Assalamualaikum rakan-rakan Coach Gula yang manis ;")
Dalam post kali ini, Coach nak kongsi dengan pembaca-pembaca budiman, tentang bisnes Shaklee, yang telah jadi gaya hidup dan punca pendapatan Coach sejak tahun 2011 lagi. Dengan bisnes Shaklee inilah, Coach merealisasikan impian Coach - nak bekerja dari rumah, nak masa yang fleksibel untuk keluarga, nak pendapatan yang setanding dan lebih banyak daripada kerja full time.
Dan yang paling tak disangka, pendapatan terkumpul yang telah Coach nikmati bersama-sama Shaklee telah mencecah lebih sejuta ringgit. |
Alhamdulillah, Allah izinkan, jadi Insha Allah sampai pencen inilah kareer pilihan Coach - Shaklee Home Business :')
Tapi bukan sekadar pendapatan lumayan saja tau, ada banyak lagi sebab lain yang buat Coach sayang sangat dengan bisnes Shaklee ni.
Pada pendapat Coach, aset terbesar selama Coach membina bisnes Shaklee ini ialah KOMUNITI BISNES SHAKLEE PALING MANTAP.
Jom Coach kongsi serba ringkas apa yang menyebabkan komuniti bisnes Shaklee ni sangat kukuh, dan amat sesuai dipilih untuk kita sertainya.
1- Shaklee disertai oleh individu-individu hebat dari pelbagai latarbelakang
Sepanjang lebih 10 tahun Coach bersama Shaklee, Coach berpeluang mengenali rapat individu-individu hebat dari pelbagai latarbelakang. Ada yang bekerja sebagai profesional seperti doktor, peguam, jurutera dan konsultan. Ada yang bekerja sebagai tentera, polis dan jururawat.
Komuniti bisnes Shaklee terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang hebat |
Tidak kurang juga guru-guru yang berjaya dalam bisnes Shaklee, walaupun secara sambilan. Beberapa tahun kebelakangan ini bisnes Shaklee dikuasai juga oleh kumpulan mahasiswa dan mahasiswi yang membina bisnes Shakless sambil belajar. Paling mengujakan saya semestinya golongan para ibu, yang bekerja dari rumah, menikmati pendapatan 4-5 angka, sambil membesarkan anak-anak di depan mata.
2- Sokongan syarikat untuk semua ahli, samada ahli biasa atau yang berniaga.
Di Shaklee, walaupun anda mendaftar sebagai ahli biasa, syarikat tetap memberi peluang kepada anda untuk menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti syarikat. Antara aktiviti-aktiviti yang anda boleh sertai termasuklah :
- kelas bimbingan produk
- pemeriksaan kulit, ujian tulang dan analisa berat badan percuma
- health fair dan banyak lagi aktiviti menarik
Health Fair Shaklee di Sunway Geo, terbuka untuk semua ahli Shaklee |
Coach dan kawan-kawan Master, di Shaklee Masterclass, di Hotel Marriot Putrajaya |
3- Peluang menimba ilmu kesihatan daripada pakar pemakanan tempatan dan saintis luar negara
Jenama Shaklee sudah lama bertapak di Malaysia, dan memang ramai orang kenal, termasuklah pakar-pakar pemakanan dan kesihatan. Jadi apabila kami menjemput pakar-pakar hebat ini, mereka tidak ragu-ragu untuk bersetuju dan tampil berkongsi ilmu. Perkongsian sebegini memberi ruang kepada ahli-ahli Shaklee menambah ilmu, untuk diri sendiri, keluarga dan untuk dikongsi bersama-sama pelanggan mereka.
Shaklee adalah syarikat yang mempunyai pelaburan berbilion USD dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), ditunjangi oleh saintis-saintis bertaraf dunia. Jadi peluang ini digunakan oleh Shaklee Malaysia untuk menjemput saintis-saintis hebat datang ke Malaysia untuk berkongsi dengan ahli-ahli Shaklee, tidak mengira pangkat, termasuklah ahli biasa.
Kenangan anak Coach, Aliyah bergambar dengan saintis dari Shaklee US, Dr. Soohee Park. |
4- Komuniti bisnes seluruh Malaysia
Seperti yang Coach kongsikan di atas, Shaklee telah bertapak lama di Malaysia (sejak tahun 1988), jadi komuniti bisnes Shaklee ada di seluruh negara, di segenap kota, bandar, pekan dan kampung! Baik di Semenanjung, mahupun di Sabah dan Sarawak, kami ada wakil jualan dan pelanggan.
Kenangan di awal penubuhan PAF Network, ketika itu kami dikenali sebagai Puteri And Friends. |
Sejak saya melibatkan diri dalam bisnes Shaklee, saya membina rangkaian pelanggan dan pengedar di seluruh negara - tapi yang lebih seronok, mereka ini juga sahabat dan kenalan saya, bermakna kalau saya nak makan angin ke mana-mana dalam Malaysia, saya dah ada kawan-kawan untuk diziarahi, dan untuk jadi tour guide. Memang best!
5- Kerjasama antara kumpulan-kumpulan
Poin ke-5 ini adalah antara yang "mahal" dalam bisnes Shaklee. Kami bekerjasama antara kumpulan, bagi meningkatkan imej bisnes Shaklee, melatih ahli-ahli kami dengan berkongsi kepakaran masing-masing. Tidak ada istilah "kedekut ilmu" kerana dalam bisnes Shaklee, jika kita bersama-sama membina gelombang, secara berjemaah, semua orang boleh merasa hasilnya.
Berpeluang belajar dengan influencer hebat, Master Coordinator Irene Nadia |
Sepanjang 10 tahun bersama Shaklee, saya telah bekerja dengan ramai leaders Shaklee yang lain. Adakalanya saya dijemput untuk berkongsi ilmu, dan adakalanya team saya pula menimba ilmu daripada leaders yang lain.
6- Hubungan Home Office dan ahli seperti satu keluarga yang besar
Kami bersama-sama Ms. Masnur, Shaklee Business Development Manager (berbaju hitam) |
Kami di Shaklee adalah seperti satu keluarga yang besar. Leaders, ahli dan pelanggan di peringkat lapangan, manakala di peringkat Home Office ada President, Vice President, bersama-sama sokongan Business Development Manager (BDM), pakar nutrisi, team IT dan team customer service. Pada bila-bila masa yang diperlukan, kami boleh meminta bantuan dan sokongan bagi memastikan kelancaran bisnes dari masa ke masa. Leaders boleh memberikan pendapat dan ada ruang untuk berbincang dengan pihak pengurusan kerana bisnes Shaklee ini dibina bersama-sama.
7- Komuniti bisnes Shaklee mementingkan "kesihatan rohani"
Walaupun secara zahirnya, bisnes Shaklee memberi fokus kepada kesihatan fizikal dan juga kemajuan perniagaan dari segi pendapatan dan gaya hidup, kumpulan kami juga amat menitikberatkan "kesihatan rohani" ahli-ahlinya.
Oleh sebab itu, dari masa ke masa, ahli-ahli berpeluang untuk mengikuti pelbagai bentuk perkongsian motivasi dan keagamaan dari kalangan ahli sendiri yang berkelayakan dan berpengalaman. Saya amat seronok dengan komuniti bisnes begini kerana ia membantu menguatkan jiwa, kerana perjalanan bisnes ini bukanlah mudah dan seronok sepanjang masa. Jadi, rohani yang sihat itu amatlah penting untuk dijaga sepanjang masa.
8- Pemimpin-pemimpin senior yang ada visi dan misi untuk dicontohi
Lebih 10 tahun saya bergelumang dalam komuniti bisnes Shaklee ini, saya menimba banyak ilmu, pengalaman dan pengajaran daripada senior leaders yang sudah membina legasi di dalam bisnes ini. Antara nasihat yang kekal dalam ingatan saya sehingga kini ialah nasihat daripada Master Hajah Salwa, pada satu ketika kami berbual, beliau berkata "Lihatlah muka anak-anak masih yang kecil, mereka berharap pada kita untuk kehidupan yang lebih baik". Saya ingat kata-kata ini kerana ketika itu bisnes saya diuji dan sudah terfikir untuk berhenti. Terima kasih Master Hajah Salwa di atas nasihat penuh hikmah.
Master Norita bersama Master Hajah Salwa, legasi keluarga Shaklee Malaysia. |
9- Ukhwah beyond business
Point terakhir saya ini mengungguli kesemua poin lain yang telah saya kongsikan. Selama lebih 10 tahun ini, saya bukan sahaja membina pendapatan bersama Shaklee, tetapi telah direzekikan oleh Allah sahabat-sahabat susah dan senang. Tidak perlulah saya senaraikan siapakah mereka, kerana mereka sendiri tahu betapa bermaknanya persahabatan kami, melangkaui keperluan dan kepentingan bisnes. Jatuh bangun, susah senang, suka duka bersama-sama. Ini adalah harta tidak ternilai, ukhwah beyond business.
Kenangan bercuti di Bangkok ditaja penuh oleh Shaklee, bersama-sama sahabat dunia akhirat. |
Sesungguhnya tidak ada satu pun susunan dan perjalanan hidup kita ini sia-sia, kesemuanya telah diatur lembut oleh Allah SWT. Begitu juga dengan rezeki saya bersama-sama komuniti bisnes Shaklee Malaysia ini, telah memberi sejuta satu pengalaman, pengajaran dan ilmu yang tidak ternilai harganya.
Saya harap dengan adanya Projek Blog Mega Shaklee, ia membuka lebih luas lagi peluang silaturrahim di dalam komuniti bisnes Shaklee Malaysia, Insha Allah. Kepada anda yang sedang mencari-cari peluang bisnes, Shaklee adalah pilihan yang amat baik. Anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui langkah-langkah memulakan bisnes yang hebat ini.
#projekblogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Best sangat bisnes Shaklee. Kerana ukhwah yang terjalin di dalam komuniti ni best sangat. Tak pernah jumpa pun kita boleh jadi kawan.
ReplyDeletekan...org2 shaklee mmg mudah mesra gituu
DeleteBila master yg tulis points, memang padu 👍
ReplyDeletehehe tq faz!
Delete