Apa itu jeragat?
Jeragat ialah keadaan warna kulit yang menjadi lebih gelap, akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat boleh terjadi pada satu tempat pada kulit, dan boleh juga merebak, dan bercantum menjadi kawasan jeragat lebih besar pada kulit. Keadaan kulit yang berjeragat menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan nampak bertompok-tompok.
Terdapat 3 jenis jeragat iaitu :
1- Sun spot/ tompok matahari
Jeragat jenis ini adalah yang paling biasa kita lihat pada kulit wajah dan badan manusia. Jeragat ini terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama, tanpa perlindungan seperti sun screen dan pakaian yang menutup kawasan kulit. Sebenarnya tompok matahari itu adalah tindakan kulit menghasilkan melanin supaya kulit terlindung daripada sinar uv matahari yang berbahaya.
2- Melasma
Melasma adalah sejenis "skin disorder" yang banyak terjadi kepada wanita berkulit gelap. Punca melasma yang paling biasa ialah akibat perubahan hormon, terutamanya ketika hamil. Selain itu, melasma juga boleh muncul pada kulit sebagai kesan sampingan pengambilan ubat-ubat hormon. Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama juga boleh menyebabkan melasma terbentuk.
3- Hiperpigmentasi selepas keradangan kulit
Keadaan hiperpigmentasi ini boleh berlaku apabila kulit seperti jerawat, eczema ataupun sebarang kecederaan pada kulit. Apabila radang kulit telah sihat, sel kulit baru akan menggantikan sel kulit lama, dan hiperpigmentasi boleh hilang secara semulajadi. Ada yang ambil masa lebih lama untuk hilang, bergantung kepada tahap kesihatan kulit, usia dan perlindungan yang ada ke atas kulit tersebut.
Petua Hilangkan Jeragat Dengan Selamat
Terdapat 2 pendekatan untuk petua hilangkan jerawat dengan selamat.
Yang pertama dengan merawat dari luar (topikal) iaitu pada kawasan kulit yang berjeragat. Antara petua merawat jeragat secara luaran dengan selamat termasuklah :
- Ramuan cuka epal dan air, disapu pada tompok jeragat, biarkan selama 2-3 minit dan bilas dengan air.
- Sapu aloe vera pada tompok jeragat sebelum tidur, dan bilas muka pada keesokan pagi.
- Rendam uncang teh hijau dalam air panas beberapa ketika, angkat dan biarkan sedikit sejuk, dan lekap dan gosok pada tompok jeragat.
- Rendam daun teh hitam dalam air panas selama 2 jam, tapis dan ambil airnya. Celupkan kapas muka di dalam air teh dan gosok pada tompok jeragat.
Pendekatan kedua adalah dengan memberikan zat penting kepada sel kulit, supaya sel kulit menjadi sihat dan sel kulit baru dapat dihasilkan.
Antara vitamin penting untuk kesihatan kulit dan menghilangkan jeragat secara selamat adalah seperti berikut :
Vitamin B3 baik untuk mencerahkan kulit, termasuklah tompok-tompok jeragat baru dan lama. Vitamin B3 popular dengan nama lain iaitu niacinamide, banyak digunakan sebagai bahan di dalam produk-produk penjagaan wajah. Saya rekomen vitamin B Complex Shaklee yang mengandungi 8 jenis vitamin B lengkap untuk keperluan tubuh badan yang sihat.
Vitamin C, sangat terkenal sebagai vitamin yang amat membantu kulit jadi lebih sihat dan lasak. Vitamin C merangsang penghasilan kolagen semulajadi dalam kulit, yang membuatkan parut jeragat akan jadi cerah dan lama-kelamaan hilang. Saya rekomen Sustained Release Vita C Plus ini kerana bahan-bahannya semulajadi, terbukti berkesan untuk masalah-masalah kulit.
Protein yang mencukupi amat penting bagi memastikan sel kulit dapat dibaiki dengan pantas. Makanan yang kaya protein dan juga supplement protein amat penting bagi mereka yang mengalami masalah jeragat baru dan lama. Saya rekomen ESP Shaklee sebagai supplement protein harian anda.
Polifenol adalah bahan anti oksida yang sangat baik untuk kulit berjeragat. Ia membantu sel kulit yang rosak, dipulihkan, jadi lebih sihat, dan dapat menghasilkan sel baru dengan lebih efisyen. Sumber polifenol yang saya cadangkan adalah daripada supplement Vivix Shaklee, yang berkualiti tinggi, ada kajian klinikal dan terbukti berkesan.
Kesemua supplement yang saya kongsikan ini adalah amalan saya sendiri sejak lebih 10 tahun.
Testimoni Jeragat - Youth Skincare Shaklee
Saya ingin berkongsi testimoni saya sendiri yang ada masalah jeragat pada bahagian pipi kiri. Oleh sebab kulit saya dalam kategori "hitam manis", jadi jeragat tidak nampak ketara. Tetapi saya sendiri sudah pasti nampak hari-hari dan memang rasa geram dan susah hati.
Apabila Youth Skincara masuk ke pasaran Malaysia, terus saya beli set lengkap seperti di bawah ini dengan harapan dapat membantu masalah jeragat, di samping menyihatkan lagi kulit dengan cara selamat dan semulajadi - Youth Skincare ni 100% vegan dan langsung tak ada bahan-bahan yang meragukan!
Inilah set lengkap Youth Skincare yang saya gunakan. Terus beli semua jenis sebab tak sabar nak hapuskan jeragat yang dah bertahun-tahun menempel di pipi! |
Saya lakukan facial analysis ini sebelum saya mulakan penggunaan Youth skincare. Pada masa ni, pigmentasi saya dapat AVERAGE SCORE sahaja. |
Ini adalah keputusan analisis kulit saya selepas 4 bulan menggunakan Youth secara konsisten. Score saya meningkat ke 60% berbanding 40% sebelum itu. Dan untuk pigmentasi, ia di paras HEALTHY SCORE berbanding average score sebelum itu. >>> Kulit Sihat Glowing Dengan Dua Jenis Supplement Aje! KESIMPULANMasalah jeragat pada wajah terutamanya, tidak lah merbahaya tetapi lebih kepada memberi keresahan dan tekanan pada emosi, terutamanya pada wanita. Jeragat menyebabkan wajah nampak kusam dan lebih tua daripada usia. Sebab itu ramai orang jadi tak sabar dan ambil langkah "short cut" yang boleh memudaratkan lagi kesihatan kulit. Pada pendapat saya, pilih lah cara yang selamat untuk jangka masa panjang, dan yang paling penting, kulit tidak menjadi lebih teruk pula.
|
Comments
Post a Comment