Skip to main content

Kelas Zoom Coach Gula - Ketagih Gula, Lawan Atau Layan?

Adakah anda sedang struggle dengan pengambilan gula harian?

Adakah diet anda berulang kali gagal kerana tidak tahan nak makan gula?

Adakah berat anda makin naik dan naik kerana makan gula berlebihan dan sukar nak kawal?

Kelas Zoom Coach Gula ini mungkin boleh membantu anda memahami bagaimana gula telah mengawal kehidupan ramai rakyat Malaysia sehinggal menjadi juara obes Asia Tenggara dan naib juara diabetes dunia.

Anda akan belajar teknik 3R yang digunakan oleh Coach Gula, anda boleh membebaskan diri dari perangkap gula di dalam makanan yang dimasak rumah dan godaan gula ketika berada di luar rumah.

Terdapat 2 sesi dalam kelas zoom ini, dibahagi kepada 3 jam setiap sesi, dalam masa 2 hari sahaja.

Sesi 1 : 25 Mac 2023, 9:00 pagi - 12:00 tengah hari
Sesi 2 : 26 Mac 2023, 9:00 pagi - 12:00 tengah hari

Daftar segera, tempat terhad kepada 30 orang peserta sahaja.





Latarbelakang Coach Gula 

Gelaran “Coach Gula” muncul pada tahun 2018, apabila saya secara sukarela dan suka- suka bimbing rakan- rakan untuk tinggalkan gula tambahan dalam diet harian mereka.
Saya sendiri telah menjadikan No Sugar Challenge sebagai gaya hidup sejak tahun 2017 lagi. Walaupun bukan sempurna setiap hari, tetapi awareness untuk kurangkan gula dalam diri saya sangat tinggi!
Di Facebook, setiap hari saya berkongsi tips dan panduan “bercerai gula” sebagai usaha membantu rakan dan kenalan untuk memulakan gaya hidup lebih sihat tanpa gula berlebihan.
Saya juga telah menerima beberapa jemputan untuk talk, dan webinar dari NGO dan group2 persendirian, bercakap tentang cabaran No Sugar Challenge.
Follow lagi di IG : puteri.coachgula
Follow lagi di Tiktok : www.tiktok.com/@puteri.coachgula








Comments

Popular posts from this blog

5 Aplikasi Wajib Bisnes Online

Sekiranya anda baru nak mulakan bisnes online, anda kena kenal 5 aplikasi wajib ini, yang boleh memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti pemasaran setiap hari.  Aplikasi-aplikasi yang saya kongsi ini boleh didapati secara percuma dan sangat mudah digunakan.  1- Canva  Canva adalah aplikasi yang membantu kita merekacipta bahan pemasaran. Apa yang menariknya aplikasi Canva menyediakan banyak template-template untuk kita terus guna. Antara template yang popular digunakan ialah : poster flyers kad nama  brosur klip video logo  Canva juga terdapat dalam versi berbayar, yang mana kita ada lebih banyak pilihan template, gambar, video dan lain-lain bahan untuk konten pemasaran. Sebelum ini Canva hanya boleh digunakan di laman web, tetapi kini sangat mudah dengan aplikasi canva di telefon pintar.  2- WhatsApp Business Ramai orang kenal apa itu WhatsApp, tapi tidak semua orang tahu kelebihan menggunakan WhatsApp Business.  WhatsApp Business adalah aplikasi yan...

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti ...

3 Punca Berat Badan Tidak Turun Walaupun Dengan Intermittent Fasting

Saya masih ingat, sekitar tahun 2019, viral kisah selebriti Lisa Surihani yang berjaya menurunkan berat badan dengan kaedah intermittent fasting. Kaedah yang Lisa gunakan telah menjadi ikutan ramai, dan bermulalah populariti intermittent fasting di Malaysia. Bagi saya, saya mengenali kaedah intermittent fasting bermula sebelum kisah Lisa Surihani menjadi viral lagi.  Saya banyak belajar tentang intermittent fasting ini melalui video-video Youtube Dr. Jason Fung dan juga Dr. Eric Berg, tetapi bukan sebagai kaedah untuk untuk kurangkan berat badan semata-mata. Adakah anda masih struggle untuk turunkan berat badan? Ketika itu saya baru sahaja memulakan No Sugar Challenge, dan saya dapati intermittent fasting membantu saya mengawal masalah sugar cravings. Melalui kedua-dua doktor ini saya belajar bahawa intermittent fasting adalah salah satu gaya hidup sihat yang boleh membantu mengatasi masalah kerintangan insulin yang menjadi punca kepada penyakit obesiti dan penyakit kencing manis...