Cabaran dan isu pengurusan berat badan di kalangan wanita tidak pernah ada penghujungnya.
Pada fasa usia 20an, kita mahu berbadan langsing untuk mudah berfesyen dan untuk persiapan majlis perkahwinan, betul tak?
Pada fasa usia 30an, kita kembali mencari solusi untuk urus berat badan selepas bersalin pula. Semakin kita sibuk menguruskan kerjaya, anak-anak dan keluarga, makin mencabar untuk pastikan badan kekal langsing seperti waktu bujang dahulu.
|
Genap usia Coach Gula 40 tahun, beberapa tahun yang lepas ;) |
Masuk pula fasa 40-an seperti saya - nah kali ini isu berat badan bukan lagi fokus nak langsing untuk berfesyen dan bergaya tapi demi kesihatan. Usia 40-an ini kita seperti magnet hospital, tak boleh silap sikit, penyakit pun hinggap!
Terdapat 3 cabaran utama menyebabkan usaha nak turun berat badan di usia 40-an semakin sulit dan mencabar.
Cabaran pertama, kita mungkin dah terlalu selesa dengan berat badan yang sama bertahun-tahun lamanya. Jadi untuk lakukan perubahan gaya hidup, untuk turunkan berat badan, memang sangat mencabar.
Cabaran kedua, perubahan hormon memasuki fasa perimenopos menyebabkan lebih senang naik berat berbanding turun berat.
Cabaran ketiga, sekiranya kita sudah ada penyakit-penyakit "biasa" seperti kencing manis atau darah tinggi, kita akan rasa tertekan pula, nak fikir hal diet lagi, hal ubat-ubat lagi!
Namun begitu, tidak bermakna wanita di usia 40-an tidak boleh melakukan perubahan untuk kurus dengan cara sihat dan "sustainable".
Saya menganjurkan 3 PRINSIP PENTING dalam pengurusan berat badan yang sihat.
Prinsip Pertama : Pilih gaya hidup sihat yang mudah dilakukan yang boleh membantu proses penurunan berat badan. Sebagai contoh amalkan intermittent fasting 16 jam sehari secara konsisten.
Prinsip Kedua : Pastikan ada zat yang lengkap dan padu diambil setiap hari bagi menyokong tubuh badan sepanjang proses penuruan berat badan. Kita mahu kurus dan sihat, bukan kurus tapi pucat dan lemah tidak bertenaga.
Prinsip Ketiga : Kita mahu lakukan perubahan tanpa tekanan, iaitu masih boleh menikmati makanan kegemaran, dan boleh mengawal selera tanpa disekat-sekat oleh menu dan peraturan yang ketat.
Untuk memenuhi ketiga-tiga prinsip ini, saya mencadangkan satu set supplement yang amat baik, mudah diamalkan yang terdapat di Shaklee, iaitu set kurus yang dikenali sebagai SET HELLO NEW YOU.
SET HELLO NEW YOU mendapat sambutan yang amat menggalakkan sejak ia diperkenalkan oleh Shaklee pada tahun 2022. Shaklee Malaysia telah berkongsi pelbagai testimonial pengguna set ini sejak ia dilancarkan.
Terlalu banyak testimoni-testimoni pengguna Set Hello New You telah dikongsi di pelbagai platform media sosial. Berikut adalah beberapa testimoni yang dikongsi di laman web Shaklee Malaysia.
|
Puan Nuradyani Ab Rahman |
|
Puan Aida Suhana Ismail |
Puan Hasma bt Hussain
|
Puan Nurshafiza Hamidun |
APA YANG ADA DALAM SET HELLO NEW YOU DAN BAGAIMANA IA MEMBANTU WANITA 40-AN YANG MAHU KURUSKAN BADAN?
Terdapat 5 jenis supplement di dalam Set Hello New You, iaitu :
- Cinch Shake Perisa Coklat
- Omega Guard
- Lecithin
- Herb-Lax
- Vivix
Saya akan terangkan setiap satu supplement ini untuk sahabat-sahabat semua fahami dengan lebih jelas lagi.
1- Minuman Cinch Shake Perisa Coklat
Minuman ini merupakan sejenis pengganti hidangan lengkap (meal replacement). Cinch Shake lengkap dengan :
- 16 jenis vitamin dan mineral penting untuk tubuh badan sihat
- 16 gram protein
- 6 gram serat
Setiap hidangan Cinch Shake mengandungi 180kcal sahaja dengan indeks glisemik 22. Sebotol Cinch Shake cukup untuk 15 kali hidangan.
