Skip to main content

5 Tips Berpuasa Dengan Sihat Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum semua pembaca blog PAF Wellness,

        Kali ini Coach nak kongsi beberapa tips yang penting untuk pesakit-pesakit diabetes, sebagai persiapan Ramadhan yang bakal tiba. Coach pernah baca dalam satu laporan berita, mengatakan bahawa setiap kali Ramadhan, jumlah pesakit diabetes yang dimasukkan ke hospital akan meningkat.

Ini adalah suratkhabar tahun 2015, Coach simpan gambarnya di Facebook.  


        Bila Coach baca berita macam ni, sesungguhnya memang rasa kesal dan sedih. Sebenarnya berpuasa adalah satu bentuk penyembuhan tubuh badan supaya kembali kepada fitrah kesihatan. Malang sekali, oleh sebab gaya hidup yang tidak sihat sepanjang tahun, bila tiba Ramadhan, tubuh terkejut pula sebab tak biasa makan sedikit, tak biasa berpuasa, makan jadilah begini; makin puasa, makin sakit pula.

        Oleh kerana kita masih ada masa untuk bersedia sebelum Ramadhan tiba, Coach akan kongsikan 5 tips ini, supaya pesakit-pesakit diabetes dapat berpuasa dengan sihat dan mampu beribadah dengan cemerlang sepanjang bulan yang mulia ini.

        Tips pertama, pastikan anda berbincang dengan doktor yang merawat, tentang tatacara pengambilan ubat dan insulin sepanjang bulan puasa. Berjumpa lah dengan doktor sebelum Ramadhan tiba dan buat jadual makan ubat dan insulin bersesuaian dengan waktu sahur dan waktu berbuka. Ini amat penting bagi memastikan pesakit tidak skip ubat atau insulin, yang boleh merisikokan kesihatan mereka.

        Tips kedua, ambil makanan seimbang dan padat dengan nutrisi. Makanan yang seimbang dan padat dengan nutrisi bermaksud ia lengkap dengan nutrisi makro seperti protein, karbohidrat dan lemak, disertai dengan serat, dan nutriti mikro iaitu vitamin dan mineral. Coach menyarankan juadah rendah karbohidrat, tinggi lemak dan protein untuk kedua-dua juadah bersahur dan berbuka, untuk mengekalkan paras gula sihat sepanjang hari. Paras gula yang stabil, mengelakkan pesakit diabetes mengalami rasa lapar yang berlebihan dan mengekalkan tenaga untuk aktiviti harian seperti biasa.

        Tips ketiga, elak minuman bergula sama sekali, samada pada waktu bersahur atau waktu berbuka. Minuman bergula, bukan sahaja menyebabkan paras gula dalam darah akan naik mendadak, tetapi juga kosong zat, tidak berfaedah langsung untuk tubuh badan kita. Ketika berbuka, ramai orang suka minum pelbagai jenis air manis, dan boleh minum dalam kuantiti yang banyak. Ini adalah tabiat yang boleh membawa pesakit diabetes terus ke hospital!

        Tips keempat, dapatkan tidur yang cukup. Tidur yang cukup dan berkualiti amat penting untuk pesakit diabetes, bagi mengekalkan paras gula yang sihat. Tidak cukup tidur boleh menyebabkan paras hormon kortisol meningkat, dan kesannya, paras insulin juga akan meningkat. Ini boleh menjejaskan tenaga dan emosi pesakit diabetes - tak seronok lah kalau kita moody dan letih lesu di bulan Ramahan, betul tak? Jadi susun jadual tidur agar lebih teratur setiap malam.

        Tips kelima, periksa paras gula dalam darah setiap hari. Ini adalah langkah pencegahan sebelum keadaan kesihatan merosot dan perlu dikejarkan ke hospital pula. Pastikan bacaan gula dalam kadar yang normal dan rekodkan secara konsisten setiap hari. Untuk pesakit diabetes warga emas, ini perlu dilakukan oleh ahli keluarga untuk elak terlupa dan tersilap.

        Rakan-rakan sekelian, ambil peluang bulan Ramadhan ini, untuk tubuh kita berehat daripada makanan dan minuman yang memudaratkan. Berilah masa untuk tubuh menyembuh dengan memberikannya nutrisi yang padu ketika bersahur dan berbuka. Semoga kita semua lebih sihat dan cemerlang "performance" tahun ini, Insha Allah.


----
Master Puteri @ Coach Gula
No. Tel : +6016-344 7727
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Selamat

Apa itu jeragat? Jeragat ialah keadaan warna kulit yang menjadi lebih gelap, akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat boleh terjadi pada satu tempat pada kulit, dan boleh juga merebak, dan bercantum menjadi kawasan jeragat lebih besar pada kulit. Keadaan kulit yang berjeragat menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan nampak bertompok-tompok.  Terdapat 3 jenis jeragat iaitu :  1- Sun spot/ tompok matahari Jeragat jenis ini adalah yang paling biasa kita lihat pada kulit wajah dan badan manusia. Jeragat ini terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama, tanpa perlindungan seperti sun screen dan pakaian yang menutup kawasan kulit. Sebenarnya tompok matahari itu adalah tindakan kulit menghasilkan melanin supaya kulit terlindung daripada sinar uv matahari yang berbahaya.  2- Melasma  Melasma adalah sejenis "skin disorder" yang banyak terjadi kepada wanita berkulit gelap. Punca melasma yang paling biasa ialah akibat perubahan h

Zat Lengkap Setiap Hari Dengan Vita-Lize Shaklee

Dalam laporan Global Nutrition Report 2018, mendapati rakyat Malaysia dibebani oleh 3 masalah nutrisi utama iaitu: berat badan berlebihan kurang zat besi pertumbuhan terbantut Masalah nutrisi ini dikenali sebagai "tripple burden" memberi kesan kepada tahap kesihatan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Lebih menyedihkan "tripple burden" yang kita alami ini lebih serius berbanding negara-negara kurang maju seperti di Afrika.  Terdapat pula satu kajian yang dijalankan oleh Khazanah Research Institute , diketuai oleh pakar ekonomi tersohor iaitu Profesor Jomo Kwame Sundaram, mendapati rakyat Malaysia terdedah kepada masalah kualiti makanan yang tercemar dengan racun perosak. Makanan yang tercemar ini pula akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk mendapat zat yang lengkap daripada makanan harian, walaupun makanan tersebut adalah dari sumber semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.  Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitam

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti