Skip to main content

3 Peringkat Ketagih Gula, Anda Mungkin Sudah Terperangkap Di Dalamnya

Assalamualaikum dan salam cukup manis untuk semua yang singgah di blog Coach Gula :') 

Sebelum ini Coach ada berkongsi tentang 10 tanda-tanda ketagihan gula, dan kali ini Coach nak kongsi pula 3 peringkat ketagihan gula yang anda perlu tahu. 

Baca di sini : 10 Tanda Ketagihan Gula Yang Anda Perlu Tahu


Ketagihan gula ini bukan lah datang tiba-tiba sebenarnya, tetapi ia merupakan hasil daripada gaya pemakanan yang telah sebati dengan diri kita. Tanpa kita sedar, kita telah melalui peringkat-peringkat yang membawa kepada masalah ketagihan gula. 

Jom kita lihat apakah peringkat-peringkat ketagih gula tersebut. 

PERINGKAT PERTAMA : BINGEING

"BINGEING” ialah tingkahlaku makan dalam kuantiti yang banyak untuk melepas kempunan/ keinginan. 

Keadaan ini boleh berlaku ketika kita makan, selepas kita menahan diri daripada makanan dan minuman bergula dalam tempoh masa tertentu, samada selang beberapa jam, atau selang beberapa hari.

Contoh paling mudah ialah ketika berdiet, kita menunggu “cheat days” untuk makan semua makanan kegemaran dengan jumlah yang banyak dalam jangkamasa yang singkat.

Adakalanya kita boleh habiskan 3-4 jenis makanan, bersama- sama hidangan pencuci mulut dan minuman kegemaran dalam masa serentak. 

Dan kebiasaannya, selepas kita sudah habis makan dan berpuas hati, kita akan rasa menyesal pula!

PERINGKAT KEDUA : WITHDRAWAL 

"Withdrawal" pula merujuk kepada keadaan tidak selesa yang kita alami selepas kita 'terputus bekalan" dan dalam konteks ini, kita terputus bekalan makanan dan minuman dalam jumlah gula yang menjadi kebiasaan kita. 

Ia juga berlaku apabila kita cuba menangguh pengambilan gula dalam masa yang lebih lama dari kebiasaannya.

Antara tanda- tanda tubuh sedang mengalami sugar withdrawal termasuklah : 

1- Sakit kepala

2- Mual dan loya

3- Rasa lapar lebih dari biasa

4- Moody 

5- Mengantuk

6- Gatal kulit

7- Tidak boleh tidur

8- Rasa bimbang 

9- Sembelit atau cirit-birit

10- Hilang fokus

11- Rasa letih

12- Mudah marah 

13- Selera makan bertambah 

14- Terlalu lapar 

Simptom-simptom "sugar withdrawal" ini bersifat sementara sahaja. Ia memberi ruang kepada tubuh beradaptasi dengan jumlah gula yang kurang daripada kebiasaan. 

PERINGKAT KETIGA : CRAVING

"Craving" atau gian, berlaku apabila motivasi untuk mendapatkan sesuatu semakin meningkat, terutama apabila ia sudah tidak boleh didapati dalam sesuatu jangkamasa tertentu. 

Sebagai contoh, pada hari pertama, kita memulakan No Sugar Challenge, kita berhenti mengambil makanan dan minuman bergula kegemaran kita, dan kita masih boleh mengawalnya. 

Pada hari kedua, kita mula "craving" kerana sudah ada selang masa, yang memutuskan bekalan makanan kegemaran kita itu. 

Atau bagi sesetengah orang, tidak sampai satu hari "berpisah" dengan gula, dia sudah mengalami "craving".Tetapi, perasan tak, ada orang, atau kita sendiri, mengalami "craving" 3-4 kali sehari! 


Perhatikan gambarajah di atas, dan lihat bagaimana 3 peringkat ini berulang-ulang seperti satu kitaran. Bermula dengan bingeing, withdrawal, craving, dan kembali kepada peringkat bingeing. Apabila sudah menjadi rutin, kita sudah tidak sedar yang kita terperangkap dalam kitaran ini. 

KESIMPULAN 

Peringkat-peringkat ketagihan gula ini lebih ketara apabila kita cuba menyekat pengambilan gula tanpa memahami apakah sebenarnya yang berlaku di dalam tubuh kita dan bagaimana ia memberi kesan kepada otak dan psikologi kita sendiri. Pada pendapat Coach, untuk keluar daripada kitaran peringkat ketagihan gula ini, tubuh memerlukan sokongan nutrisi dan perlu dilakukan secara berperingkat tetapi konsisten. Insha Allah Coach akan kongsi lagi, apakah yang boleh kita lakukan untuk keluar dari kitaran ini. Stay tuned ok! 


Rujukan : 

Evidence for sugar addiction : Behavioral and neurochemical effect of intermittent, excessive sugar intake

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2235907/ 


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Selamat

Apa itu jeragat? Jeragat ialah keadaan warna kulit yang menjadi lebih gelap, akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat boleh terjadi pada satu tempat pada kulit, dan boleh juga merebak, dan bercantum menjadi kawasan jeragat lebih besar pada kulit. Keadaan kulit yang berjeragat menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan nampak bertompok-tompok.  Terdapat 3 jenis jeragat iaitu :  1- Sun spot/ tompok matahari Jeragat jenis ini adalah yang paling biasa kita lihat pada kulit wajah dan badan manusia. Jeragat ini terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama, tanpa perlindungan seperti sun screen dan pakaian yang menutup kawasan kulit. Sebenarnya tompok matahari itu adalah tindakan kulit menghasilkan melanin supaya kulit terlindung daripada sinar uv matahari yang berbahaya.  2- Melasma  Melasma adalah sejenis "skin disorder" yang banyak terjadi kepada wanita berkulit gelap. Punca melasma yang paling biasa ialah akibat perubahan h

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti

Zat Lengkap Setiap Hari Dengan Vita-Lize Shaklee

Dalam laporan Global Nutrition Report 2018, mendapati rakyat Malaysia dibebani oleh 3 masalah nutrisi utama iaitu: berat badan berlebihan kurang zat besi pertumbuhan terbantut Masalah nutrisi ini dikenali sebagai "tripple burden" memberi kesan kepada tahap kesihatan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Lebih menyedihkan "tripple burden" yang kita alami ini lebih serius berbanding negara-negara kurang maju seperti di Afrika.  Terdapat pula satu kajian yang dijalankan oleh Khazanah Research Institute , diketuai oleh pakar ekonomi tersohor iaitu Profesor Jomo Kwame Sundaram, mendapati rakyat Malaysia terdedah kepada masalah kualiti makanan yang tercemar dengan racun perosak. Makanan yang tercemar ini pula akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk mendapat zat yang lengkap daripada makanan harian, walaupun makanan tersebut adalah dari sumber semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.  Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitam