Assalamualaikum semua rakan-rakan Cukup Manis ;)
Hari ini Coach mengimbau kenangan semasa menyusukan anak Coach, Adeena. Masa tu, sempat lah Coach berpuasa untuk 2 kali Ramadhan, sambil menyusukan Adeena, full time.
Satu hari, anak sulung Coach, si Aliyah, dia tanya,
Aliyah : Mama, macam mana ek, Mama tak makan, tak minum. tapi boleh ada susu nak bagi Adeena?
Mama : Hmmm...good question..susu tu ada je dalam badan Mama, tapi Mama kena lah sahur & berbuka elok- elok, cukup la untuk Adeena.
Sebenarnya, Coach ada pengalaman berpuasa dan menyusukan anak sejak anak pertama lagi. Masa tu Coach masih bekerja sepenuh masa. Kalau nak banding, masa bekerja dan kena mengepam di bulan puasa tu lagi berat berbanding direct feeding dan bekerja dari rumah.
TIPS PUASA UNTUK IBU-IBU BREASTFEEDING
Jadi ini antara tips yang Coach boleh share untuk ibu yang berpuasa dan menyusu bayi.
1- Wajib bangun bersahur. Makan makanan yang kaya dengan protein supaya kita boleh kenyang lebih lama.
2- Sukat air yang kita minum masa sahur & selepas berbuka. Pastikan cukup. Tak perlu minum berlebihan kerana ia boleh menyebabkan pengeluaran susu badan merosot lagi.
3- Wajib ambil buah- buahan setiap hari, bantu badan kekal terhidrasi.
4- Ambil supplement untuk melengkapi zat makanan harian.
5- Amalkan makanan-makanan penggalak susu badan seperti oat dan kurma.
6- Jika susu mula merosot, bangun sejam awal sebelum sahur, untuk buat "power pumping".
7- Minum minuman panas atau suam semasa berbuka, lebih cepat susu badan dihasilkan semula. Tips ini mungkin tak berkesan untuk semua ibu, tapi boleh lah cuba.
8- Pilih untuk berehat di hari minggu. Kebiasaan kita mesti mahu keluar membeli belah, ataupun mengemas rumah di hari minggu. Untuk ibu-ibu menyusu, mungkin boleh pilih hari uzur untuk aktiviti-aktiviti sebegini supaya kita dapat rehat dan tenaga yang cukup untuk berpuasa dan menyusukan bayi.
9- Berdoalah kepada Allah kurniakan rezeki susu yang cukup untuk bayi sepanjang kita berpuasa.
10- BE POSITIVE. Elakkan merungut "susu kurang, susu kurang". Adjust mindset, "susu cukup, susu banyak, baby sihat, baby happy".
CADANGAN SUPPLEMENT UNTUK IBU-IBU MENYUSU DAN BERPUASA
Coach amat menitikberatkan makanan sihat ketika menyusu bayi, kerana ia sangat membantu ketika ibu-ibu mahu berpuasa.
Paling mudah bagi Coach ialah dengan mengambil Set Puasa 1-2-3 yang ditawarkan oleh Shaklee sepanjang bulan Mac 2023.
Dalam Set Puasa 1-2-3 ini ada 3 supplement untuk membantu :
- kenyang lebih lama
- bertenaga dari pagi sampai ke malam
- tidak terlalu dahaga ketika berpuasa
Set Puasa 1-2-3 mengandungi :
1- ESP
- minuman protein soya yang mengenyangkan
- ESP sebagai "milk booster"
- boleh diminum sebagai ganti makanan moreh yang lebih sihat
- membantu tidur lebih berkualiti
2- CINCH SHAKE
- meal replacement yang sangat mengenyangkan
- membantu ibu-ibu "lose inches"
- rasa enak coklat
- minuman isotonik semulajadi berperisa lime yang segar
- mengurangkan rasa dahaga dan kering tekak selepas menyusu
- mengekalkan kesegaran tubuh sepanjang waktu berpuasa
- mengelakkan masalah "blur" fikiran semasa berpuasa
CARA PENGAMBILAN SET PUASA 1-2-3
Master Puteri @ Coach Gula No. Tel : +6016-344 7727 Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan 100% secara online. ---- PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. |
Comments
Post a Comment