Keistimewaan Cinch Shake ialah ia mengandungi LEUCINE, iaitu sejenis asid amino yang mengekalkan otot sihat, dapat membentuk tubuh badan yang pejal, dan tidak gelebeh walaupun sedang berdiet.
Kelebihan Cinch Shake baik wanita 40-an yang mahu berdiet
Saya amat menitikberatkan bekalan zat yang lengkap dan padu setiap hari. Vitamin dan mineral di dalam Cinch Shake amat penting dalam memastikan setiap hidangan yang diambil boleh membantu kita supaya rasa kenyang, rasa puas makan, dan mengelakkan "cravings" berulang-ulang. Cravings adalah salah satu tanda tubuh kita kekurangan zat sebenarnya.
Selain itu kandungan protein sebanyak 16 gram dalam setiap hidangan Cinch Shake membantu tubuh wanita 40-an memperbaiki paras metabolisme tubuh. Tahukah anda wanita pada usia 40-an ke atas akan mula merosot metabolisme pada kadar 5% pada setiap 10 tahun! Sebab itu lah wanita 40-an akan "struggle" untuk turun berat badan.
Selain metabolisme, kadar "muscle mass" wanita di usia 40-an juga merosot dengan cepat berbanding wanita lebih muda.
Tetapi jangan risau ya!
Pengambilan protein yang cukup setiap hari adalah salah satu cara untuk kita mengekalkan paras metabolisme yang sihat, membolehkan kalori dibakar dengan lebih efisyen dan berat badan akan turun secara konsisten. Pada masa yang sama, leucine yang terdapat dalam Cinch Shake akan membantu otot terjaga, tanpa perlu efek gelebeh-gelebeh selepas berdiet. Best kan?
2- Omega Guard
Omega Guard adalah supplement asid lemak omega-3, dari sumber minyak ikan tulen yang semulajadi dan selamat. Asid lemak omega-3 EPA & DHA yang terdapat di dalam minyak ikan ini, tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan manusia, jadi kita perlu mengambilnya daripada makanan dan juga supplement seperti Omega Guard ini.
Setiap biji Omega Guard mengandungi 600mg minyak ikan. Dan untuk setiap hidangan (3 biji Omega Guard) kita akan mendapat kebaikan 540mg EPA dan 360mg DHA.
Kelebihan Omega Guard Untuk Wanita 40-an Yang Mahu Berdiet
Terdapat 4 kelebihan mengamalkan Omega Guard ini untuk wanita 40-an yang sedang berdiet.
Pertama, asid lemak omega-3 sangat baik untuk memberikan emosi yang stabil.
Kajian mendapati polysaturated fatty acids (PUFA) dalam omega-3 dan omega-6 yang diambil daripada diet (samada dalam bentuk makanan atau supplement) amat baik dalam meregulasi emosi yang sihat.
Seperti yang kita maklum, wanita di usia 40-an ini sudah pun masuk fasa perimenopos, bermakna kita akan mengalami fasa emosi yang tidak menentu. Apabila emosi terganggu, kebiasaannya diet juga akan ke laut, betul tak? Jadi amat penting untuk kita jaga emosi kita terlebih dahulu, bagi memastikan apa juga diet yang kita jalani, mencapai sasaran yang kita idamkan.
Kedua, asid lemak omega-3 membantu kita mengawal selera makan. Asid lemak omega-3 memberikan rasa puas makan. Jadi kita tidak perlu untuk makan berkali-kali dan makan dengan banyak, sebab kita sudah rasa puas dengan setiap hidangan yang kita makan.
Ketiga, asid lemak omega-3 penting untuk mengurangkan radang di dalam tubuh, dan kegemukan itu sendiri adalah salah satu tanda tubuh tinggi radang.
Apakah kaitan radang dan diet?
Radang yang tinggi menyebabkan otak menerima signal dari hormon leptin (hormon yang mengawal rasa lapar), dengan lebih kerap. Semakin tinggi radang, semakin kerap rasa lapar, semakin banyak kita makan. Jadi amat penting untuk kita mengawal radang, sambil kita berdiet, supaya kita tidak gagal di tengah jalan. Pengambilan Omega Guard sangat membantu mengurangkan radang ini, jadi kita bukan sahaja dapat kurangkan berat badan tetapi juga akan sihat pada masa yang sama.
Keempat, asid lemak omega-3 membantu tubuh membakar lemak sedia ada dengan lebih efisyen. Asid lemak omega-3 ini membantu kita mendapat "inch loss" ketika berdiet. Pengambilan Omega Guard secara konsisten boleh memberi kesan jangka panjang terutama pada lemak di bahagian abdomen (visceral fats). Anda akan mendapati seluar dan kain yang dipakai mulai longgar dan sedikit demi sedikit hilanglah "muffin top" yang disimpan selama ini.
