Dua hari lepas saya dan team bisnes Shaklee saya, PAF NETWORK , tiba- tiba mengimbau kembali saat- saat kami bermula dengan bisnes ini. Ketika itu saya masih lagi bekerja makan gaji sebagai Head of Department di MERCY Malaysia. Kami teringat saat kami beramai- ramai ke branch Shaklee di Wangsa Maju, dan saat- saat kami menghabiskan waktu hujung minggi menghadiri kelas- kelas bisnes dan berkumpul bersama. Kenangan dan pengalaman ini, membuatkan saya teringat dua perkara iaitu “excitement” dan “fulfilment”. EXCITEMENT Walaupun ketika itu saya hanya baru bermula, income bisnes baru mencecah beberapa ratus ringgit, tetapi setiap hari penuh dengan excitement. Setiap pagi, sekitara jam 5 pagi, saya akan mengemaskini blog dan membuat poster pemasaran sendiri (guna Powerpoint sahaja ketika itu). Pukul 6 pagi saya akan mula bersiap- siap untuk keluar bekerja dan menyiapkan keperluan anak- anak untuk dihantar ke pengasuh. Pulang dari kerja, saya akan habiskan masa di dalam LRT dan di dalam keret...