Skip to main content

Bagaimana Kita Boleh Bunuh Sel Kanser?

 Assalamualaikum dan salam Cukup Manis :') 

Hari ini Coach nak kongsi satu video menarik dan sangat membuka mata. Coach tonton video ni beberapa tahun lepas. Kemudian Coach ada buat nota dan kongsi dalam group PAF Network. Jadi hari ini Coach nak share dengan pembaca blog PAF Wellness pula. 

Video ini bertajuk "Can We Eat TO Starve Cancer?" oleh Dr. William Li. 

Info dalam video ni sangat menarik, dan berguna, tapi mungkin sedikit sukar nak faham sebab, 

(1) Video ni dalam English, dan 

(2) Bahasa sains. Tapi saya akan cuba simple kan, dan saya dapat bantuan kawan untuk bantu confirmkan apa yang saya faham tu tepat dengan apa yang disampaikan dalam video ni. 

Sebelum Coach kongsi nota ringkas daripada video ini, ada beberapa terma penting saya ringkaskan terlebih dahulu :

1- Blood vessel = salur darah 

2- Angiogenesis = proses pembentukan salur darah 

3- Inhibitors = penyekat proses pembentukan salur darah 

4- Stimulators = merangsang proses pembentukan salur darah 


Ok jom Coach share nota dari video Dr. William Li ini. 

1- Pembentukan salur darah kita ni sangat magical, ianya boleh dirangsang dan disekat bila diperlukan. Contoh, bila kita luka di bahagian kulit, proses pembentukan salur darah akan dirangsang untuk baiki luka tersebut. Dan bila luka dan sembuh, pembentukan salur darah disekat jadi sebab dah cukup tugasnya untuk perbaiki tisu kulit kita. Sepanjang kita hidup, proses ini sentiasa mencari keseimbangan untuk rangsangan atau sekatan. Kita tidak mahu ada terlalu banyak salur darah, atau terlalu sedikit salur darah. Badan yang sihat perlu seimbang. 

2- Masalah-masalah yang berkaitan dengan masalah salur darah yang terlalu sedikit termasuklah luka lambat sembuh, penyakit jantung, strok, pre-eclampsia, rambut gugur. mati pucuk. Maknanya badan tak boleh nak ransang pembentukan salur darah, jadi muncullah masalah-masalah kesihatan ini. 

3- Masalah-masalah yang berkaitan dengan masalah salur darah yang terlalu banyak termasuklah kanser, psirosis, buta, athritis, endeometriosis, Alzheimers, obesiti dan lain-lain. Maknanya badan kita tidak boleh nak kawal pembentukan salur darah, jadi dapatlah masalah-masalah kesihatan ni. 

4- Dan lebih menakutkan ialah, ketidakseimbangan ini (terlalu kurang atau terlalu banyak salur darah) 30-35% disebabkan oleh diet kita seharian. Dan dalam video ini Dr. Li menekankan bagaimana diet boleh menyebabkan kita dapat kancer dan kita sebenarnya memang "beri makan" sel kanser setiap hari, dan sel kanser pun membiak dan semakin "sihat" dalam badan kita. 

5- Dalam badan kita memang terdapat sel kanser, dan semakin kita tua, semakin mudah sel kanser dalam badan ditemui. Yang membezakan samada ia boleh jadi penyakit ialah cara diet kita seharian. Adakah kita makan untuk bagi sel kanser sihat, atau kita makan untuk bagi sel kanser kita kebulur? 

6- Dalam video ini Dr. Li beri contoh salah satu sumber makanan yang boleh membantu masalah ketidakseimbangan dalam proses pembentukan salur darah kita (imbalance in angiogenesis), ialah makanan-makanan yang ada sumber resvaratrol yang tinggi, seperti anggur merah. Dan ia boleh menyekat ketidakseimbangan (dalam hal kanser, terlebih pembentukan salur darah) tersebut sebanyak 60%! Begitu juga dengan strawberries dan ekstrak kacang soya.

7- Senarai makanan lain yang boleh kita makan untuk memastikan sel kanser kita "kebuluran" termasuklah blackberries, raspberries, blueberries, oranges, grapefruit, lemons, apples, pineapples, cherries, red wine, bok choy, kale, soy beans, ginseng, maitake mushrooms, licorice, turmeric, nutmeg, artichokes, pumpkin, sea cucumber, tuna, parsley, garlic, tomato, olive oil, grape seed oil, dark chocolate etc. 

8- Bila kita asyik dengan makanan yang tidak elok, kita makin bagi sel kanser sihat, lama- lama salur darah kita tidak seimbang lagi, ia akan terlebih- lebih (bayangkan ia berakar tanpa henti), jadi makin banyaklah laluan makanan ke sel kanser tersebut. 

9- Jadi kita ada pilihan untuk KEBULURKAN sel kanser kita, dengan menjaga keseimbangan pembentukan salur darah melalui deit yang sihat. 

10- Jadi ingat juga, setiap kali kita makan, tanya diri sendiri, adakah saya menyihatkan sel kanser saya, atau saya mengkebulurkan sel kanser. Pilihan di tangan kita. 

Sekian dulu perkongsian ringkas yang dari Coach tentang video ini. Kalau rajin, tontonlah video ni, dan dengar sendiri, memang powerful message dari Dr. Li. 

Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti ...

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Perkongsian kali ini membawa saya mengimbau kenangan lebih 12 tahun yang lalu. Ketika itu saya hamil anak kedua, dan mencari-cari produk untuk berpantang dan menyusu.  Selepas bersalin anak pertama, saya ada menggunakan produk herba, sepanjang tempoh berpantang. Saya dapati produk yang saya guna tidak beri apa-apa kesan yang saya idamkan.  Saya ambil masa hampir sebulan untuk pulih selepas bersalin secara c-section.  Berat badan saya selepas bersalin ambil masa dekat setahun untuk kembali ke berat badan normal.  Oleh kerana saya juga bekerja sepenuh masa ketika itu, saya mengalami masalah untuk mengepam susu yang cukup untuk bekalan anak ketika saya bekerja (saya berjaya mengepam dan direct feeding anak pertama selama 15 bulan, Alhamdulillah).  Pengalaman anak pertama ini membuatkan saya mencari penyelesaian baru untuk anak kedua.  Saya mahu pulih segera selepas c-section (anak kedua juga adalah planned c-section).  Saya mahu berat badan kembali ke ber...

Kelas Zoom Coach Gula, Ketagih Gula : Lawan Atau Layan?

 Assalamualaikum dan apa khabar rakan-rakan Cukup Manis semua :')  Hari ni Coach rasa happy sangat sebab dah terlaksana hajat Coach sejak tahun lepas, nak buat kelas zoom untuk berkongsi hal-hal berkaitan gula dan ketagihan gula. Kelas Zoom ni Coach buat selama 3 jam pada hari Sabtu, dan 3 jam lagi pada hari Ahad. Alhamdulillah, ada 12 orang telah menyertai kelas.  Antara topik-topik yang kami bincangkan sepanjang 2 hari kelas termasuklah :  jenis-jenis gula isu gula dan ultra processe food ketagihan gula sugar withrawal  langkah mulakan Cabaran Cukup Manis  pendekatan 3R Coach Gula  Kelas Zoom Coach Gula, hari pertama.  Kelas Zoom Coach Gula, hari kedua. Antara topik yang kami bincangkan dalam Kelas Zoom Coach Gula Apakah beza antara gula kurniaan Tuhan vs gula ciptaan tangan manusia? Untuk sedikit sedutan perkongsian Coach dalam kelas zoom, rakan-rakan boleh tengok klip pendek di Youtube ini.    Coach buka peluang untuk anda yang mahu ...