Bisnes Online Tanpa Modal Paling Popular Di Malaysia
Assalamualaikum dan salam cukup manis untuk semua pembaca yang masih setia menjenguk blog Coach Gula :')
Hari ini Coach nak bercerita pengalaman Bisnes Online yang jadi "playground" Coach sejak tahun 2011. Sebenarnya pengalaman bisnes online Coach, hanyalah bersama-sama Shaklee. Jadi cerita yang akan Coach kongsi ni tak boleh nak banding dengan bisnes online yang lain. Cuma yang Coach nak bagitau siap-siap, walaupun hanya satu sahaja bisnes online yang Coach buat, hasilnya setakat ini sangat berbaloi-baloi, di luar jangkaan sebenarnya.
Alhamdulillah, 2023, tahun ke-12 kami bersama Bisnes Online Shaklee
BERMULANYA DI SINI BISNES ONLINE KU...
Pada tahun 2011, Coach mencari solusi untuk badan lebih cergas dan sihat ketika berpantang dan menyusu bayi. Sebelum itu, semasa anak pertama, Coach belum ada ilmu tentang supplement yang boleh bantu ibu-ibu berpantang dan menyusu. Idea nak mencari vitamin-vitamin ni sebenarnya daripada mak Coach sendiri. Mak kata, cari lah vitamin, badan kita ni kena cukup vitamin selepas bersalin.
Jadi, Coach pun mula mencari solusi, nak cari vitamin terbaik. Ketika itu blog adalah sumber rujukan utama, dan rezeki Coach berjumpa dengan seorang ibu yang tegar menyusukan bayi juga iaitu Master Azlin. Dari situ lah Coach mula kenal dengan Set Penyusuan Shaklee sebagai pelengkap nutrisi harian sebagai seorang ibu.
Sebenarnya Coach dah pernah menyusukan anak pertama, tapi ada banyak ilmu penyusuan dan nutrisi yang Coach belum tahu, jadi berjaya menyusukan anak pertama sampai usia setahun 3 bulan sahaja. Alhamdulillah.
Penyusuan lengkap bersama anak sulung, Aliyah, tanpa sebarang supplement. Kami berjaya dalam penyusuan eksklusif sehingga usia Aliyah setahun 3 bulan. Alhamdulillah.
Mula menggunakan Set Menyusu Shaklee bersama anak kedua, Muhammad Adam, kami berjaya melakukan penyusuan eksklusif sehingga Adam berusia 2 tahun.
Adam, Shaklee baby yang montel!
Oleh kerana Coach dapat hasil susu ibu yang lumayan dengan mengamalkan set menyusu Shaklee , secara tak langsung, kawan-kawan mula bertanya, apa rahsia dapat mengepam susu dengan cukup dan bayi pun sihat walafiat. Sejak itu lah Coach mulakan Online Bisnes Shaklee, asbab dari rezeki susu badan yang menggalakkan selepas mengamalkan Set Penyusuan Shaklee. Lagi pun, bila orang lihat saja anak Coach tu, semua geram sebab montel sangat, walaupun hanya dengan susu ibu!
Contoh perkongsian Coach di Facebook di awal Bisnes Online Shaklee. Jualan set menyusu sangat memberangsangkan kerana sudah ada banyak testimoni ibu-ibu menyusu yang lain.
Jadi, asbab rezeki penyusuan anak kedua inilah yang menyebabkan Coach terus serius untuk membina Bisnes Online Shaklee sehinggalah hari ini. dah masuk tahun ke-12.
Seterusnya Coach nak kongsi 5 sebab mengapa Bisnes Online Shaklee sangat popular dan menjadi pilihan ramai ibu-ibu seluruh Malaysia .
5 Sebab Bisnes Online Shaklee Paling Popular
1- Tak perlu beli stok, hanya perlu jadi pengguna tegar Shaklee
Seperti pengalaman Coach sendiri, kami bermula sebagai pengguna biasa sahaja. Tetapi apabila dapat hasil luar biasa (contohnya susu ibu yang banyak) pelbagai testimoni dirasai sendiri, kita boleh terus jadikan peluang ini untuk mulakan bisnes online. Gunakan semua platform media sosial sebagai tempat kita berkongsi maklumat dengan orang lain tentang Shaklee dan kesan positif kepada kehidupan dan kesihatan kita sendiri. Cara ini sangat mudah, tak perlu modal tinggi untuk beli stok. Kita guna produk, kita sebarkan "Shaklee Effect" kepada orang ramai, kita nikmati pulangan dalam bentuk pendapatan bulanan daripada jualan yang kita buat. Tak perlu keluarkan modal beli (atau simpan) stok bertimbun-timbun pun! Apabila anda sudah mendaftar sebagai ahli Shaklee (yuran hanya RM35!) maka anda sudah boleh memulakan langkah untuk mula Bisnes Online Shaklee. Tak perlu pun beli stok tambahan atau beli pakej berbeza sebagai pengedar. Mudah sangat kan?
