Baru-baru ni saya menonton satu video temubual dengan model terkenal negara kita, Ms Amber Chia. Amber dah masuk usia 42 tahun ini. Saya memang minat dengan Amber sejak dulu lagi, seorang yang bekerja kuat, bijak berniaga dan sentiasa positif. Kalau nak tahu, Amber ni asalnya orang susah, tinggal di Tawau Sabah dan berhijrah di usia muda ke Kuala Lumpur. Kerjaya sebagai model melonjak nama Amber hingga ke peringkat antarabangsa, dan Amber mengubah status kehidupan keluarganya.
Dalam temubual tersebut, Amber berkongsi tips kesihatan dan kecantikan untuk wanita di usia 40-an seperti dirinya.
>>> Menarik : Zat Lengkap Hanya Dalam Sebiji Supplement!
1- Mindset yang betul
Menurut Amber, wanita berusia 40-an mesti ada mindset yang betul untuk kekal sihat dan cantik. Kata Amber, wanita tak boleh guna alasan usia untuk mengabaikan kesihatan dan kecantikan. Walaupun sudah berusia, tetap. kena jaga tubuh badan kita. Kata Amber lagi, walaupun dia tidak akan nampak cantik macam gadis berusia 18 tahun, tetapi dia mahu jadi wanita 40 tahun yang cantik. "Different age, have different kind of beauty!" Amber berkata, paling penting kita sebagai wanita, rasa selesa dengan tubuh badan kita, dan rasa yakin bila melihat diri sendiri di dalam cermin.
2- Diet cara Amber Chia
Amber mengaku yang dia memang jaga pemakanan, untuk kekalkan kecantikan. "Takkan saya tak diet!" kata Amber sambil tertawa. Betul juga kan, untuk model kekal cantik dan langsing, takkan lah boleh makan sesuka hati. Apatah lagi dah masuk usia 40-an, pemakanan amat mempengaruhi kesihatan dan kecantikan.
Berikut adalah senarai tips diet cara Amber Chia :
- Minum segelas air kosong sejurus selepas bangun pagi
- Mesti ambil sarapan setiap hari
- Kawal pemakanan yang berminyak dan tinggi karbohidrat
- Berhenti makan junk food
- Tidak makan pada waktu lewat malam
- Minum "replacement meal" jika rasa lapar di waktu lewat malam
3- Bersenam
Amber berkata, dia tidak bersenam untuk kurus, tetapi bersenam untuk kekal cergas dan mendapat tubuh yang kuat. Menurut Amber, jika dia tidak bersenam, tubuhnya rasa lesu dan lemah. Amber gemar bersenam pada waktu pagi sebagai rutin hariannya. Bersenam untuk kekuatan tubuh badan adalah motivasi yang menarik, berbanding bersenam untuk kurus!
4- Tidur yang cukup
Menurut Amber lagi, tidur adalah tips awet muda yang sangat penting. Jika perempuan tidak cukup tidur, dia boleh jadi tua dengan sangat cepat. Saya juga sangat percaya dengan tips tidur yang Amber kongsikan ini. Apabila kita cukup tidur, tubuh akan ada masa untuk "repair" apa-apa kerosakan dalam tubuh badan. Secara fitrahnya manusia perlu tidur yang cukup untuk mengekalkan fungsi tubuh badan. Selain itu, dengan tidur yang cukup, kita boleh mengurangkan tekanan perasaan, yang juga mempengaruhi kecantikan seseorang wanita.
5- Beauty is a lot of work!
Amber berkata, apa yang dia dapat hari ini, samada kecantikan dan kesihatan, bukanlah diperolehi dengan mudah. Bukan sekadar minum air waktu pagi, dah boleh cantik! Kecantikan memerlukan usaha yang berterusan dan mesti jadi gaya hidup yang kekal. Ada banyak usaha dan aktiviti yang mesti dibuat, untuk mencapai matlamat jadi wanita cantik dan sihat.
Kesimpulan
Tips yang Amber kongsikan dalam temubual ini bukan sesuatu yang luar biasa pun, malah ramai lagi wanita-wanita 40-an di luar sana yang dapat mengekalkan kecantikan dan kesihatan mereka dengan pelbagai usaha, seperti Amber juga. Saya sendiri amat percaya faktor pemakanan sangat mempengaruhi kecantikan wanita 40-an melalui usaha mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian.
Di samping itu, saya juga konsisten dengan pengambilan supplement Shaklee sejak tahun 2011 lagi, dan saya dapat lihat kesan positifnya di usia 40-an. Saya dapat kekalkan berat badan ideal, stamina masih baik dan belum mengalami apa-apa masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya (penyakit popular orang berusia 40-an).
Pesan saya, bagi anda yang masih muda, di usia 20-an dan 30-an, mulakan langkah menjaga kesihatan dan kecantikan dari sekarang, kita juga yang akan dapat kebaikannya di masa akan datang Insha Allah.
#nextlevelblogging #blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023
---- Master Puteri @ Coach Gula Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online. ---- PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. |
|
Comments
Post a Comment