Skip to main content

Menjiwai Lafaz Bismillah, Kuliah Ustazah Asma' Harun

Assalamualaikum dan Salam Cukup Manis :')

Untuk post kali ini, Coach nak kongsi nota yang Coach tulis tidak lama dahulu, selepas Coach mendengar kuliah dari Ustazah Asma' Harun, yang amat bermanfaat untuk kita semua.
Ustazah Asma' menyebut dalam kuliah tersebut, betapa sukarnya kita nak bersyukur dengan hal- hal yang kita "take for granted" seperti bernafas, dan juga buang air besar, terutama untuk kita yang sedang sihat dan sempurna sifat.
Allah memberi kita nafas percuma, setiap hembusan nafas kita tidak ada bil perlu dibayar.

Apabila kita makan, tubuh badan disusun rapi oleh Allah supaya makanan dapat jadi zat dan yang tak perlu pula boleh dibuang.
Segalanya kita anggap "small things in life" membuatkan kita sering terlupa untuk bersyukur.



Ustazah Asma' memberi tips bagaimana dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim dapat mengukuhkan rasa syukur dalam diri kita, dalam setiap perbuatan kita sepanjang hari.

Kita biasanya membaca Bismillahirrahmanirrahim kerana mahukan berkat dan perlindungan dalam perbuatan.
Keluar rumah baca Bismillahirrahmanirrahim, hendak makan baca Bismillahirrahmanirrahim, hendak memandu baca Bismillahirrahmanirrahim.
Sedarkah kita dalam satu sebutan ringkas Bismillahirrahmanirrahim itu ada 2 nama Allah yang paling agung, Ar-Rahman (Maha Pemurah) dan Ar-Rahim (Maha Penyayang).
Tanpa sifat pemurah dan penyayang Allah, kita tidak dapat makan, tidak dapat keluar bekerja, tidak dapat memandu kereta.
Jadi Ustazah Asma' berpesan, apa kata mulai hari ini, kita baca Bismillahirrahmanirrahim dengan penuh rasa syukur dalam diri.
Berikut adalah beberapa contoh yang boleh saya fikirkan pagi ini, yang saya mahu kongsi dengan rakan-rakan semua.
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, dengan sifat pemurah dan penyayangMu, aku dapat makan makanan yang sedap ini. Terima kasih Ya Allah.
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, dengan sifat pemurah dan penyayangMu, aku mampu membeli dan memandu kereta yang selesa ini. Terima kasih Ya Allah.
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, dengan sifat pemurah dan penyayangMu, aku masih ada pekerjaan ini, untuk menanggung keluargaku. Terima kasih Ya Allah.
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, dengan sifat pemurah dan penyayangMu, aku ada rezeki beli beras ini dan dapat memasak nasi ini untuk keluargaku. Terima kasih Ya Allah.
Begitu juga di saat kita ditimpa masalah, ingatlah, bahawa dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang, kita masih boleh bertahan dan berusaha untuk terus bertahan. Sungguh sayangnya Allah kepada hambanya ini :")
Seronok kan bila kita dapat memahami kalimah Bismillahirrahmanirrahim dengan perspektif baru dengan kefahaman yang lebih baik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

----
Master Puteri @ Coach Gula
Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

5 Aplikasi Wajib Bisnes Online

Sekiranya anda baru nak mulakan bisnes online, anda kena kenal 5 aplikasi wajib ini, yang boleh memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti pemasaran setiap hari.  Aplikasi-aplikasi yang saya kongsi ini boleh didapati secara percuma dan sangat mudah digunakan.  1- Canva  Canva adalah aplikasi yang membantu kita merekacipta bahan pemasaran. Apa yang menariknya aplikasi Canva menyediakan banyak template-template untuk kita terus guna. Antara template yang popular digunakan ialah : poster flyers kad nama  brosur klip video logo  Canva juga terdapat dalam versi berbayar, yang mana kita ada lebih banyak pilihan template, gambar, video dan lain-lain bahan untuk konten pemasaran. Sebelum ini Canva hanya boleh digunakan di laman web, tetapi kini sangat mudah dengan aplikasi canva di telefon pintar.  2- WhatsApp Business Ramai orang kenal apa itu WhatsApp, tapi tidak semua orang tahu kelebihan menggunakan WhatsApp Business.  WhatsApp Business adalah aplikasi yan...

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Untuk Kulit Kering

Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :')  Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah.  Masalah kulit kering di bulan Ramadhan  Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering.  Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti ...

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Perkongsian kali ini membawa saya mengimbau kenangan lebih 12 tahun yang lalu. Ketika itu saya hamil anak kedua, dan mencari-cari produk untuk berpantang dan menyusu.  Selepas bersalin anak pertama, saya ada menggunakan produk herba, sepanjang tempoh berpantang. Saya dapati produk yang saya guna tidak beri apa-apa kesan yang saya idamkan.  Saya ambil masa hampir sebulan untuk pulih selepas bersalin secara c-section.  Berat badan saya selepas bersalin ambil masa dekat setahun untuk kembali ke berat badan normal.  Oleh kerana saya juga bekerja sepenuh masa ketika itu, saya mengalami masalah untuk mengepam susu yang cukup untuk bekalan anak ketika saya bekerja (saya berjaya mengepam dan direct feeding anak pertama selama 15 bulan, Alhamdulillah).  Pengalaman anak pertama ini membuatkan saya mencari penyelesaian baru untuk anak kedua.  Saya mahu pulih segera selepas c-section (anak kedua juga adalah planned c-section).  Saya mahu berat badan kembali ke ber...