Skip to main content

Set Puasa Shaklee Untuk Penghidap Gastrik

Kurang dari 40 hari, kita akan menyambut bulan Ramadhan, Insha Allah. Sungguh pantas masa berlalu. Sejak bulan lepas saya dah mula ganti puasa, seminggu 1-2 hari, supaya tak kelam kabut di penghujung waktu. 

Dalam perkongsian kali ni, Coach nak sembang sikit tentang cabaran berpuasa Ramadhan untuk orang-orang yang menghidap gastrik. Masalah gastrik memang sangat popular bila datang bulan puasa betul tak?

Ramai orang pandai sebut, tapi tak berapa jelas, apa sebenarnya gastrik. Jom Coach bantu, dengan sedikit penerangan. 


Apa itu sakit gastrik?

Sakit gastrik kebiasaannya merujuk kepada rasa sakit pada kawasan tengah di bahagian atas abdomen. Walaupun gastrik itu sendiri bermaksud "perut", tetapi kesakitan itu boleh berpunca daripada hempedu, pankreas dan usus kecil. 

Gastrik ini sebenarnya lebih kepada simptom, dan bukanlah sejenis penyakit. Bermakna orang yang mengalami sakit gastrik berkemungkinan ada masalah-masalah kesihatan yang lain, samada sakit ringan ataupun sakit yang lebih serius, melibatkan bahagian-bahagian lain pada tubuh badan. 

Kebiasaannya juga, doktor yang merawat akan menyiasat punca-punca berlakunya gastrik seperti pemakanan dan gaya hidup pesakit. 

Apakah pencetus kepada sakit gastrik ini? 

Berikut adalah 6 keadaan kesihatan yang boleh menjadi pencetus kepada sakit gastrik:  

  1. Masalah ketidakhadaman
  2. Perut berangin 
  3. Stomach flu - jangkitan virus, kuman atau bakteria 
  4. Masalah batu dalam hempedu 
  5. Masalah pada organ hati atau pankreas 
  6. Gangguan usus besar 

Apakah simptom-simptom yang menunjukkan kita sedang mengalami sakit gastrik?

Terdapat simptom-simptom gastrik yang ringan, dan boleh dirawat di rumah sahaja, seperti :
  • kerap sendawa
  • kerap kentut
  • rasa sakit, cramp di bahagian abdomen 
  • rasa tekanan, ketat di bahagian abdomen (kembung)
  • perut nampak bunci kerana kembung angin 
Simptom-simpton gastrik yang lebih serius pula adalah seperti :
  • cirit birit
  • najis berdarah 
  • najis terlalu cair atau terlalu keras
  • kerap buang air besar 
  • sembelit
  • rasa mual
  • muntah yang kerap
Apabila simptom-simptom lebih berat berlaku, pesakit dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor untuk rawatan seterusnya. 


Sakit Gastrik Di Bulan Puasa

Kebiasaannya, yang Coach perhatikan orang-orang sekeliling Coach, masalah gastrik mereka jadi bertambah teruk di bulan puasa. Nasihat-nasihat yang biasa kita dengar untuk orang yang sakit gastrik ialah, kena makan dengan kerap dan tidak boleh berlapar. 

Ramai orang tidak tahu bahawa puasa boleh menyembuh masalah gastrik, sekiranya kita faham cara untuk memilih jenis makanan. Coach rasa rugi sangat, kalau orang tak faham hal ini, terutamanya orang Islam sendiri yang wajib berpuasa di bulan Ramadhan. 

Coach nak ajak anda semua berfikir sejenak, tentang masalah-masalah pemakanan kita di bulan puasa, yang menjadi punca kepada serangan gastrik. Cuba kita lihat 3 masalah ini sahaja, adakah kita mengalami keadaan yang sama?

Masalah pertama, "over eating" ketika berbuka. 
Perasan tak, di bulan puasa, kita makan lebih banyak sebenarnya? Kalau boleh semua benda yang dijamu nak dimakan, dan kalau boleh semua di bazar Ramadhan tu kita nak beli! Terlebih makan boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman dan tercetuslah gastrik. 

Masalah kedua, jenis makanan yang dimakan ketika berbuka. 
Lagi satu Coach perhatikan, kebanyakan makanan kita makan waktu berbuka, sangat tinggi gula, berminyak dan guna banyak tepung gandum. Makanan yang tinggi gula dan tepung gandum adalah makanan yang mencetus radang pada usus, dan boleh menyebabkan masalah gastrik. 

Masalah ketiga, tidak bersahur. 
Ramai orang tidak bangun bersahur atas pelbagai sebab dan alasan. Jadi mereka akan berlapar dalam jangkamasa yang lebih lama daripada sepatutnya. Ini juga boleh menjadi punca kepada berlakunya masalah gastrik ketika berpuasa. 