Lagi pun produk Shaklee memang antara yang terbaik dan berkualiti tinggi, jadi ini menyebabkan Coach lebih yakin untuk terus jadi pengedar dan akhirnya menjadi leader sehingga hari ini.
Pengguna setia produk Shaklee, akan menikmati "Shaklee Effect" yang sangat memberangsangkan!
2- Pemasaran boleh dijalankan di semua platform media sosial secara percuma
Sejak tahun 2011, semasa Coach mulakan Bisnes Online Shaklee, syarikat memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pengedar untuk memasarkan produk Shaklee di mana-mana platform media sosial seperti blog, Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube. Apatah sekarang yang paling "panas" pemasaran Bisnes Online Shaklee di Tiktok, semakin luas capaian jaringan pelanggan kita. Dan percayalah, untuk. mendapat pelanggan Shaklee, Coach tak pernah membayar iklan ataupun mengupah influencer untuk mempromosikan produk Shaklee. Coach lah pengguna, Coach lah testimoni, jadi lebih cepat mendapat kepercayaan orang ramai. Salah satu cara Coach jimat kos pemasaran ialah dengan menggunakan anak-anak sebagai iklan dan testimoni!
Adeena, anak ketiga kami pun Shaklee baby, dari sebelum hamil, hamil dan bersalin dan selesai menyusukan secara eksklusif selama 2 tahun 6 bulan, semuanya bersama Shaklee.
3- Bahan pemasaran seperti poster dan video dikongsi dengan pantas di Saluran Telegram Shaklee
Sekarang ini, tidak ada alasan untuk kita tangguh untuk membuat aktiviti-aktiviti promosi dan pemasaran, kerana bahan-bahan seperti poster dan video telah disediakan oleh syarikat. Untuk edaran pantas, syarikat menggunakan Saluran Telegram SHAKLEE MY Official dan kita sebagai pengedar boleh ambil dan guna bahan-bahan tersebut setiap hari. Sangat mudah, Bisnes Online Shaklee di hujung jari! Dan ingat ya, bahan-bahan ni syarikat beri secara PERCUMA!
Scan QR code ini dan anda boleh sertai Saluran Telegram rasmi, Shaklee Malaysia
4- Peluang mendapat pelanggan dari seluruh negara
Antara keseronokan Coach buat Bisnes Online Shaklee ialah Coach dapat pelanggan dan downlines dari seluruh negara! Kita boleh jimat masa dan tenaga, apabila informasi yang kita sampaikan itu boleh dibaca dan dijumpai oleh prospek dari segenap pelusuk tanahair. Ditambah lagi dengan adanya cawangan-cawangan Shaklee di beberapa buah negeri, menjadikan produk ini mudah didapati oleh pelanggan pada bila-bila masa. Walaupun team PAF Network bertumpu di Lembah Klang, tetapi pelanggan kami berada di Perlis sampai lah ke Sabah, Alhamdulillah, Bisnes Online sememangnya memudahkan! Oh jangan lupa, dengan jumlah pelanggan yang ramai seluruh negara inilah, Shaklee berjaya memenangi Reader's Digest Most Trusted Brand, 2 tahun berturut-turut! Terbukti Shaklee memang yang paling popular.
5- Buat Bisnes Online tanpa perlu keluar dari rumah
Ini adalah kelebihan Bisnes Online bersama Shaklee - anda tak perlu keluar rumah pun kalau anda mahu! Kalau nak tahu, bermula dari pendaftaran sebagai ahli, ke pembelian produk, ke penghantaran produk ke rumah, segalanya di hujung jari secara online. Tidak ada masalah untuk ibu-ibu yang sibuk di rumah atau sibuk bekerjaya di pejabat, Bisnes Online Shaklee boleh diuruskan dengan mudah. Kalau anda seorang introvert, tak selesa nak berjumpa bersemuka dengan orang ramai secara kerap, Bisnes Online memang sesuatu yang sangat berharga untuk anda terokai. Di Shaklee, program latihan, mesyuarat dan perbincangan dilaksanakan secara online dengan efisyen. Bahan-bahan rujukan tersedia di website ahli, yang mana anda perlu login sahaja, dan muat turun maklumat-maklumat yang diperlukan.
Kenangan PKP tahun 2020, kami terkandas di kampung, tak boleh rentas negeri. Tapi rezeki Allah bagi, Bisnes Online tetap berjalan lancar, syukur Alhamdulillah, dalam susah, ada senangnya!
Kesimpulan
Seronok kan bila tahu ada Bisnes Online yang kita boleh mulakan, tanpa modal. Namun begitu, Coach nak ingatkan anda, walaupun Bisnes Online Shaklee ini boleh kita lakukan tanpa modal wang ringgit, kita tetap kena komited dengan DUA MODAL yang bukan berbentuk wang ringgit ini :
Perkara 1 : Komited dengan masa yang diperuntukkan setiap hari untuk membina Bisnes Online Shaklee. Masa adalah MODAL.
