Skip to main content

Kempis Perut Dengan Set Puasa Cinch Tea Mix

Assalamualaikum dan salam cukup manis kepada semua pengunjung blog PAF Wellness :")

Coach nak cerita, 2 hari lepas Shaklee melancarkan Set Puasa 1-2-3 yang baru iaitu kali ini gabungan 3 supplement ESP, Cinch Shake dan Cinch Tea Mix. Coach tersangatlah teruja dengan kombinasi 3 supplement ini dan terus fikir : WOW ini boleh bikin perut kempis terus ni!

Nak tau tak macam mana Set Puasa 1-2-3 dengan Cinch Tea Mix boleh bantu perut kempis tanpa senaman?

Tapi sebelum tu Coach nak ingatkan kita semua, supaya ambil peluang sebaik-baiknya Ramadhan ini untuk fokus menjaga pemakanan bersahur dan berbuka, kerana berpuasa mempercepatkan proses penurunan berat badan. 

PROSES AUTOPHAGY, KITAR SEMULA SEL KETIKA BERPUASA

Berpuasa ni beri peluang kepada sel kita utk pecut buat kerja kita semula. Tubuh akan kitar semula sel yang tidak sihat, diganti dgn sel yang lebih sihat, dan sel yang lebih bertenaga. Proses kitar semula ini dipanggil sebagai "autophagy". Proses ini penting kerana sel-sel dalam tubuh kita yang tidak sihat itu tidak boleh dibiarkan bertambah banyak kepada ini adalah punca banyak penyakit kronik termasuklah kanser.
Jadi bila badan berpuasa, proses autophagy ni lebih giat dijalankan, maka kita akan rasa lebih sihat, lebih bertenaga, dan banyak masalah kesihatan boleh pulih.
Tapi ingat ya, ada syaratnya, iaitu apabila kita sahur dan berbuka, kita fokus makanan yang toyyib, makanan yang beri manfaat kepada tubuh dan tolak makanan yg bawak mudarat seperti :
  • Gula putih
  • Tepung putih
  • Nasi putih
Putih 3 sekawan ini secara umum kita tahu boleh menjadi punca kepada banyak masalah kesihatan dan sangat popular ketika bersahur dan berbuka, maka terganggu lah proses autophagy tadi.
Memang rugi lah kalau kita tidak jaga pemakanan waktu sahur dan berbuka. 30 hari Ramadhan, penyakit tidak hilang, malah ada orang terpaksa pula menanggung penyakit makin teruk. Sungguh rugi!

Pilihan Lebih Sihat Dengan Cinch Tea Mix


Coach sangat rekomen Cinch Tea Mix sebagai pengganti minuman bergula di bulan puasa. Cinch Tea Mix adalah campuran eksklusif 3 jenis daun teh paling berkualiti iaitu daun teh hijau, daun teh putih dan daun teh merah. Selain campuran teh-teh ini, Cinch Tea Mix mengandungi taurina, iaitu sejenis asid amino yang sangat penting untuk kesihatan saraf otak dan jantung. 


Minuman Bergula Punca Perut Boroi

Untuk keperluan Ramadhan, Coach amat rekomen Cinch Tea Mix untuk jadi pengganti kepada semua jenis minuman bergula yang boleh menyebabkan perut kita semakin boroi. Untuk pengetahuan anda, apabila kita makan dan minum gula, paras insulin dalam tubuh akan meningkat.


Apabila insulin tinggi, lemak akan berkumpul dengan cepat di bahagian abdomen yang menyebabkan kita jadi boroi. Jadi dengan pengambilan Cinch Tea Mix sebagai ganti, kita sudah ada penyelamat dan "short cut" untuk ganti minuman bergula yang lain. 

KELEBIHAN CINCH TEA MIX UNTUK KEMPIS PERUT 

Gabungan daun teh hijau, daun teh merah dan putih di dalam Cinch Tea Mix membantu kita untuk mendapatkan perut yang kempis melalui beberapa cara iaitu : 

  • Menstabil insulin
    • insulin yang tinggi punca lemak berkumpul cepat di bahagian abdomen, jadi pastikan insulin stabil untuk mendapatkan perut yang kempis

  • Meningkatkan metabolisme
    • lebih tinggi metabolisme tubuh, lebih cepat kalori dibakar, dan kesannya dapat dilihat pada ukur lilit pinggang

  • Membakar lemak
    • teh hijau mengandungi sejenis flavanoid iaitu catechin yang membantu memecahkan lemak-lemak berlebihan pada bahagian perut

