Skip to main content

Set Puasa Shaklee Untuk Sahur Ramadhan

Assalamualaikum dan salam "Cukup Manis", 

Bila nak masuk bulan Ramadhan, terkenang pula tabiat sahur Coach dulu-dulu zaman bujang. Bila di rumah Mak, memang bangun sahur, meriah makan macam-macam. Tapi bila balik rumah sendiri, memang malas sungguh nak bangun sahur. Paling rajin pun bangun minum air segelas aje. Zaman bujang, sayang tidur tu yang lebih. Bila siang, waktu berpuasa, kalau letih pun takpe, sebab tak ada anak-anak nak diurus, boleh tapau makanan untuk berbuka. Tapi yang kesal tu, masa bujang, tak pernah ambil tahu tentang keberkatan bersahur :"( 

Bila dah berumahtangga, dan ada anak-anak. kena fikir banyak benda, supaya kita boleh berpuasa dengan lancar, dan dapat uruskan rumahtangga dengan baik. Bila dah ada suami, ada anak-anak, urusan keluarga tetap kena terus macam biasa. 

Ada 3 perkara utama yang kita mahukan sepanjang hari ketika sedang berpuasa. 

1- Kita tidak mahu terlalu lapar

2- Kita tidak mahu lembik dan lesu

3- Kita tidak mahu terlalu dahaga


Tapi kena ingat lah, bukan bermaksud, kita akan rasa kenyang sepanjang hari macam kita tak berpuasa pula. Kalau puasa rasa kenyang, hilang lah nikmat nak berbuka nanti, kan?

Tapi sekurang-kurangnya kita tidak rasa pedih perut, masuk angin, sakit kepala atau sampai kena gastrik bila berpuasa, setuju tak dengan Coach?

Sejak Coach dan keluarga kenal dengan supplement Shaklee, sedikit demi sedikit kami ubah cara bersahur ketika berpuasa di bulan Ramadhan. Untuk bersahur, kami mahukan juadah yang mudah disediakan, rasa yang enak dan sesuai untuk satu keluarga. 

Jadi Coach suami isteri sangat sesuai bersahur cara Shaklee sejak bertahun-tahun lamanya! 


Apa Yang Ada Dalam Set Puasa Shaklee?

1- ESP 


Supplement pertama dalam Set Puasa Shaklee ialah ESP. ESP ini adalah minuman protein soya yang lengkap dengan 9 jenis asid amino, bersama-sama kalsium. Protein adalah sejenis makanan yang membekalkan kita tenaga yang berpanjangan walaupun kita berpuasa dari subuh hingga lah Maghrib. Ia juga mengekalkan paras gula yang sihat di dalam darah, jadi kita tidak merasa letih dan lesu. 

2- Cinch Shake


Supplement kedua dalam Set Puasa Shaklee ialah Cinch Shake. Cinch Shake adalah hidangan lengkap yang mengandungi 16 jenis vitamin, 16 gram protein dan 6 gram serat. Satu hidangan Cinch Shake amat mengenyangkan jadi kita tidak perlu lagi makan juadah bersahur yang lain. 

3- Performance Lime


Supplement ketiga dalam Set Puasa Shaklee ialah Performance Lime. Performance adalah minuman isotonik semulajadi, yang mana ia membantu tubuh dihidrasi dengan lebih baik, jadi kita tidak akan mudah rasa dahaga ketika berpuasa. Performance lebih istimewa berbanding minuman isotonik lain kerana ia mengandungi OPTI-LYTE, formulasi elektrolit semulajadi yang unik dengan kalsium dan magnesium. 

Dengan adanya Performance, tak perlu lah risau nak minum air kosong dengan banyak ketika bersahur, cukuplah minum sekadar perlu sahaja.

Saya suka Performance dibancuh sejuk, segar sungguh! 


BONUS!

Selain kelebihan-kelebihan setiap satu supplement untuk bersahur yang Shaklee tawarkan, ada 3 bonus bagi kami sekeluarga apabila mengamalkan Set Puasa Shaklee ini. 

Yang pertama, Set Puasa Shaklee ini sangat mudah disediakan. Hanya bancuh dengan air sahaja. Coach boleh jamin, anda boleh selesai bersahur dalam masa kurang dari 30 minit dengan Set Puasa Shaklee ini. 

Yang kedua, ketiga-tiga supplement dalam Set Puasa Shaklee ini sangat enak. Sampaikan ada juga orang yang akan minum lagi sebagai moreh! Cinch Shake perasa coklat tu sangat sedap, sampai ada yang kata ini sebenarnya minum dessert, punya sedap ya. 

Yang ketiga, Set Puasa Shaklee ini sesuai untuk satu keluarga. Anak-anak saya, usia 13, 11 dan 8 juga suka minum ESP ketika bersahur. Mereka biasanya akan makan nasi dan simple juadah seperti ayam goreng, atau telur dadar sahaja. Jadi saya lengkapkan menu dengan ESP supaya keperluan protein mereka mencukupi untuk tenaga sepanjang hari.  

Kami memang tidak bertukar dengan menu sahur yang lain sejak kenal dengan Set Puasa Shaklee. Coach amat rekomen untuk sesiapa sahaja mencuba set ini. Dan yang paling utama, bangunlah untuk bersahur. Sebenarnya ramai sangat pengguna Shaklee yang berpuas hati dengan Set Puasa Shaklee, dan memang akan stock up apabila menjelang Ramadhan setiap tahun. Contohnya boleh baca pengalaman Puan Shamsia yang seronok sangat bila dah kenal Set Puasa Shaklee

Sebagai reminder kita bersama, dan sebagai motivasi untuk kita bangun sahur,  ingatlah bahawa Rasululullah S.A.W pernah bersabda, dalam hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang bermaksud "Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan". 

Semoga Allah mudahkan urusan kita untuk bangun bersahur tahun ini dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan lebih baik Insha Allah. 

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023




----
Master Puteri @ Coach Gula
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

Popular posts from this blog

5 Aplikasi Wajib Bisnes Online

Sekiranya anda baru nak mulakan bisnes online, anda kena kenal 5 aplikasi wajib ini, yang boleh memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti pemasaran setiap hari.  Aplikasi-aplikasi yang saya kongsi ini boleh didapati secara percuma dan sangat mudah digunakan.  1- Canva  Canva adalah aplikasi yang membantu kita merekacipta bahan pemasaran. Apa yang menariknya aplikasi Canva menyediakan banyak template-template untuk kita terus guna. Antara template yang popular digunakan ialah : poster flyers kad nama  brosur klip video logo  Canva juga terdapat dalam versi berbayar, yang mana kita ada lebih banyak pilihan template, gambar, video dan lain-lain bahan untuk konten pemasaran. Sebelum ini Canva hanya boleh digunakan di laman web, tetapi kini sangat mudah dengan aplikasi canva di telefon pintar.  2- WhatsApp Business Ramai orang kenal apa itu WhatsApp, tapi tidak semua orang tahu kelebihan menggunakan WhatsApp Business.  WhatsApp Business adalah aplikasi yang lebih mesra untuk pemilik bisnes

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti

5 Kepentingan Vitamin C Shaklee

Vitamin C memainkan peranan yang sangat penting bagi menyokong sistem tubuh yang sihat. Permintaan vitamin C Shaklee sentiasa tinggi, terutamanya semasa negara kita diserang virus covid 19.  Kesedaran masyarakat untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh daripada serangan virus, terus meningkat dan vitamin C Shaklee memang sentiasa menjadi pilihan.  Dan kini dengan berita tentang siapsiaga Kementerian Kesihatan Malaysia menghadapi serangan virus X pula, jadi tidak salah sekiranya amalan pengambilan vitamin C Shaklee diteruskan oleh orang ramai.  Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air, bermakna tubuh kita tidak akan menyimpan vitamin C di dalam badan, dan lebihannya akan dibuang melalui air kencing. Ini bermakna vitamin C perlu sentiasa cukup diambil setiap hari.  Oleh kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri , jadi kita mesti mendapatkan vitamin C daripada makanan ataupun supplement. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C termasuklah :  Buah : oren, lemon, bua