Skip to main content

Motivasi : Sabar Yang Indah

Tahukah anda, dalam Al Quran, Allah sebut tentang sabar sebanyak 90 kali.  Salah satu yang kita paling selalu dgr ialah lafaz ”fasabrun jamil” yg disebut oleh Nabi Yaakub a.s ketika terima berita (palsu) anaknya Yusuf a.s dah mati, ditipu oleh anak-anak yg lain (Surah Yusuf : 18) Nabi Yaakub kata “bersabarlah yg terbaik bagiku”. 

Macam mana nak tau sabar kita itu sudah terbaik? 

Hari ini baru saya tahu rupa-rupanya sabar ada 2 jenis.

Satu jenis sabar ialah kita menahan diri, berdiam diri, tak buat apa-apa, tapi menyimpan sakit hati dan dendam. Patutlah ada masa rasa sakit kepala “menahan sabar” dan tercari-cari mana indahnya sabarku ini! 


Satu lagi jenis sabar yg dirasai oleh Nabi Yaakub a.s yang menerima ujian dengan rasa sabar yang indah. Yakni dengan keyakinan bahawa ujian ini akan membawa bersama kebahagiaan dan kemenangan. 

Dalam banyak keadaan kita akan dapati memang kita hanya ada  satu pilihah iaitu bersabar. Tapi nak jadikan sabar itu indah untuk kita, perlukan major mindset shift. Kalau kita hanya sabar tapi dalam dendam, memang tak jumpa lah sabar yg indah tu. Bila orang suruh sabar pun kita rasa nak debik je lepas tu suruh dia pulak sabar, amacam?! 

Jadi sekarang bila saya dah faham maksud “fasabrun jamil” baru saya boleh adjust mindset dan belajar untuk bertenang dan bergembira dengan ujian hidup. Baru boleh yakin yes ini yg terbaik untukku dan yakin dengan reward yang Allah akan bagi atas kesabaran yang indah ini. 

Tapi kita juga rasa macam aduh lama lagi ke aku kena sabar ni, dah tua dah ni asyik sabar sabar sabar! Tak tahan wooo haha! Sesekali teringin nak tunjuk sikit kita dah malas nak bersabar, lepaskan geram. 

Usah risau. 

Rupanya, Allah juga dah sediakan action plan iaitu semua benda kita boleh harung dengan cara SOLAT dan SABAR. Kalau jem kepala otak tak tau macam mana nak sabar, kita kena perbaiki lagi solat.

Lagi elok solat, lagi mudah nak bersabar, lagi cantik hasil sabar kita tu. Allah suruh sabar dan bagi cara nak sabar kena solat. Tak sama dgn manusia, dia suruh kita sabar je, dia pun sama tak sabar, betul tak?

Al Quran telah menyediakan SOP lengkap kehidupan, kita hanya perlu istiqomah belajar untuk lebih mengenali dan faham apakah yang Allah telah sediakan untuk kita, bagi mengharungi kehidupan dunia yang sementara ini.

Topik menarik >>> Cara Rasulallah Menjaga Kesihatan


#nextlevelblogging 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

----
Master Puteri @ Coach Gula
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

5 Aplikasi Wajib Bisnes Online

Sekiranya anda baru nak mulakan bisnes online, anda kena kenal 5 aplikasi wajib ini, yang boleh memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti pemasaran setiap hari.  Aplikasi-aplikasi yang saya kongsi ini boleh didapati secara percuma dan sangat mudah digunakan.  1- Canva  Canva adalah aplikasi yang membantu kita merekacipta bahan pemasaran. Apa yang menariknya aplikasi Canva menyediakan banyak template-template untuk kita terus guna. Antara template yang popular digunakan ialah : poster flyers kad nama  brosur klip video logo  Canva juga terdapat dalam versi berbayar, yang mana kita ada lebih banyak pilihan template, gambar, video dan lain-lain bahan untuk konten pemasaran. Sebelum ini Canva hanya boleh digunakan di laman web, tetapi kini sangat mudah dengan aplikasi canva di telefon pintar.  2- WhatsApp Business Ramai orang kenal apa itu WhatsApp, tapi tidak semua orang tahu kelebihan menggunakan WhatsApp Business.  WhatsApp Business adalah aplikasi yang lebih mesra untuk pemilik bisnes

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti

5 Kepentingan Vitamin C Shaklee

Vitamin C memainkan peranan yang sangat penting bagi menyokong sistem tubuh yang sihat. Permintaan vitamin C Shaklee sentiasa tinggi, terutamanya semasa negara kita diserang virus covid 19.  Kesedaran masyarakat untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh daripada serangan virus, terus meningkat dan vitamin C Shaklee memang sentiasa menjadi pilihan.  Dan kini dengan berita tentang siapsiaga Kementerian Kesihatan Malaysia menghadapi serangan virus X pula, jadi tidak salah sekiranya amalan pengambilan vitamin C Shaklee diteruskan oleh orang ramai.  Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air, bermakna tubuh kita tidak akan menyimpan vitamin C di dalam badan, dan lebihannya akan dibuang melalui air kencing. Ini bermakna vitamin C perlu sentiasa cukup diambil setiap hari.  Oleh kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri , jadi kita mesti mendapatkan vitamin C daripada makanan ataupun supplement. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C termasuklah :  Buah : oren, lemon, bua