  • Mengawal "cravings"
    • daun teh kaya dengan polifenol, yang mana polifenol ini amat membantu kita mengawal "cravings", jadi kita tidaklah makan berlebihan 

  • Detoks semulajadi 
    • gabungan 3 jenis daun teh di dalam Cinch Tea Mix memberi manfaat detoks secara semulajadi untuk tubuh, yang membantu tubuh meningkatkan keupayaan membakar lemak berlebihan 

  • Bonus untuk yang suka bersenam 
    • amalan minum Cinch Tea Mix beri "booster" kepada tenaga dan lebih banyak kalori dapat dibakar ketika bersenam
Anda boleh minum Cinch Tea Mix 2 kali sehari iaitu ketika waktu sahur dan ketika berbuka puasa. Hanya 1 sachet sahaja diperlukan, dibancuh bersama 1 cawan air panas. Untuk waktu berbuka Cinch Tea Mix boleh dibancuh sejuk, ditambah dengan hirisan lemon dan juga sedikit madu. Sangat-sangat menyegarkan! 



Untuk lebih padu lagi, amalkan Set Puasa 1-2-3 bersama Cinch Tea Mix. ESP & Cinch Shake yang kaya dengan protein, serat dan leucine membantu inch loss secara keseluruhan dan mengekalkan keanjalan kulit dan otot. 

Jika anda benar-benar serius nak ubah gaya pemakanan untuk masalah perut boroi, gunalah peluang berpuasa di bulan Ramadhan dan pilih makanan dan minuman lebih baik, lebih berkhasiat untuk membantu tubuh kita membakar lemak dengan lebih efisyen. Rugi tau kalau biarkan Ramadhan berlalu, tanpa apa-apa kesan positif kepada kesihatan kita. Jika anda mahu lebih lagi maklumat, jangan malu-malu, boleh hubungi Coach ya! 

----
Master Puteri @ Coach Gula
No. Tel : +6016-344 7727
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


Comments

  1. bila bersenam dengan cinch tea mix mmg rasa bertenaga sungguh!!

    ReplyDelete
  2. mmg nak kempiskan perut ramadan nie..tq coach for the simple tips..

    ReplyDelete
  3. terbaiklah cinch tea mix. lebih-lebih lagi yang memang gemarkan teh atau kopi

    ReplyDelete
  4. Dulu pandang sebelah mana je teh ni. sekarang ni laffff sangat hahah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Selamat

Apa itu jeragat? Jeragat ialah keadaan warna kulit yang menjadi lebih gelap, akibat penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat boleh terjadi pada satu tempat pada kulit, dan boleh juga merebak, dan bercantum menjadi kawasan jeragat lebih besar pada kulit. Keadaan kulit yang berjeragat menyebabkan warna kulit menjadi tidak sekata dan nampak bertompok-tompok.  Terdapat 3 jenis jeragat iaitu :  1- Sun spot/ tompok matahari Jeragat jenis ini adalah yang paling biasa kita lihat pada kulit wajah dan badan manusia. Jeragat ini terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama, tanpa perlindungan seperti sun screen dan pakaian yang menutup kawasan kulit. Sebenarnya tompok matahari itu adalah tindakan kulit menghasilkan melanin supaya kulit terlindung daripada sinar uv matahari yang berbahaya.  2- Melasma  Melasma adalah sejenis "skin disorder" yang banyak terjadi kepada wanita berkulit gelap. Punca melasma yang paling biasa ialah akibat perubahan h

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti

Zat Lengkap Setiap Hari Dengan Vita-Lize Shaklee

Dalam laporan Global Nutrition Report 2018, mendapati rakyat Malaysia dibebani oleh 3 masalah nutrisi utama iaitu: berat badan berlebihan kurang zat besi pertumbuhan terbantut Masalah nutrisi ini dikenali sebagai "tripple burden" memberi kesan kepada tahap kesihatan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Lebih menyedihkan "tripple burden" yang kita alami ini lebih serius berbanding negara-negara kurang maju seperti di Afrika.  Terdapat pula satu kajian yang dijalankan oleh Khazanah Research Institute , diketuai oleh pakar ekonomi tersohor iaitu Profesor Jomo Kwame Sundaram, mendapati rakyat Malaysia terdedah kepada masalah kualiti makanan yang tercemar dengan racun perosak. Makanan yang tercemar ini pula akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna. Rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk mendapat zat yang lengkap daripada makanan harian, walaupun makanan tersebut adalah dari sumber semulajadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.  Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitam