Skip to main content

Lega Dapat Duit Raya Awal Dari Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Cukup Manis ;') 

Raya tahun ni meriah lah untuk pengedar-pengedar Shaklee, sebab tarikh bonus bulan April nanti adalah sebelum menjelangnya 1 Syawal. Jadi kita ada masa untuk buat persiapan hari raya, balik kampung dan Insha Allah ada duit tambahan untuk bersedekah di bulan Syawal yang mulia. 

Hampir 10 tahun Coach bisnes Shaklee secara full time, jadi setiap bulan, perbelanjaan keluarga memang sebahagiannya ditampung oleh pendapatan dari bonus Shaklee. Ini memang melegakan kami sekeluarga, sebab kami akan terima pendapatan 2 kali sebulan. Coach terima bonus pada 14 haribulan, dan suami akan terima pada 26 haribulan, setiap bulan. Setakat ini, memang amat memudahkan kami merancang perbelanjaan keluarga, termasuklah persiapan menyambut hari raya. 

5 Perbelanjaan Utama Bila Dapat Duit Raya Awal Dari Shaklee 

Bagi Coach sekeluarga, setiap tahun, perancangan belanja duit raya awal dari Shaklee, tak banyak berubah, sekurang-kurangnya untuk 5 perkara utama ini. 

Pertama, duit raya awal dari Shaklee ni, sudah tentu Coach gunakan untuk belanja anak-anak, sekiranya ada tambahan untuk kelengkapan hari raya. Coach bersyukur sangat sebab anak-anak setakat ni sangat simple keperluan mereka. Mereka hanya perlu 2 pasang persalinan raya dan selebihnya mereka akan pakai saja mana-mana baju yang masih cantik dan elok. 

Dari kecil sampai besar, anak-anak tak banyak permintaan ketika persiapan hari raya. Alhamdulillah mudah nak urus. 

Kedua, Coach akan guna duit raya awal dari Shaklee untuk sedekah pada 10 hari terakhir Ramadhan. Coach pun belajar untuk sedekah duit raya kepada kanak-kanak, apabila melihat rutin ini di masjid tempat kami berbuka puasa dan berterawih. Anak-anak yang hadir di masjid akan dapat banyak duit raya pada 10 hari terakhir Ramadhan. Ini salah satu cara jemaah memeriahkan sambutan Aidifitri yang bakal tiba disamping merebut pahala berganda pada 10 hari terakhir Ramadhan. 

Suasana meriah jemaah Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, masjid kegemaran kami untuk berbuka puasa dan solat terawih. 

Ketiga, duit raya awal Shaklee ini biasanya Coach gunakan juga untuk perbelanjaan pulang ke kampung. Kos untuk pulang ke kampung merangkumi kos petrol, kos tol, duit raya Mak dan Abah, duit raya anak-anak saudara dan perbelanjaan makan minum ketika di kampung dan semasa mengunjungi sanak saudara. 

Keempat, dengan duit raya awal Shaklee ini, Coach juga biasanya akan tambah bajet supplement untuk balik kampung dan sepanjang musim raya. Maklum sajalah, musim perayaan ni kita akan berjumpa dengan ramai orang, jadi risiko jangkitan penyakit tu memang akan ada. Antara senarai wajib supplement raya kami ialah Cinch Tea Mix, diminum dalam kereta untuk elak mengantuk ketika memandu dan Nutriferon sebagai first aid melawan jangkitan demam, batuk dan selesema ketika musim raya. 

Aksi membancuh Cinch Tea Mix ketika berhenti di R&R di musim raya. Wajib beli sebelum balik kampung! 

Kelima, biasanya duit raya awal Shaklee ini boleh jadi tabung kecemasan belanja selepas raya. Biasalah kan, kadang-kadang bila dah beraya, ada yang terlajak bajet sana sini, dengan perkara-perkara tak diduga. Jadi selepas raya dah selesai, sekurang-kurangnya ada duit simpanan sementara tunggu bonus akan datang. Lega lah juga betul tak?

Shaklee Malaysia membayar komisyen sebanyak RM372, 000, 000 kepada ahli sepanjang tahun 2022.

Seronok kan, ada tambahan pendapatan ketika musim perayaan. Walaupun kita masih merayakan Aidilfitri dalam kesederhanaan, tetapi masih memerlukan sedikit sebanyak belanja. Peluang untuk buat duit dengan bisnes ini bukan hanya untuk belanja raya, tapi sampai boleh dijadikan kareer dan sebagai pelan persaraan.

Jadi, jangan bertangguh lagi, dengan rezeki Allah bagi, mungkin tahun depan anda pula akan dapat duit raya awal Insha Allah. Cuba tengok contoh anggaran bonus rank Supervisor ni, cukup tak untuk tambah belanja raya? Best kan! 



#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

Popular posts from this blog

5 Aplikasi Wajib Bisnes Online

Sekiranya anda baru nak mulakan bisnes online, anda kena kenal 5 aplikasi wajib ini, yang boleh memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti pemasaran setiap hari.  Aplikasi-aplikasi yang saya kongsi ini boleh didapati secara percuma dan sangat mudah digunakan.  1- Canva  Canva adalah aplikasi yang membantu kita merekacipta bahan pemasaran. Apa yang menariknya aplikasi Canva menyediakan banyak template-template untuk kita terus guna. Antara template yang popular digunakan ialah : poster flyers kad nama  brosur klip video logo  Canva juga terdapat dalam versi berbayar, yang mana kita ada lebih banyak pilihan template, gambar, video dan lain-lain bahan untuk konten pemasaran. Sebelum ini Canva hanya boleh digunakan di laman web, tetapi kini sangat mudah dengan aplikasi canva di telefon pintar.  2- WhatsApp Business Ramai orang kenal apa itu WhatsApp, tapi tidak semua orang tahu kelebihan menggunakan WhatsApp Business.  WhatsApp Business adalah aplikasi yang lebih mesra untuk pemilik bisnes

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti

5 Kepentingan Vitamin C Shaklee

Vitamin C memainkan peranan yang sangat penting bagi menyokong sistem tubuh yang sihat. Permintaan vitamin C Shaklee sentiasa tinggi, terutamanya semasa negara kita diserang virus covid 19.  Kesedaran masyarakat untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh daripada serangan virus, terus meningkat dan vitamin C Shaklee memang sentiasa menjadi pilihan.  Dan kini dengan berita tentang siapsiaga Kementerian Kesihatan Malaysia menghadapi serangan virus X pula, jadi tidak salah sekiranya amalan pengambilan vitamin C Shaklee diteruskan oleh orang ramai.  Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air, bermakna tubuh kita tidak akan menyimpan vitamin C di dalam badan, dan lebihannya akan dibuang melalui air kencing. Ini bermakna vitamin C perlu sentiasa cukup diambil setiap hari.  Oleh kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri , jadi kita mesti mendapatkan vitamin C daripada makanan ataupun supplement. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C termasuklah :  Buah : oren, lemon, bua