Setiap kali prospek nak mendaftar jadi ahli Shaklee dengan team PAF Network, ada 3 soalan wajib yang ditanya iaitu :
Pertama, "kena renew keahlian setiap tahun ke?" dan
Kedua, "berapa kena bayar untuk renew keahlian yang dah expired?"
Ketiga, "kalau nak renew, ada belian minimum ke?"
Jadi untuk mudahkan semua orang yang mahukan jawapan, saya kongsi dalam entri ini. Next time ada orang tanya, kita bagi link entry saja, boleh baca dan mudah nak faham Insha Allah.
CARA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE
Sungguh mudah yer untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee.
Ada 2 cara yang anda boleh pilih.
CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE #1
Langkah 1 : Pilih mana-mana ahli Shaklee yang anda kenal, dan minta mereka jadi SPONSOR anda. Jika anda mahu saya menjadi sponsor anda, hubungi saya bila-bila masa.
Langkah 2 : Berikan kepada mereka butiran-butiran anda yang lengkap. Butiran-butiran yang diperlukan ialah :
- Nama penuh mengikut kad pengenalan
- Nombor kad pengenalan
- No telefon
- Alamat tetap
- Email
- No akaun bank & nama bank (untuk proses bayaran bonus apabila layak)
Langkah 3 : Sponsor akan daftarkan anda di dalam sistem online Shaklee.
Langkah 4 : Anda akan terima SMS dan EMAIL yang mengandungi nombor ahli dan password sementara.
Langkah 5 : Anda login ke
website Shaklee dan terus boleh buat belian dan membayar yuran ahli.
Selesai!
P.S : Untuk bulan Mei 2023, anda boleh dapat KEAHLIAN SHAKLEE PERCUMA dengan pembelian Set Rahmah seperti di dalam poster di bawah.
CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE #2
Untuk cara kedua, lebih ringkas, segalanya anda uruskan sendiri, hanya di hujung jari.
Langkah 2 : Isi semua maklumat yang diperlukan
Langkah 3 : Klik butang JOIN NOW!
Langkah 4 : Anda akan terima SMS dan EMAIL yang mengandungi nombor ahli dan password sementara.
Langkah 5 : Anda login ke
website Shaklee dan terus boleh buat belian dan membayar yuran ahli.
Selesai!
Mudah saja kan??
BILA SAYA PERLU RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE?
Tempoh keahlian ahli Shaklee adalah selama 12 bulan / 1 tahun dan ahli perlu renew membership setiap kali tiba harijadi mereka. Jadi mudah nak ingat betul tak?
Namun begitu, Shaklee memberi tempoh 3 bulan untuk anda buat renewal daripada tarikh expiry tersebut. Jadi anda ada banyak masa untuk melakukan renewal tanpa perlu mendaftar semula.
BERAPA BAYARAN UNTUK RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE?
Shaklee tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk renew membership. Best kan?
Ahli hanya perlu buat apa-apa belian dalam tempoh masa renewal itu sahaja. Amat mudah dan tidak membebankan ahli.
BERAPAKAH BELIAN MINIMUM UNTUK RENEW MEMBERSHIP SHAKLEE?
Shaklee tidak mengenakan apa-apa belian minimum untuk tujuan memperbaharui keahlian Shaklee.
Anda bebas memilih untuk beli mana-mana produk Shaklee yang mempunyai unit value (UV) seperti supplement, set Get Clean (keperluan rumah), atau set Youth (penjagaan kulit wajah). Belian produk-produk
Shaklee Style Store tidak layak digunakan untuk tujuan renewal.
Jadi anda dah ada semua maklumat yang diperlukan untuk anda mendaftar sebagai ahli Shaklee dan juga jika anda perlu buat renewal membership Shaklee. Saya harap entry ini membantu anda. Kalau nak join team saya sebagai pengedar ataupun sebagai ahli biasa, cepat-cepat hubungi saya ya!
#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
----
Master Puteri @ Coach Gula Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online. ---- PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf. |
Comments
Post a Comment