Skip to main content

Pengedar Shaklee AU2 Taman Seri Keramat

Tahun ini masuk tahun ke-12 saya bergelar Pengedar Shaklee. Pada tahun pertama saya jadi pengedar Shaklee, hanya sekadar suka-suka memandangkan ramai kawan-kawan minta panduan penyusuan bayi bersama supplement daripada saya ketika itu. 

Tahun kedua sehinggalah ke hari ini, Shaklee telah menjadi sumber pendapatan saya, dan jadi kareer sepenuh masa. Alhamdulillah rezeki bersama Shaklee tidak pernah putus dan cukup untuk kami sekeluarga. 

Banyak kenangan pahit manis saya sebagai pengedar Shaklee, dan 3 pengalaman paling utama ialah : 

  • pengalaman konsultasi bersama pelanggan-pelanggan 
  • pengalaman membimbing team bisnes PAF Network 
  • pengalaman menimba ilmu dalam kelas-kelas dan training bersama Shaklee Malaysia
Walaupun 90% urusan saya dengan pelanggan adalah secara online, tetapi bila ada kesempatan bersua muka, memang lagi seronok. 

Kenangan COD di butik Dato Rizalman Ibrahim. Saya berurusan dengan PA beliau masa tu, untuk belian Vivix dan Collagen Powder. Dalam setahun tu ada 3 kali TokRi buat belian Vivix dan Collagen Powder Shaklee. Kenangan manis sungguh ;) 

Kelas-kelas bimbingan bersama Master upline juga penting supaya kita terus boleh memberi yang terbaik untuk team dan juga pelanggan kita. 

Saya juga menyediakan kelas-kelas bimbingan untuk pelanggan PAF Network, sebagai contoh, setiap kali Ramadhan, memang pelanggan akan mahukan bimbingan sebegini. 


Bermula dengan supplement penyusuan 

Pada permulaan saya sebagai seorang pengedar Shaklee, saya fokus kepada bimbingan penyusuan bayi, kerana pada masa tu saya sendiri menyusukan anak kedua saya dan mengamalkan supplement Shaklee. Alhamdulillah anak kedua dan ketiga saya dapat rezeki susu ibu lengkap sehingga 2 tahun lebih. Mereka adalah testimoni utama saya sebagai pengedar Shaklee ketika itu. 


Kemudian semasa anak-anak membesar, saya fokus pula kepada supplement untuk keperluan anak-anak, terutamanya untuk mengukuhkan sistem imun mereka, dan untuk perkembangan minda anak-anak. Testimoni anak-anak saya sendiri memang meyakinkan pelanggan kami kerana ia bukti paling dekat dan jelas boleh dijadikan panduan. 


Bermula tahun 2018 sehingga sekarang, saya fokus kepada bimbingan berat badan bersama-sama kempen No Sugar Challenge dan program Detox Queen. Pada masa yang sama juga, saya fokus kepada isu nutrisi wanita berusia 40-an, isu menopos, mental health dan juga keperluan nutrisi warga emas. 


Kemudahan untuk pelanggan 

  • Konsultasi percuma sebelum dan selepas pembelian 
  • Kelas Zoom No Sugar Challenge 
  • Penghantaran pos satu Malaysia dan COD sekitar AU2A Taman Seri Keramat dan kawasan berhampiran

Kesimpulan

Supplement Shaklee bukan sahaja mengiringi keperluan nutrisi kami sekeluarga sejak tahun 2011, tetapi ramai lagi pelanggan setia kami yang turut sama mendapat manfaat. Saya percaya untuk menjadi pengedar Shaklee yang baik, kita mestilah terlebih dahulu setia menjadi pengguna produk ini. Pengalaman diri sendiri boleh digunakan sebagai panduan untuk pelanggan kita, disamping ilmu-ilmu nutrisi yang kita perolehi daripada syarikat dan juga kelas-kelas yang kita hadiri. 

Kepada semua pelanggan saya, yang setia bersama-sama jenama Shaklee, saya ucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda selama ini. Semoga Allah memberkati usaha kita untuk memperbaiki tahap kesihatan diri sendiri dan keluarga. Insha Allah. 

>>> HUBUNGI PENGEDAR SHAKLEE SENAWANG  PUAN AINI SALLEH 





#nextlevelblogging 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.



Comments

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Selamat

Apa itu jeragat? Jeragat ialah keadaan warna kulit yang menjadi lebih gelap, akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat boleh terjadi pada satu tempat pada kulit, dan boleh juga merebak, dan bercantum menjadi kawasan jeragat lebih besar pada kulit. Keadaan kulit yang berjeragat menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan nampak bertompok-tompok.  Terdapat 3 jenis jeragat iaitu :  1- Sun spot/ tompok matahari Jeragat jenis ini adalah yang paling biasa kita lihat pada kulit wajah dan badan manusia. Jeragat ini terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama, tanpa perlindungan seperti sun screen dan pakaian yang menutup kawasan kulit. Sebenarnya tompok matahari itu adalah tindakan kulit menghasilkan melanin supaya kulit terlindung daripada sinar uv matahari yang berbahaya.  2- Melasma  Melasma adalah sejenis "skin disorder" yang banyak terjadi kepada wanita berkulit gelap. Punca melasma yang paling biasa ialah akibat perubahan h

Zat Lengkap Setiap Hari Dengan Vita-Lize Shaklee

Dalam laporan Global Nutrition Report 2018, mendapati rakyat Malaysia dibebani oleh 3 masalah nutrisi utama iaitu: berat badan berlebihan kurang zat besi pertumbuhan terbantut Masalah nutrisi ini dikenali sebagai "tripple burden" memberi kesan kepada tahap kesihatan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Lebih menyedihkan "tripple burden" yang kita alami ini lebih serius berbanding negara-negara kurang maju seperti di Afrika.  Terdapat pula satu kajian yang dijalankan oleh Khazanah Research Institute , diketuai oleh pakar ekonomi tersohor iaitu Profesor Jomo Kwame Sundaram, mendapati rakyat Malaysia terdedah kepada masalah kualiti makanan yang tercemar dengan racun perosak. Makanan yang tercemar ini pula akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk mendapat zat yang lengkap daripada makanan harian, walaupun makanan tersebut adalah dari sumber semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.  Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitam

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti