Skip to main content

Adab Sopan Open House Aidilfitri

Setiap kali musim open house Aidilfitri pasti ada pelbagai insiden yang dikongsi oleh netizen. Ada yang mencuti hati, dan ada yang menyakitkan hati haha! Kadang-kadang rasa kesal juga, apabila majlis-majlis open house yang sepatutnya mengeratkan hubungan sesama keluarga, rakan dan jiran-jiran, berakhir dengan kekecewaan.

Kali ini saya terpanggil nak kongsi 5 pesan Mak saya, ketika kami adik beradik masih kanak-kanak. Dan pesan Mak saya ni saya praktik juga dengan anak-anak sekarang. Tapi sebelum tu saya minta maaf yer kalau perkongsian ini tidak sama dengan pendapat anda yang membaca. Bukan nak tunjuk pandai pun, sekadar berkongsi :') 



Pesanan pertama, jangan buka sampul duit raya depan tuan rumah

Ini yang Mak saya paling pesan, ulang- ulang pesan. Jangan sesekali bukak sampul duit raya depan tuan rumah. Lagi pesan tambahan, lagi horror kalau bukak dan komplen pulak, singgit je?? Mak aih. Tapi jarang berlaku zaman saya kecik- kecik. Dapat 20 sen, 50 sen pun dah happy gila. Zaman kita kecik, mana ada sampul- sampul kat kampung ni. Masa salam tu dah tau dah amount hahaha so takde isu nak bukak sampul dan komplen. Bila dah ada anak- anak, saya ulang balik pesanan. Dapat je duit raya, terus simpan, atau bagi Mama simpan. So far so good, takde lagi insiden tak diingini berlaku. Alhamdulillah.

Pesanan kedua, jangan masuk rumah orang sebelum tuan rumah jemput di muka pintu

Insiden tetamu tiba-tiba dah duduk di ruang tamu memang boleh berlaku di musim raya haha! Terutama bila di kampung, rumah kampjng memang terbuka je, takde pagar atau pintu pun tak dikunci sepanjang masa seperti rumah di bandar. Ada masanya tetiba je ada tetamu terutamanya kanak-kanak kat depan tengah makan! Budak- budak kan, apa kisah, masuk je. Tapi Mak pesan, tunggu la orang jemput masuk, baru la masuk. 

Sebenarnya pesan ni ada di dalam Al Quran, surah Surah An-Nur, ayat 27-28. 

Allah berfirman dalam surah an-Nur ayat 27-28:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ(27)
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu sentiasa mengambil peringatan. (27)

فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فِيهَا أَحَدًا فَلَا تَدْخُلُوهَا حَتَّى يُؤْذَنَ لَكُمْ وَإِنْ قِيلَ لَكُمُ ارْجِعُوا فَارْجِعُوا هُوَ أَزْكَى لَكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ (28)
Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: “Pulanglah”, maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan. (28)

Pesanan ketiga, jangan lepak lama- lama

Cara Mak saya sejak kami kecil lagi, kalau beraya, tak kira rumah siapa, elak kan berlama-lama. Bukan apa, kadang- kadang rumah sedara kita tu tak besar mana, nak muatkan 3-4 rombongan sekali datang, memang kesian tuan rumah nak melayan. Jadi mudahkan kerja tuan rumah, jumpa, salam- salam, jamah makanan, dan bawak- bawak lah berundur, bagi ruang orang lain pulak. Kalau takde ramai orang pun, tak payah la lepak sampai ke malam, beri ruang tuan rumah berehat. 

Pesanan keempat, jangan usik barang dalam rumah orang

Ini khas untuk kita yang ada anak- anak yang sedang membesar dan lasak. Kita memang faham, anak-anak ni ada curiosity yang tinggi tapi kita tetap kena berjaga-jaga dan sentiasa mengawal anak masing-masing. Kadang-kadang tu tuan rumah memang takkan tegur, tapi kalau anak kita dah rosakkan barang orang lain, kita juga jadi serba salah nanti. Elakkan situasi awkward sebegitu jadi awal- awal pesan dan train anak- anak. Kalau dah biasa dilatih dan dipesan, Insha Allah anak-anak faham dan boleh ikut. Kalau zaman kami kecik dulu, selamat lah dapat "ketam" dengan Mak hahaha! Kalau tak "ketam" senyap2 di tempat kejadian, balik rumah dapat. Memang tak boleh lari!

Pesanan kelima, jangan kutip duit raya aje, tapi tak jamah pun kuih raya

Bila tuan rumah buatkan air dan susun cantik balang kuih raya, jamah jugak walaupun sedikit tanda hormat. Tak sedap ke sedap ke belakang kira, asalkan jamah dan minum air yang disediakan. Tanda penghargaan la tu. Ada jugak budak-buak memang tak usik apa, tunggu je tuan rumah kasi sampul raya. Ada lagi best, siap cakap, "kami tanak makan, nak duit raya je". Amboi haha! Kelakar pun ada, tapi kan lebih bagus kita pesan kat anak- anak. Beraya bukan pasal duit raya, tapi nak ziarah dan berkenalan dengan saudara mara dan kawan-kawan. 

Anda mungkin berminat Open House Punca Gemuk?

Kesimpulan

Pada pendapat saya, untuk kita ibubapa ni, kena berbual tentang hikmah berhari raya sebelum sampai musim raya lagi. Beritahu anak-anak yang hari raya bukan sekadar baju raya atau duit raya saja. Kita boleh beritahu anak-anak ziarah menziarah adalah tuntutan agama dan menjaga adab juga tuntutan agama. Terutamanya untuk anak- anak bawah 6 tahun, apa kita pesan berulang-ulang, mudah melekat dalam fikiran mereka. Jadi ambil kesempatan ni untuk terapkan nilai- nilai yang Mak Ayah kita ajar kita dulu- dulu. Insha Allah. 

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

  1. Wah..ni macam cara mak I bising dulo2... I pun ajar anak macam ni jugà..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Selamat

Apa itu jeragat? Jeragat ialah keadaan warna kulit yang menjadi lebih gelap, akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat boleh terjadi pada satu tempat pada kulit, dan boleh juga merebak, dan bercantum menjadi kawasan jeragat lebih besar pada kulit. Keadaan kulit yang berjeragat menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan nampak bertompok-tompok.  Terdapat 3 jenis jeragat iaitu :  1- Sun spot/ tompok matahari Jeragat jenis ini adalah yang paling biasa kita lihat pada kulit wajah dan badan manusia. Jeragat ini terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama, tanpa perlindungan seperti sun screen dan pakaian yang menutup kawasan kulit. Sebenarnya tompok matahari itu adalah tindakan kulit menghasilkan melanin supaya kulit terlindung daripada sinar uv matahari yang berbahaya.  2- Melasma  Melasma adalah sejenis "skin disorder" yang banyak terjadi kepada wanita berkulit gelap. Punca melasma yang paling biasa ialah akibat perubahan h

Bisnes Online Tanpa Modal Paling Popular Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam cukup manis untuk semua pembaca yang masih setia menjenguk blog Coach Gula :') Hari ini Coach nak bercerita pengalaman Bisnes Online yang jadi "playground" Coach sejak tahun 2011. Sebenarnya pengalaman bisnes online Coach, hanyalah bersama-sama Shaklee. Jadi cerita yang akan Coach kongsi ni tak boleh nak banding dengan bisnes online yang lain. Cuma yang Coach nak bagitau siap-siap, walaupun hanya satu sahaja bisnes online yang Coach buat, hasilnya setakat ini sangat berbaloi-baloi, di luar jangkaan sebenarnya.  Alhamdulillah,  2023, tahun ke-12 kami bersama Bisnes Online Shaklee BERMULANYA DI SINI BISNES ONLINE KU... Pada tahun 2011, Coach mencari solusi untuk badan lebih cergas dan sihat ketika berpantang dan menyusu bayi. Sebelum itu, semasa anak pertama, Coach belum ada ilmu tentang supplement yang boleh bantu ibu-ibu berpantang dan menyusu. Idea nak mencari vitamin-vitamin ni sebenarnya daripada mak Coach sendiri. Mak kata, cari lah vitamin,