3- Lecithin
Lecithin adalah sejenis supplement lemak yang penting untuk sel tubuh manusia. Lecithin Shaklee diproses dari soya, dikenali juga sebagai "soy lecithin". Setiap kapsul Lecithin Shaklee mengandungi 518mg lecithin soya yang selamat dan semulajadi.
Kelebihan Lecithin Untuk Wanita 40-an Yang Mahu Berdiet
Apabila makan Lecithin tubuh akan menukarkannya menjadi sejenis zat bernama "choline". Choline inilah yang membantu proses penurunan berat badan secara semulajadi. Penting untuk kita faham juga, choline ini paling baik bertindak jika disertakan bersama aktiviti fizikal dan gaya hidup yang aktif. Lebih aktif kita, lebih efisyen "choline" ini membantu penurunan berat badan.
"Choline" ini juga membantu metabolisme lemak dilakukan yang lebih cekap dan efisyen dalam tubuh badan kita, jadi ia dapat menghalang pengumpulan lemak berlaku dengan pantas. Ini dapat mengurangkan risiko lemak terkumpul pada organ seperti hati dan di dalam darah.
BONUS apabila kita amalkan lecithin ialah, "choline" ini pula membantu tubuh menghasilkan sejenis "neurotransmitter" dalam otak bernama "acetylcholine". Antara kepentingan "acetylcholine" ialah ia dapat memberi tenaga kepada sel dan mengelakkan kita berasa lesu. Wanita 40-an ramai yang ada masalah letih dan lesu (fatigue) kerana perubahan hormon, jadi pengambilan Lecithin ini amat membantu.
Untuk wanita 40-an, antara cabaran untuk turun berat badan ialah masalah jurang nutrisi dalam makanan harian. Jadi memang sukar untuk kita dapat nutrisi seperti "choline" yang cukup hanya sekadar daripada makanan. Antara makanan-makanan yang kaya dengan "choline" ialah telur kuning, hati binatang, daging merah, ikan salmon, ikan tilapia, ikan kod, dada ayam dan legumes. Sudah tentu kita tidak dapat memenuhi kesemua ini dalam menu setiap hari, jadi ambil Lecithin adalah lebih mudah.
4- Herb-Lax
Herb-Lax adalah ramuan tumbuh-tumbuhan yang fokus kepada kesihatan usus, dan diamalkan sebagai julap semulajadi. Ramuan utama Her-Lax ialah daun senna, diformulasi bersama "buckthorn bark, akar Licorice, jintan manis, daun alfalfa, anise seeds, akar Rhubarb, bunga Blue Malva dan akar Culver.
Kelebihan Herb-Lax Untuk Wanita 40-an Yang Mahu Berdiet
Tahukah anda, wanita 40-an dalam fasa perimenopos ini seringkali mengalami masalah penghadaman kerana perubahan hormon estrogen dan progesteron. Perubahan hormon menyebabkan makanan mengambil masa lebih lama untuk dihadam dan lebih perlahan untuk bergerak di sistem gastro intestinal. Jadi kita sering terdedah dengan masalah ketidakhadaman dan juga sembelit.
Herb-Lax ini diamalkan 1-2 kali seminggu bagi kesihatan penghadaman yang sihat yang mana ia membantu masalah sebu, angin dan sembelit. Dalam set kurus Shaklee ini, Herb-Lax membantu mereka yang mengalami masalah penghadaman sebelum dan semasa melakukan perubahan diet. Apabila sistem penghadaman lebih teratur, dan dapat membuang air besar dengan baik, lebih mudah untuk kita meneruskan misi kurus, tidak terganggu dengan isu sembelit, angin dan sebu.
Akhir sekali, "star product" dalam Set Kurus Shaklee, iaitu VIVIX.
Mengapa ia adalah "STAR" dalam set ini?
Mari saya terangkan tentang Vivix dan kehebatannya membantu wanita-wanita 40-an yang mahu turunkan berat badan.
Vivix adalah formula ekstrak polifenol yang diambil daripada 4 tumbuhan superfood iaitu anggur muscadine, lobak ungu, elderberry Eropah dan Japanese knotweed. Proses mengekstrak polifenol daripada tumbuh-tumbuhan ini telah dipatenkan, supaya dapat mengekalkan bahan bio-aktif polifenol tersebut. Ini juga bermakna, Vivix tidak ada persamaan dengan mana-mana produk polifenol lain di pasaran, dan tidak ada pengeluar lain yang boleh meniru formulanya.
Terdapat banyak kelebihan Vivix dalam membantu wanita-wanita berusia 40-an mengurangkan berat badan secara sihat dan selamat. Di sini saya kongsikan 3 kelebihan utama yang saya fikir amat-amat penting bagi kita yang mahu berdiet.
1-
Vivix mengandungi resveratrol, iaitu komponen polifenol yang terdapat di dalam anggur muscadine, yang menjadi bahan utama Vivix.
Kajian mendapati pengambilan resveratrol dalam diet harian memberi manfaat seperti berikut :
- mengurangkan berat badan
- mengurangkan BMI
- mengurangkan ukur lilit pinggang
- meningkatkan purata otot
- mengurangkan berat badan di kalangan pesakit obesiti dan pesakit diabetes
2-
Vivix kaya dengan polifenol dari 4 bahan utama yang telah dinyatakan di atas.
Kajian mendapati polifenol memberikan “anti-obesity effect”, dengan memberikan rasa puas makan tanpa perlu makan dalam jumlah yang banyak. Namun begitu polifenol yang diambil mestilah dari jenis yang tinggi “bioavailabilty”, bermakna mudah diserap oleh tubuh, seperti Vivix.
3-
Vivix dengan khasiat polifenol juga membantu
mengawal paras gula dalam darah. Apabila paras gula dalam darah terkawal, kita tidak akan kerap lapar, dan tidak lah kerap mengalami “cravings”. Apabila tiada lagi serangan “cravings”, maka mudahlah kita hendak berdiet betul tak? P.S : Sebab itu lah Vivix sangat popular di kalangan pesakit diabetes yang mahu mengawal paras gula mereka!
Vivix adalah “star product” dalam set kurus Shaklee kerana dengan kehebatan polifenol terutamanya resveratrol di dalam Vivix, ia menjadi “booster” yang mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan secara sihat dan konsisten. Maklum sajalah, dalam hal berat badan ni, semua orang nak cepat, betul tak?
Set Lengkap Hello New You x Vivix
Fasa kehidupan wanita di usia 40-an sangat berbeza dengan fasa-fasa sebelumnya.
Di saat ini, wanita semakin perlu "memanjakan" diri dengan keperluan zat asas terbaik untuk tubuh badan, perlu pandai menguruskan tekanan, dan wanita mesti pandai uruskan masa untuk berehat dan menyembuhkan diri.
Usaha untuk mengurangkan berat badan boleh menjadi satu perkara yang amat mencabar sekiranya kita tidak mempunyai ilmu asas kepada nutrisi yang boleh menyokong tubuh di usia yang berharga ini. Apabila kita telah berjumpa dengan cara yang betul. selamat dan berkesan, berpeganglah kepada cara itu dengan konsisten. Cara yang mudah dan selamat, memang saya rekomen
Set Kurus Shaklee lah!
|
Walaupun kedua-dua gambar ni berat Coach Gula tak lebih 50kg, tapi rupa berbeza masa usia 30-an (kiri) vs 40-an (kanan), nak tahu kenapa?
|
Saya harap sedikit maklumat yang saya kongsikan ini dapat membantu anda membuat keputusan untuk memulakan rutin diet di usia 40-an bersama-sama Set Hello New You. Sekiranya anda mahu lebih lagi konsultasi, saya bersedia untuk membantu.
----
Master Puteri @ Coach Gula
No. Tel : +6016-344 7727
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
lagi seminggu dh nak masuk 40 bagus sangat artikel nie sebagai persediaan awal. stabil emosi paling penting!!
ReplyDeletewah tahniah aisyah! 40 is the new 20 yeah haha!
Deletetq coach, detail sgt dan mudah faham
ReplyDeletemost welcome :')
DeleteFuhh bukan sikit maklumat ya, lenngkap, terbaikkk 👍
ReplyDeletekena faham betul2, baru boleh kurus betul2 haha!
DeleteNervous pulak lagi 5 tahun nak masuk 4series. guide berguna nii
ReplyDeleteomg nina so young!
Deletealamakkkk 4 thn lg nk 40 aduhh aduii nervous hrp dpt maintain berat lg 4 thn haha
ReplyDeletekonsisten gn shaklee Insha Allah takde masalah nak maintain :')
DeleteEfek runcing dagu begitu ketara selepas 40-an.
ReplyDeletethanks to no sugar challenge!
DeleteSebelum mengandung, berat dah cantik, bawah 50. Sekali mengandung, berat lepas bersalin jadi lebih 60 pula.. Nampak gaya ni, memang kena amalkan set kurus shaklee, baru ngam ni.
ReplyDeleteset kurus shaklee ni senang, tak byk pantang larang pun :')
Delete