Assalamualaikum dan salam cukup manis :")
Topik kali ini memang paling Coach seronok nak tulis! Kenapa ya? Haa sebab Coach dah tengok sendiri sepanjang 5 tahun berkempen No Sugar Challenge, memang ramai kawan-kawan yang rasa sendiri boleh kurus cepat bila mereka mula kurangkan pengambilan gula dalam diet harian.
Untuk perkongsian kali ini, Coach nak kongsi rahsia mengapa bila kita kurangkan gula, secara semulajadi kita boleh kurus cepat. Baca sampai habis ya, semua info yang Coach kongsikan nanti, amat praktikal dan anda boleh buat dengan mudah.
1- Kurangkan gula, stabilkan insulin, lemak mudah dibakar
Ini kunci dan rahsia cepat kurus bila kita kurangkan gula dalam diet harian. Secara am kita kena faham, bahawa apabila tubuh menerima gula yang berlebihan, pankreas akan mengeluarkan insulin yang banyak. Jadi paras insulin akan sentiasa tinggi dan sampai satu tahap kita akan mengalami masalah kerintangan insulin (insulin resistant).
Apakah kesan kepada kerintangan insulin? YES - berat badan akan bertambah kerana insulin menyimpan lemak dengan pantas dan pada masa yang sama, menghalang pembakaran lemak. Dah la cepat naik berat, lemak pulak degil, memang jahanam! Orang yang mengalami kerintangan insulin memang susah nak kurus, walaupun dah buat macam-macam jenis diet.
Jadi, ambil langkah bijak, dengan menstabilkan semula paras insulin dalam badan. Mulakan dengan berhenti pengambilan gula putih, kemudian kurangkan pengambilan makanan tinggi karbohidrat seperti nasi, roti, kuih muih dan sebagainya. Dengan cara ini anda boleh kurus cepat!
Anda nak belajar cara berhenti makan gula, boleh dapatkan akses Rakaman Kelas Zoom Coach Gula.
2- Kurangkan gula, kurangkan kalori
Kita semua tahu, makanan dan minuman tinggi gula bermakna ia juga mengandungi kalori yang tinggi. Makanan-makanan harian kita pula mengandungi "gula tersembunyi" di dalam ramuan yang digunakan. Kita ni memang dah terperangkap dalam menu makanan tinggi gula, dari pagi hingga lah malam.
Jadi untuk jimat kalori, kena lah ketepikan dahulu minuman dan makanan yang bergula ini. Langkah pertama Coach nak cadangkan, berhenti minum minuman bergula. Ini boleh dibuat segera, sebab memang jelas kalori yang melimpah ruah dalam minuman bergula. Kurangkan gula, kurangkan kalori, boleh lah kita kurus cepat YES!
3- Kurangkan gula, buang lemak di perut
Apabila berat badan bertambah, paling menyampah bila perut mula naik membukit, seluar dan kain mula jadi ketat dan tidak selesa dipakai. Ini berlaku kerana, pengambilan gula yang tinggi setiap hari menyebabkan lemak visceral iaitu lemak di sekeliling abdomen kita meningkat. Jadi kesannya dapat dilihat pada ukur lilit pinggang yang makin lama makin bertambah. Dalam bahasa mudah - JADI BOROI LAH!
Apabila kita berhenti. makan gula berlebihan, kesan paling ketara akan bermula di bahagian perut, jadi lebih kecil, dan kempis. Yang best, perut kempis boleh dicapai tanpa senaman pun, hanya berhenti makan gula. Best kan?!
BUANG GULA, BUANG LEMAK, CEPAT KURUS!
Jelas tak dengan penerangan Coach di atas? Okay apa kata Coach belanja satu testimoni peserta No Sugar Challenge. Coach kongsi di sini dengan izin beliau.
JOM KITA MULA!
Ok sekarang Coach nak kongsi RAHSIA KEDUA.
Vivix - elak gula naik mendadak
- Polifenol bantu tubuh hadamkan karbohidrat perlahan- lahan, jadi boleh elak gula dalam darah naik mendadak, dan ini membantu mengurangkan serangan sugar cravings
- Polifenol bantu meningkatkan insulin sensitivity, jadi tubuh dapat guna gula jadi tenaga dengan lebih efisyen.
- Polifenol bantu mengawal "sugar cravings" jadi lebih mudah utk orang yang mahu berdiet
- Omega Guard membantu mood jadi lebih stabil. Bila mood stabil, mudah untuk kita mengawal serangan sugar cravings.
- Omega Guard boleh mengawal selera makan, kita akan rasa puas makan walaupun makan sedikit dan kita tidak perlu makan berkali-kali.
- Omega Guard mengurangkan radang dalam badan. Apabila radang tinggi dalam tubuh, ia pengaruhi "hunger signal" - hormon leptin bagi signal pada otak untuk selera makan, dan rasa lapar. Makin tinggi radang dalam tubuh kita, semakin kita tidak boleh mengawal selera makan.
- Vita-Lea Iron Plus mengandungi satu zat yang boleh bantu kita kurangkan sugar craving, bernama CHROMIUM.
- Chromium ni sejenis "trace mineral"- maksudnya kita perlukan sedikit saja dalam badan kita.
- Chromium bantu hormon insulin dalam badan kita bekerja dengan lebih cekap. Jadi bila hormon insulin kita cekap, badan kita tidaklah kerap lapar, kerap teringin nak makan itu ini.
- Vita-Lea Iron Plus lengkap dengan 28 jenis mineral dan vitamin, yang melengkapkan zat harian kita. Bila tubuh cukup zat, cravings akan terkawal dan boleh diatasi.
- Vitamin B sangat baik untuk kawal sugar craving. Jadi kalau nak start diet, make sure ada supplement ni - tapi kena tau cara pengambilan yang betul.
- B Complex mengawal paras gula darah, jadi apabila paras gula stabil, kita boleh kawal cravings serentak, best kan?
- B Complex juga membantu kita mengawal tekanan. Apabila tekanan terkawal, cravings tidak mudah menyerang dan kita boleh mengawalnya.
Supplement yang Coach kongsikan ini adalah asas kepada tubuh supaya dapat nutrisi yang lengkap setiap hari. Apabila tubuh kita cukup zat, kita tidak akan mengalami masalah sugar cravings dengan kerap, malah boleh terus tak ada masalah sugar cravings ni.
Bagi Coach, cara kurangkan gula dan ambil supplement Shaklee sangat-sangat praktikal dan berkesan untuk jangka masa panjang. Kita tak perlu memaksa diri untuk bertahan tak makan dan minum, sebaliknya tubuh kita secara semulajadi "tak teringin pun" nak makan makanan yang bukan-bukan. Best kan?
TAPI COACH ADA RAHSIA KE-3!
#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Master Puteri @ Coach Gula WhatsApp : https://CoachGula.wasap.my Follow & Like FB : PAF Network Health & Beauty Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online. ---- PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. |
Comments
Post a Comment