Set Puasa Shaklee Untuk Penghidap Gastrik 

Setelah melihat masalah-masalah yang kerap dihadapi oleh penghidap gastrik ketika berpuasa, Coach amat yakin untuk menyarankan Set Puasa Shaklee untuk membantu rakan-rakan mengharungi Ramadhan tahun ini dengan lebih sihat. Coach sendiri mengamalkan Set Puasa Shaklee ini bersama keluarga, sejak tahun 2011 lagi. 



Sebenarnya ada banyak lagi supplement yang amat baik untuk diamalkan di bulan puasa, tetapi untuk rakan-rakan yang menghidap gastrik, Coach pilih 5 jenis ini sahaja, yang mana supplement- supplement ini dapat membantu kita dalam 3 keadaan iaitu :

  1. Mengurangkan rasa lapar yang berlebihan ketika berpuasa. Dalam hal ini kita mahu mencegah rasa pedih lapar yang berlebihan. 

  2. Mengurangkan radang di usus apabila berlaku serangan gastrik. Dalam hal ini kita mahu hilangkan rasa sakit ketika diserang gastrik, cepat sembuh dan boleh berpuasa semula.

  3. Mencegah masalah ketidakhadaman, masuk angin dan sebu perut samada selepas berbuka atau selepas bersahur. 

ESP dan Cinch Shake 

ESP dan Cinch Shake adalah sejenis minuman protein. ESP mengandungi protein soya dan kalsium, manakala Cinch Shake mengandungi protein, vitamin, mineral dan leucine. Bagi Coach, ESP & Cinch Shake adalah SUPPLEMENT WAJIB di bulan Ramadhan. Kami sekeluarga memang akan minum ESP atau Cinch Shake pada waktu sahur, memang tak rasa lapar dan lesu semasa berpuasa Insha Allah. 



Bagaimana protein ESP dan Cinch Shake membantu masalah gastrik?
  • Protein memberikan rasa kenyang lebih lama, berbanding karbohidrat. 
  • Protein menstabilkan hormon ghrelin (hormon yang kawal rasa lapar)
  • Protein memberikan rasa puas makan, tanpa perlu makan dengan banyak
  • Protein dapat mengelakkan kita daripada "over eating"


Cara pengambilan ESP dalam bulan puasa

Untuk mencegah gastrik ketika berpuasa, kita boleh minum ESP ketika bersahur dan minum ESP lagi sekali selepas terawih. ESP boleh diminum bersama juadah bersahur yang lain, tetapi elakkan juadah bersahur yang tinggi gula dan berminyak yang boleh mencetuskan gastrik. 

Cara pengambilan Cinch Shake dalam bulan puasa 

Untuk mencegah gastrik ketika berpuasa, minum Cinch Shake ketika bersahur sebagai "meal replacement". Satu hidangan Cinch Shake sudah lengkap dengan protein, vitamin dan mineral, jadi anda tidak perlu makan hidangan sahur yang lain. Sangat mudah disediakan pada waktu bersahur. 


Vivix

Vivix adalah supplement polifenol tumbuh-tumbuhan yang sangat bermanfaat sebagai anti-radang, termasuklah radang yang berlaku di dalam usus. Coach biasanya cadangkan Vivix untuk mereka yang mengalami gastrik yang kerap dan serius. 



Bagaimana Vivix membantu masalah gastrik di bulan puasa?
  • Vivix mengurangkan radang ketika serangan gastrik berlaku
  • Vivix mencegah radang berulang, jadi kekerapan serangan gastrik dapat dikurangkan 
  • Vivix mencegah ketidakhadaman
  • Vivix memberikan rasa kenyang yang lama selepas bersahur pada awal pagi 


Cara pengambilan Vivix dalam bulan puasa. 

Untuk mencegah serangan gastrik ketika berpuasa, minum sesudu besar Vivix ketika bersahur. Sekiranya perlu (perut masih sakit dan tidak selesa), minum lagi sesudu besar Vivix selepas berbuka atau selepas terawih. 

Herb-Lax 

Herb-Lax adalah sejenis supplement berfungsi sepert julap dengan ramuan tumbuh-tumbuhan seperti daun senna, diformulasi bersama "buckthorn bark, akar Licorice, jintan manis, daun alfalfa, anise seeds, akar Rhubarb, bunga Blue Malva dan akar Culver, yang selamat dan lembut kepada perut. 


Bagaimana Herb-Lax membantu masalah gastrik ketika berpuasa?

  • mengurangkan dan mencegah ketidakhadaman selepas berbuka puasa
  • mengurangkan dan mencegah "heart burn"
  • mengurangkan dan mencegah kembung perut 
  • mengurangkan dan mencegah rasa mual 
  • mencegah masalah sembelit yang sering berlaku ketika diserang gastrik 

Cara pengambilan Herb-Lax dalam bulan puasa

Untuk mencegah serangan gastrik ketika berpuasa, amalkan Herb-Lax sebanyak 1-2 kali seminggu, dimakan selepas berbuka ataupun sebelum tidur. 

OsteNutrix

OsteNutrix adalah supplement kalsium bersama-sama magnesium, vitamin D3, boron dan mineral-mineral penting yang lain. 



Bagaimana OsteNutrix membantu masalah gastrik ketika berpuasa?

  • magnesium di dalam OsteNutrix membantu meneutralkan asid di dalam perut dan melegakan simptom "acid reflux" ketika diserang gastrik 
  • vitamin D3 di dalam OsteNutrix bermanfaat untuk mencegah berlakunya serangan gastrik
  • kalsium karbonat di dalam OsteNutrix boleh bertindak seperti "antacid" melegakan sebu perut, kembung perut, dan sakit perut ketika gastrik menyerang

Cara pengambilan OsteNutrix dalam bulan puasa

Untuk mencegah serangan gastrik ketika berpuasa, amalkan OsteNutrix setiap malam, samada selepas berbuka puasa atau selepas solat terawih. 

Berpuasa Mencegah Serangan Gastrik 

Berpuasa sebenarnya memberi peluang untuk perut kita berehat daripada makanan-makanan yang boleh membawa kepada serangan gastrik. 

Ketika berpuasa, perut ada masa untuk menyembuh sekiranya telah diganggu oleh makanan-makanan yang meningkatkan radang seperti gula, dan tepung. 

Ketika berbuka dan bersahur, pastikan kita mengambil makanan yang lembut dan menyihatkan usus. Usahlah kita asak perut kita makanan-makanan tinggi gula, berminyak, pedas dan tiada zat sepanjang bulan Ramadhan, kerana ia melanggar fitrah tubuh untuk berehat dan pulih sepanjang berpuasa. 

Semoga perkongsian Coach kali ini dapat memberi panduan kepada anda yang seringkali diserang gastrik ketika berpuasa. Kalau boleh biarlah Ramadhan tahun ini tidak lagi menderita sakit perut, kembung perut, sebu perut akibat diserang gastrik. Semoga Allah bantu usaha kita untuk beribadat dengan lebih sempurna Insha Allah. 

Kenangan keluarga Coach berbuka puasa di masjid sepanjang Ramadhan, tahun 2018. 

---- 

Master Puteri @ Coach Gula
No. Tel : +6016-344 7727
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

  1. Gastrik ni bila datang menyerang aduihh, pedih amat, sampai ada yang tak mampu nak bangun kan. Kena usaha atasi utk Ramadan lebih Bermakna. Thanks coach.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Selamat

Apa itu jeragat? Jeragat ialah keadaan warna kulit yang menjadi lebih gelap, akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat boleh terjadi pada satu tempat pada kulit, dan boleh juga merebak, dan bercantum menjadi kawasan jeragat lebih besar pada kulit. Keadaan kulit yang berjeragat menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan nampak bertompok-tompok.  Terdapat 3 jenis jeragat iaitu :  1- Sun spot/ tompok matahari Jeragat jenis ini adalah yang paling biasa kita lihat pada kulit wajah dan badan manusia. Jeragat ini terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama, tanpa perlindungan seperti sun screen dan pakaian yang menutup kawasan kulit. Sebenarnya tompok matahari itu adalah tindakan kulit menghasilkan melanin supaya kulit terlindung daripada sinar uv matahari yang berbahaya.  2- Melasma  Melasma adalah sejenis "skin disorder" yang banyak terjadi kepada wanita berkulit gelap. Punca melasma yang paling biasa ialah akibat perubahan h

Bisnes Online Tanpa Modal Paling Popular Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam cukup manis untuk semua pembaca yang masih setia menjenguk blog Coach Gula :') Hari ini Coach nak bercerita pengalaman Bisnes Online yang jadi "playground" Coach sejak tahun 2011. Sebenarnya pengalaman bisnes online Coach, hanyalah bersama-sama Shaklee. Jadi cerita yang akan Coach kongsi ni tak boleh nak banding dengan bisnes online yang lain. Cuma yang Coach nak bagitau siap-siap, walaupun hanya satu sahaja bisnes online yang Coach buat, hasilnya setakat ini sangat berbaloi-baloi, di luar jangkaan sebenarnya.  Alhamdulillah,  2023, tahun ke-12 kami bersama Bisnes Online Shaklee BERMULANYA DI SINI BISNES ONLINE KU... Pada tahun 2011, Coach mencari solusi untuk badan lebih cergas dan sihat ketika berpantang dan menyusu bayi. Sebelum itu, semasa anak pertama, Coach belum ada ilmu tentang supplement yang boleh bantu ibu-ibu berpantang dan menyusu. Idea nak mencari vitamin-vitamin ni sebenarnya daripada mak Coach sendiri. Mak kata, cari lah vitamin,