Skip to main content

Cinch Shake Shaklee, Menu Terbaik Sahur Ramadhan

 Assalamualaikum rakan-rakan Cukup Manis :') 

Kurang dari sebulan, kita akan menyambut Ramadhan 1444H. Kejap aje kan masa berlalu, rasa happy pun ada nak berpuasa, tapi ada juga rasa sayu bila fikir lajunya masa, sempat ke nak buat itu ini. Tapi apa-apa pun kena juga buat perancangan, persiapan, supaya Ramadhan berjalan lancar Insha Allah. 

Macam biasa, setiap kali Ramadhan, Coach ada menu mudah, pantas dan berkhasiat ketika bersahur. Menu ni Coach dengan suami memang amalkan sejak kenal Shaklee, nak masuk tahun ke-11 dah, Alhamdulillah. 

Bagi Coach lah, untuk berpuasa Ramadhan, ada 3 perkara yang Coach pentingkan semasa bersahur :

Pertama : Coach mahukan juadah sahur yang beri tenaga untuk berpuasa sepanjang hari. Kita nak uruskan keluarga, nak bekerja, nak solat terawih, nak bangun awal sahur, nak tahajud dan lain-lain. Semuanya memerlukan kecergasan betul tak? Berpuasa bukan alasan untuk kita lembik dan lesu. 

Kedua : Coach mahukan juadah sahur yang boleh buat kenyang lama, dan kalau lapar pun tak keterlaluan. Dah nama lagi puasa kan, mesti ada rasa lapar, baru lah insaf sikit betul tak? Tapi kita tak nak lapar yang melampau-lampau, sampai gigil-gigil pula. 

Ketiga : Coach mahukan juadah sahur yang mudah disediakan. Sebab Coach kena uruskan 3 orang anak nak bersahur juga! Biasanya Coach akan siap-siap sahur dulu, baru lah kejut anak-anak, supaya tak kelam kabut. Mujur lah suami Coach jenis simple sahur, tak perlu berhidang di subuh hari haha! 

Jadi Coach nak perkenalkan juadah sahur kami, iaitu Cinch® Mix Soy Protein. atau lebih popular dikenali sebagai Cinch Shake Shaklee.


Cinch Shake ini merupakan sejenis pengganti hidangan (meal replacement). Setiap hidangan Cinch Shake lengkap dengan : 
  • 16 jenis vitamin dan mineral 
  • 16 gram protein
  • 6 gram serat
Setiap hidangan Cinch Shake mengandungi 180kcal sahaja dengan indeks glisemik 22. Sebotol Cinch Shake cukup untuk 15 kali hidangan, dan terdapat dalam 3 perasa enak iaitu Coklat, Vanila dan Latte. 


Cara pengambilan Cinch® Mix Soy Protein untuk bersahur adalah sangat mudah! 

Bancuh 2 scoop Cinch bersama-sama 450ml air, blend atau hanya goncang dalam shaker, terus boleh diminum. Tak sampai 10 minit dah selesai sahur kita, best kan?

Sedapnya Cinch Shake sejuk-sejuk nyaman! Nak tau tak Coach suka Cinch sejuk waktu sahur! 

BERITA BAIK!

Untuk bulan Mac ini, Shaklee bagi promosi yang sangat hebat untuk persiapan Ramadhan dengan Cinch Shake. Harga yang sangat berbaloi, belum pernah ditawarkan sebelum ini. 

Kita boleh beli Cinch Shake 2 botol yang sama flavor

Kita boleh beli Cinch Shake 2 botol berlainan flavor

Jom kita dapatkan Cinch Shake untuk persiapan Ramadhan kita nanti. Hubungi saya untuk dapatkan Cinch Shake dengan harga promosi berbaloi-baloi ini. 

----
Master Puteri @ Coach Gula
No. Tel : +6016-344 7727
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti ...

3 Punca Berat Badan Tidak Turun Walaupun Dengan Intermittent Fasting

Saya masih ingat, sekitar tahun 2019, viral kisah selebriti Lisa Surihani yang berjaya menurunkan berat badan dengan kaedah intermittent fasting. Kaedah yang Lisa gunakan telah menjadi ikutan ramai, dan bermulalah populariti intermittent fasting di Malaysia. Bagi saya, saya mengenali kaedah intermittent fasting bermula sebelum kisah Lisa Surihani menjadi viral lagi.  Saya banyak belajar tentang intermittent fasting ini melalui video-video Youtube Dr. Jason Fung dan juga Dr. Eric Berg, tetapi bukan sebagai kaedah untuk untuk kurangkan berat badan semata-mata. Adakah anda masih struggle untuk turunkan berat badan? Ketika itu saya baru sahaja memulakan No Sugar Challenge, dan saya dapati intermittent fasting membantu saya mengawal masalah sugar cravings. Melalui kedua-dua doktor ini saya belajar bahawa intermittent fasting adalah salah satu gaya hidup sihat yang boleh membantu mengatasi masalah kerintangan insulin yang menjadi punca kepada penyakit obesiti dan penyakit kencing manis...

Set Kurus Shaklee Untuk Wanita Di Usia 40-an

Cabaran dan isu pengurusan berat badan di kalangan wanita tidak pernah ada penghujungnya. Pada fasa usia 20an, kita mahu berbadan langsing untuk mudah berfesyen dan untuk persiapan majlis perkahwinan, betul tak? Pada fasa usia 30an, kita kembali mencari solusi untuk urus berat badan selepas bersalin pula. Semakin kita sibuk menguruskan kerjaya, anak-anak dan keluarga, makin mencabar untuk pastikan badan kekal langsing seperti waktu bujang dahulu.  Genap usia Coach Gula 40 tahun, beberapa tahun yang lepas ;) Masuk pula fasa 40-an seperti saya - nah kali ini isu berat badan bukan lagi fokus nak langsing untuk berfesyen dan bergaya tapi demi kesihatan. Usia 40-an ini kita seperti magnet hospital, tak boleh silap sikit, penyakit pun hinggap!  Terdapat 3 cabaran utama menyebabkan usaha nak turun berat badan di usia 40-an semakin sulit dan mencabar.  Cabaran pertama , kita mungkin dah terlalu selesa dengan berat badan yang sama bertahun-tahun lamanya. Jadi untuk lakukan peruba...