Perkara 2 : Konsisten dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk membina Bisnes Online Shaklee. Ilmu adalah MODAL.
>> Pengalaman sahabat seperjuangan Shaklee sungguh mengujakan, juga dah 12 tahun bersama-sama jatuh bangun Bisnes Online.
Pada pendapat Coach, walau mudah mana sekalipun sesuatu bisnes itu, kita tetap tidak boleh berjaya jika kita kedekut untuk keluarkan modal masa dan modal ilmu. Dengan menggunakan masa secara efisyen, kita boleh merancang banyak perkara yang penting untuk bisnes DAN kita masih boleh mengutamakan keperluan diri sendiri dan keluarga. Ilmu pula adalah komoditi seumur hidup, yang akan berguna pada bila-bila masa diperlukan. Bisnes boleh turun dan naik, pasang dan surut, tetapi ilmu dan kemahiran kita tidak akan pernah boleh dicuri orang, setuju tak?
Coach ingin menjemput anda, yang sudi membaca perkongsian Coach kali ini, untuk memulakan Bisnes Online Shaklee tanpa modal bersama team Coach, PAF Network. Pendapatan dengan Bisnes Online memang boleh tahan lumayan, bermula 4 angka pada rank pertama iaitu Supervisor, dan boleh mencecah 5 angka pada rank ketiga iaitu Coordinator. Itu tak termasuk lagi peluang menikmati Bonus Kereta dalam bentuk tunai setiap bulan, peluang melancong bertaraf 5 bintang setiap tahun dan pelbagai lagi insentif lumayan. Usah bertangguh lagi, hubungi Coach hari ini :')
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
----
PENAFIAN :
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
Sekiranya anda baru nak mulakan bisnes online, anda kena kenal 5 aplikasi wajib ini, yang boleh memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti pemasaran setiap hari. Aplikasi-aplikasi yang saya kongsi ini boleh didapati secara percuma dan sangat mudah digunakan. 1- Canva Canva adalah aplikasi yang membantu kita merekacipta bahan pemasaran. Apa yang menariknya aplikasi Canva menyediakan banyak template-template untuk kita terus guna. Antara template yang popular digunakan ialah : poster flyers kad nama brosur klip video logo Canva juga terdapat dalam versi berbayar, yang mana kita ada lebih banyak pilihan template, gambar, video dan lain-lain bahan untuk konten pemasaran. Sebelum ini Canva hanya boleh digunakan di laman web, tetapi kini sangat mudah dengan aplikasi canva di telefon pintar. 2- WhatsApp Business Ramai orang kenal apa itu WhatsApp, tapi tidak semua orang tahu kelebihan menggunakan WhatsApp Business. WhatsApp Business adalah aplikasi yang lebih mesra untuk pemilik bisnes
Assalamualaikum semua dan salam cukup manis :') Hari ini kita dah pun masuk 14 Ramadhan, bermakna separuh bulan sudah berlalu, dan tak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Kebiasaannya minggu ke-3 dan ke-4 Ramadhan orang akan "gear up" untuk persiapan Syawal seperti juadah raya dan baju raya. Tetapi ramai juga yang nak "kurus sebelum raya" dan "kulit cantik sebelum raya", betul tak? Untuk vitamin kulit supaya dapat kulit cantik berseri sebelum raya ni, Coach boleh tolong anda dapatkan penyelesaiannya, dengan harga rahmah mampu milik Insha Allah. Masalah kulit kering di bulan Ramadhan Antara masalah utama kulit kita di bulan Ramadhan, ialah masalah kulit kering. Masalah kulit kering ini pula akan menyebabkan parut lambat pudar, dan lama kelamaan, kulit akan jadi kusam dan cepat berkedut. Kulit kering juga boleh menyebabkan mekap jadi tidak cantik seperti yang kita mahu. Jadi bayangkan selama sebulan kulit kita kering, mestilah menjelang raya nanti
Vitamin C memainkan peranan yang sangat penting bagi menyokong sistem tubuh yang sihat. Permintaan vitamin C Shaklee sentiasa tinggi, terutamanya semasa negara kita diserang virus covid 19. Kesedaran masyarakat untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh daripada serangan virus, terus meningkat dan vitamin C Shaklee memang sentiasa menjadi pilihan. Dan kini dengan berita tentang siapsiaga Kementerian Kesihatan Malaysia menghadapi serangan virus X pula, jadi tidak salah sekiranya amalan pengambilan vitamin C Shaklee diteruskan oleh orang ramai. Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air, bermakna tubuh kita tidak akan menyimpan vitamin C di dalam badan, dan lebihannya akan dibuang melalui air kencing. Ini bermakna vitamin C perlu sentiasa cukup diambil setiap hari. Oleh kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri , jadi kita mesti mendapatkan vitamin C daripada makanan ataupun supplement. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C termasuklah : Buah : oren, lemon, bua
Tahniah Coach sungguh memberi inpirasi semoga kita terus sebarkan manfaat dan peluang yang ada. semoga terus sukses ya coach ❤️
ReplyDelete