN. Kitaran ini tidak dapat diputuskan tanpa kita kenal apa punca kita tergila- gilakan gula.


10 TANDA KETAGIHAN GULA

Secara umum berikut adalah 10 tanda ketagihan gula, tetapi benarkah ini berlaku pada seseorang sehingga tidak boleh dikawal lagi?
  1. Jom kita tengok senarai berikut dan anda boleh jawab YES or NO kepada setiap soalan.
  2. Adakah makanan manis buat kurangkan rasa sedih dan berdukacita yang anda hadapi? YES/ NO
  3. Bila anda takde mood, mesti teringat dan teringin makanan yang tinggi karbohidrat ringkas seperti nasi, pasta, kuih muih? YES/ NO
  4. Selepas makan, anda mula rasa bersalah, berulang kali, setiap hari? YES/ NO
  5. Bila dapat berita gembira, atau rasa happy, pun nak cari makanan manis dan tinggi karbohidrat? YES/ NO
  6. Anda pernah cuba untuk pantang gula, kurangkan karbohidrat ringkas dalam menu harian? YES/ NO
  7. Anda seringkali gagal nak pantang gula, nak kurangkan karbohidrat ringkas dalam menu harian? YES/ NO
  8. Anda pernah sorok makanan manis, untuk makan seorang diri? YES/ NO
  9. Anda pernah menipu orang lain, tak mengaku dah makan makanan/ minuman bergula dan makanan jenis karbohidrat ringkas? YES/ NO
  10. Anda sering teringat makanan itu dan ini, walaupun tidak lapar? YES/ NO
Jika anda jawab YES sebanyak 7- 10 kali dalam soalan- soalan di atas, anda mungkin sedang mengalami masalah ketagihan gula.

Jadi apa nak buat? Tunggu Coach akan sambung lagi topik ini di post akan datang. Stay tuned!

Jika berminat untuk sertai Kelas Zoom Coach Gula, anda boleh dapatkan maklumatnya DI SINI.

----
Master Puteri @ Coach Gula
No. Tel : +6016-344 7727
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Selamat

Apa itu jeragat? Jeragat ialah keadaan warna kulit yang menjadi lebih gelap, akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat boleh terjadi pada satu tempat pada kulit, dan boleh juga merebak, dan bercantum menjadi kawasan jeragat lebih besar pada kulit. Keadaan kulit yang berjeragat menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan nampak bertompok-tompok.  Terdapat 3 jenis jeragat iaitu :  1- Sun spot/ tompok matahari Jeragat jenis ini adalah yang paling biasa kita lihat pada kulit wajah dan badan manusia. Jeragat ini terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama, tanpa perlindungan seperti sun screen dan pakaian yang menutup kawasan kulit. Sebenarnya tompok matahari itu adalah tindakan kulit menghasilkan melanin supaya kulit terlindung daripada sinar uv matahari yang berbahaya.  2- Melasma  Melasma adalah sejenis "skin disorder" yang banyak terjadi kepada wanita berkulit gelap. Punca melasma yang paling biasa ialah akibat perubahan h

Zat Lengkap Setiap Hari Dengan Vita-Lize Shaklee

Dalam laporan Global Nutrition Report 2018, mendapati rakyat Malaysia dibebani oleh 3 masalah nutrisi utama iaitu: berat badan berlebihan kurang zat besi pertumbuhan terbantut Masalah nutrisi ini dikenali sebagai "tripple burden" memberi kesan kepada tahap kesihatan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Lebih menyedihkan "tripple burden" yang kita alami ini lebih serius berbanding negara-negara kurang maju seperti di Afrika.  Terdapat pula satu kajian yang dijalankan oleh Khazanah Research Institute , diketuai oleh pakar ekonomi tersohor iaitu Profesor Jomo Kwame Sundaram, mendapati rakyat Malaysia terdedah kepada masalah kualiti makanan yang tercemar dengan racun perosak. Makanan yang tercemar ini pula akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk mendapat zat yang lengkap daripada makanan harian, walaupun makanan tersebut adalah dari sumber semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.  Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitam

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti