Saya ada membaca satu buku bertajuk, Polifenol, Sumber Makanan Dan Manfaat Kesihatan, ditulis oleh Dr. Hanis Mastura Yahya, seorang pensyarah kanan Program Sains Pemakanan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum ini, saya banyak membaca tentang polifenol daripada laman web luar negara sahaja. Jadi saya sangat teruja apabila dapat beli dan baca buku tentang polifenol ditulis dalam bahasa Malaysia oleh pakar tempatan. Saya teruja bila nampak buku ini di kedai DBP berhampiran rumah kami. Terus saya beli satu, dan masih saya baca untuk rujukan sehingga kini. Polifenol ini adalah kompaun kimia dalam tumbuh-tumbuhan, bertindak sebagai pelindung daripada sinar UV, dan serangan patogen ke atas tumbuh-tumbuhan. Dan pada masa yang sama polifenol dalam tumbuh-tumbuhan memberi banyak manfaat kesihatan kepada manusia. Polifenol adalah banyak jenis, dan sekurang-kurangnya ada 8000 jenis polifenol telah ditemui oleh saintis, terdapat dalam tumbuh-tumbuhan. Saya kongsi 3 jenis poli...